Cinta tak terucap (Bab 12)


Kertas kerja yang dibentangkan Amir langsung tidak diambil peduli. Rancak mulut Amir bercerita mengenai kajian yang dibuatnya tentang kawasan tapak projek. Sesekali Suri Imani mengangguk kepalanya. Sesekali dia menggeleng.Dia sendiri tidak tahu apa yang Amir terangkan. Hakikatnya perutnya begitu lapar! Dari pagi dia tidak makan. Argh!! Geramnya. Mana pula si Wati ni? Suri Imani garu kepala. Dia menoleh memandang Fazley yang sibuk dengan Cik Nisak di dalam bilik Cik Nisak. Berbincang projek di kawasan Ampang. Meja Zul pula kosong. Dengarnya Zul mendapat anak perempuan. Gembira sungguh Zul. 

“Woi, kau dengar tak ni?” soal Amir lalu mengetuk meja mesyuarat. 

Suri Imani tersentak.Terkebil- kebil dia memandang Amir yang nampak geram dengan telatahnya. Suri Imani tersengih.

“Sorry, Mir. Wati mana?” soal Suri Imani.

“Setahu aku, dia pergi jumpa Zahin kat cafe. Ada benda nak dibincangkan mengenai projek di Putrajaya. Kenapa?”

“Taklah. Saja je tanya. Bosan pula dia tak ada.” Suri Imani menarik kertas kerja yang berada diatas meja. Dia menelitinya lama. Kemudian dia mendongak memandang Amir.

“Bila due date projek ni” 

“Seminggu lepas kau kahwin,” selamba Amir menjawab. 

Suri Imani menjerit. Tanpa sedar dia sudah berdiri. Tangannya pantas menelekup mulut Amir. Cik Nisak dan Fazley sama- sama menoleh memandang Suri Imani dan Amir. 

“Apa kau kata tadi Mir” soal Fazley.

“Tak ada apa-apa,” Suri Imani pantas menjawab. 

Fazley memandang Cik Nisak. Rasanya tadi dia mendengar perkataan kahwin! Takkan salah dengar kot. Cik Nisak sudah meneruskan kerjanya kembali. 

“Apasal muka kau pucat je? Kau tak makan lagi ke?” soal Amir perlahan. 

Suri Imani memandang Amir.

“Lain kali jangan terlepas cakap!” tegur Suri Imani.

“Sorry!” Amir tersengih. Kemudian dia duduk diatas kerusi. Bibirnya mengukir senyuman bila terpandang Wati yang berjalan pantas kearah mereka. Bibir Wati memuncung.

“Kau ni apahal? Tadi setahu aku kau dah makan. Takkan lapar lagi?” soal Amir dengan wajah terperanjat bila melihat bungkusan CHICKEN RICE SHOP. Bau harum nasi ayam menyebabkan perut Suri Imani sudah mendengangkan lagu. 

“Encik Ammar bagi kau,” ujar Wati lalu duduk disebelah Suri Imani. Tidak pasal- pasal dia menjadi orang tengah antara Suri Imani dan Ammar Mirza. Tadi sewaktu dia dan Zahin menunggu lif untuk balik ke department masing- masing, mereka bertembung dengan Ammar Mirza. Selamba sahaja Ammar Mirza menyuruh dia memberikan bungkusan makanan pada Suri Imani. Lansung tidak mengucapkan terima kasih. 

“Kenapa Encik Ammar bagi awak, Iman?” soal Cik Nisak yang sudah menghampiri. 

Fazley duduk ditempatnya. Malas melayan Cik Nisak dan cemburunya pada Suri Imani. Tadi sewaktu dia dan Cik Nisak berada di cafe, Cik Nisak bukan menumpukan perhatian pada klien tapi pada Ammar Mirza dan Suri Imani. Dia juga pelik bagaimana Suri Imani boleh mengenali Ammar Mirza. Kedatangan Zana Idris, menyebabkan Cik Nisak seperti cacing kepanasan. Nasib baiklah, tidak sampai seminit Suri Imani berlalu, Ammar Mirza juga turut berlalu. Zana pula dibiarkan terpinga- pinga dimeja makan. 

“Tadi saya tak sempat makan. Sebab itu dibelikan untuk saya,” Suri Imani menjawab pertanyaan Cik Nisak tadi. 

“Rapat awak dengan dia,” sinis suara Cik Nisak.

Suri Imani terkedu. Dia memandang Wati dan Amir yang hanya mengangkat bahu.

“Cik Nisak, nak apa? Kami tengah sibuk dengan projek di Kuantan. Cik Nisak ada maklumat baru ke?” soal Amir terus. Kadang- kadang meluat juga dengan Cik Nisak ni. Suka menyibuk dan menjaga tepi kain orang. 

“Em.. tak ada! Tapi, saya tak suka anak buah saya makan waktu kerja. Company dah bagi rehat dua jam. Takkan tak cukup?” soal Cik Nisak. 

Suri Imani mengeluh.




4 comments:

  1. wahaha.. nape ek lea rasa mcam ammar ni care n syg giller kat imani?

    hmm.. rasa senang hati siapkan keje smpi pagi bila ditemani oleh imani yg sedang tidur? wow!! dalam giller rasa yg mula berputik dalam hati..

    isk,,

    next plz..

    ReplyDelete
  2. Wahkahkah..comelnyeee..sure Ammar tersengeh je sepanjang mlm dengar Imani tidur.

    ReplyDelete
  3. “ADA tinggal barang tak?”


    wah...
    teringat kat arwah ayah...

    hmmmmm.....

    selalu tye camtu klu nak p mana2..

    hmmm..
    sedey.........

    ReplyDelete
  4. Patutlah abis battery... rupernyer mmg tidur x sempat off.. hahaha.. Ammar ditemani dengkuran Suri... :-)

    ReplyDelete

Back to Top