Cinta tak terucap (Bab 13)


“Cik Nisak nak nasi ayam ni. Saya puasa hari ini,” ujar Suri Imani lalu menghulurkan bungkusan. 

“Terima kasih,” selamba huluran itu disambut. Nak tersembul mata Amir dan Wati yang tidak sangka Cik Nisak boleh mengambil makanan itu. 

“Kau puasa?” perlahan soalan Wati. 

“Puasa dari makan,” Suri Imani tersengih. 

“Kau tak makan sejak pagi kan” soal Amir risau.

“Aku diet.” 

“Jangan nak mengarutlah! Aku kenal kau Cik Iman oi... Tak ada istilah diet dalam hidup kau. Kau tu rajin bersenam. Sebab tu badan maintain je. Aku ni je.. dah nampak berisi. Geram aku,” sempat pula Wati meluahkan isi hatinya. Amir dan Suri Imani tergelak kecil. 

“Jangan risau. Kalau kau gemuk pun. Zahin tu setia dengan kau,” ujar Suri Imani selepas ketawanya reda. 

Wati mendengus geram. 

“Kenapa kau bagi Cik Nisak. Tadi aku nampak dia dah makan McDonald dengan Fazley,” sambung Wati geram. 

“Malas aku nak bertekak dengan Cik Nisak tu. Tadi dia nampak aku dan Am kat cafe. Dia jeling macam nak terkeluar biji mata. Kalau aku tak pelawa nasi tu.. lagi panjang cerita.” 

“Aku tak faham. Kenapa kau rahsiakan hal ni” soal Wati.

“Aku malas nak besarkan..” 

“Em.. bila kau nak tempah baju kahwin” 

“Hujung minggu ni. Kau teman.”

“Aku pun nak pergi survey baju kahwin aku nanti. Aku ikut kau,” ujar Wati dengan senyuman. Tadi dia ada berbincang dengan Zahin mengenai perkara ini. Zahin yang cadangkan dia mengikut Suri Imani kerana Suri Imani bakal melangsungkan perkahwinan dalam masa terdekat. 

“Mir. Pasal projek ni. Kau bagi aku bawa balik kertas kerja ni. Aku semak kat rumah. Kalau ada cadangan, aku beritahu esok. Dah nak abis waktu kerja ni. Aku pun nak lawat tapak projek di Gombak,” ujar Suri Imani dan terus berdiri. 

“Kau nak pergi mana pula ni?” soal Amir. Kertas kerja diserahkan pada Suri Imani.

“Aku pergi tandas jap. Sakit perut,” Suri Imani tersengih. Tiba- tiba perut memulas walaupun dia hanya minum sejak pagi tadi. Kalaulah papa tahu dia tidak makan lagi sampai sekarang, setahun pun tak habis dibebel papa. Nasib baiklah dia tidak mengalami masalah gastrik. Kalau tidak sudah lama dia pengsan. Wati yang mengalami masalah gastrik, mesti sentiasa makan. Sebab itu Wati nampak lebih berisi. Zahin pula akan membebel panjang bila diketahui tunangnya itu tidak makan.





6 comments:

  1. alahai si ammar mirza.. gaya macam tak suka coz kena kawin atas aturan keluarga.. but dh planning nak anak rupanya.. hehe..

    imani, kalau gini gayanya si ammar ni.. hoho.. jgn harap la leh terlepas.. kena peluk dengan sepupu pun si ammar ni dh panas hati..

    hehe.. kalau orang lain.. apatah lagi.. mahu patah riuk dibuatnya.. hehe..

    smbg lg plz amani.. byk2 ek.. thanx

    ReplyDelete
  2. best cite nieh..
    jln cite pon menarik...
    ammar ngn si iman nie weet jer walaupon kne kwen pkse...
    hihi...
    ske2...
    smbung lgi bebyk kay..
    -)

    ReplyDelete
  3. Imani... cerita best sangat..tapi kan... tak suka lah dengar diorang ber 'kau' 'aku'. Macam tak best je... or Ammar nak cover takut nanti asyik panggil nama 'Iman' je nanti Iman tau Ammar suka kat dia..haha

    ReplyDelete
  4. sweet ah.suke2.
    bru cousin yg peluk.agagag
    blom org len.
    smbung2.
    -na`dz

    ReplyDelete
  5. huhu.. sedih gak sbb mama Suri mcm tu.. bila terjumper Ben, Suri teringat kisah sedih dia.. mujurlah Ammar makin memahami dia dan ada di sisi.. suker gan Ammar... mmg dia respect & sayangkan Ummi dia..

    ReplyDelete

Back to Top