Cinta tak terucap (Bab 9)


“Kau jangan nak buat lawak beku,” jerit wati. 

Suri Imani tersentak. Segera mulut Wati ditutup. Zahin dan Amir masing- masing sudah terlopong mendengar cerita Suri Imani. Pelanggan- pelanggan di kedai mamak MAIDEEN yang pada mulanya bising tiba- tiba senyap dengan jeritan Wati. Suri Imani tersengih pada mereka. Tidak sampai seminit, kedai mamak kembali bising. 

“Yang kau jerit ni apasal? Buat malu je tahu tak?” tempelak Suri Imani dengan suara yang ditahankan supaya tidak menjerit. Menyesal menceritakan hal dia dan Ammar Mirza disini. Sebenarnya dia berkira- kira hendak memberitu mereka. Kebetulan Ammar Mirza pernah menghalangnya memberitahu mereka bertiga. Tapi sampai bila hendak dirahsiakan pada kawan baik sendiri. 

“Kau dah tunang dengan Encik Am? Bulan depan kahwin? Kau jangan nak main- main. Bila masa kau tunang? Kau tak jemput aku pun,” tanya Wati bertalu- talu. 

“Aku jemput korang. Korang yang sibuk. Kau dan Zahin balik kampung Zahin. Ada kenduri. Kau pula Amir sibuk dengan Erna. Pergi Genting.” 

“Kau tak cakap nak tunang! Kalau tak aku pergi tau,” ujar Zahir. 

Suri Imani tersengih. Memang dia mengatakan dia ingin bertunang. Sekadar bertanya mereka senang tak untuk mengikutnya ke Kuantan. Dia bertunang di Kuantan. Kampung neneknya. Neneknya mahu dia bertunang disana. Kebetulan papa anak tunggal. Kak Izlin tidak bertunang dan terus berkahwin. Perkahwinannya diadakan secara sederhana di Kuala Lumpur dan New Zealand. Hanya dia cucu perempuan tunggal yang akan bertunang di rumah nenek. 

“Jadi kaulah tunang bos? Patutlah bos tiba- tiba jumpa kau hari tu?” soal Amir yang lama berdiam diri. Dia masih terperanjat. 

“Em.. aku dan dia bertunang sebab keluarga. Keluarga dah aturkan jodoh aku. Aku ikut je,” ujar Suri Imani perlahan. 

“Kau tak kisah?” soal Amir lagi.

Suri Imani tersenyum lalu menggeleng kepalaya. 

“Aku rasa macam mimpi ni. Aku susah nak percaya. Aku memang tak percaya langsung ni. Sampai hati kau tak beritahu kawan- kawan kau,” ujar Wati perlahan. 

“Sorry.” 

“Cantik kad kahwin kau,” puji Zahin meneliti kad kahwin berwarna silver. Gambar Suri Imani dan Ammar Mirza tertampal di hadapan kad. Kad ini juga dibuat berasingan. Kad jemputan ke rumah Suri Imani dan Ammar Mirza dibuat berbeza. Kalau jemputan ke rumah Ammar Mirza, kad jemputan berwarna hijau. Tapi gambar mereka berdua tetap berada dihadapan kad. 

“Ni gambar bila?” soal Amir. Nadanya tidak seceria mereka keluar tadi. 

“Erm... gambar tu aku dan dia tangkap lepas bertunang.”



Suri Imani padang gambar tersebut. Walaupun mereka tersenyum dan bahagia, hakikatnya itu semua palsu! Teringat bagaimana papa dan llham puas memujuk dia supaya senyum dihadapan kemera. 

“Nasib baik baru tunang. Kalau kau kahwin senyap- senyap, aku cekik kau nanti! Putus kawan! Diam- diam dah ada anak!” sambung Wati.

Suri Imani terkedu. Anak? Aku dan Ammar Mirza ada anak? Tak mungkin.. tak mungkin... 

“Woi, kau punya handphone,” ujar Wati perlahan. 

Suri Imani tersentak. Kelam kabut dia mengambil telefon bimbit milik Ilham yang dipinjamnya.

“Apa hal?” soal Suri Imani. Buat apalah Ammar Mirza menelefonnya. Bukankah sekarang waktu rehat. 

“Assalamualaikum,” 

Zahin dan Amir sudah berpandang sesama sendiri. Siapa call? 

“Waalaikumussalam. Awak nak apa, Am?” soal Suri Imani terus. 

“Kat mana ni?” soal Ammar Mirza. Dia dapat mendengar hujung telefon agak bising. 

“Kat gerai mamak. Awak nak apa ni?” 

“Em.. balik sekarang! Jumpa kat cafe.” Talian terus dimatikan. 

Suri Imani tersentak. Tidak sempat dia hendak membalasnya. Dia sendiri belum makan sejak pagi tadi. Pesanan yang dibuat tadi juga belum sampai. Dia memandang Wati, Zahin dan Amir. Kemudian dia terus berdiri. 

“Nak pergi mana?” soal Wati terperanjat. 

“Aku ada hal. Erm.... Amir pinjam kereta kau. Nanti kau balik dengan Zahin ye.”

Tadi dia datang dengan menumpang kereta Amir. Wati pula menumpang kereta Zahin. Keretanya berada di pejabat. 

“Ingat jangan beritahu sesiapa tau perkara ni. Ini rahsia kita,” ucap Suri Imani.

Dahi Wati berkerut tapi dia hanya mengangguk.

“Kau, Mir. Jangan cakap dengan Erna tau,” ujar Suri Imani lalu memandang Amir yang terus sama mengangguk. 

“Pinjam kereta,” tangannya dihulurkan. 

“Kau tak makan lagi kan?” Amir memberi kunci keretanya dan diletakkan diatas tapak tangan Suri Imani. 

“Aku makan kat cafe. Aku pergi dulu..” 

Suri Imani terus berlalu.




4 comments:

  1. salam imani.. citer ni mmg best.. but plz.. tolong tukar warna font tu.. warna hijau tu xsesuai.. org susah nak baca.. its better klu hitam ke atau warna2 yg gelap.. ok..

    smg ada smbgnnya secepat mungkin ye..

    ReplyDelete
  2. Imani...aduhhh!!! Juling mata...

    Apapun..cite mmg best. Sambung cepat2 tau...

    ReplyDelete

Back to Top