Cinta tak terucap (Bab 14)


AMMAR MIRZA mengeluh panjang. Penat. Sepanjang malam dia tidak tidur kerana ingin berhubung seorang pengurus di Australia. Waktu yang berbeza menyebabkan dia terpaksa mengorbankan waktu tidurnya. Dia bersandar di dinding lif. Pembantunya, Danish berdiri disebelahnya. Hari ini dia ingin pulang awal ke rumah. Dia nak tidur! Mengantuk sungguh. Beberapa kali dia menguap. Dia perasan mata perkerja- pekerjanya sibuk memandangnya. Dia tersenyum. Kemudian berdiri tegak dan memeluk badan. Pintu lif tingkat 8 terbuka. Dia tersentak bila melihat Suri Imani yang melangkah masuk. Suri Imani dengan selamba sudah menyusup masuk walaupun tahu lif sudah penuh. Suri Imani nampak begitu letih dan bersandar di dinding lif. Tangannya memegang perut. Wajahnya juga nampak pucat. 

Bila sampai di tingkat satu, dia perasan Suri Imani langsung tidak melangkah keluar. Mata Suri Imani tertutup rapat. Segera dia menghampiri Suri Imani bila hampir semua pekerja sudah melangkah keluar. Danish juga sudah keluar dari lif dan memegang pintu lif dari tertutup. Danish sudah tahu hubungan dia dengan Suri Imani. Pada majlis pertunangannya juga, Danish ada menghadirkan diri. 

“Awak ni degil kan?” soal Ammar Mirza geram. Dia tahu, Suri Imani tidak makan nasi ayam yang diberi pada Wati. Sengaja dia menyuruh Danish membeli nasi ayam itu untuknya. Menurut Encik Shamsul, makanan kegemaran Suri Imani adalah nasi ayam. Nasi ayam yang dibuat Suri Imani bila dia datang ke rumahnya dulu juga sedap walaupun dia tidak berkata apa- apa. 

“Awak,” Ammar Mirza mengenggam lengan Suri Imani. 

Suri Imani tersentak. Segera dia mendongak. Bulat matanya melihat Ammar Mirza yang berdiri dihadapannya. 

“Awak nak apa?” soal Suri Imani. Baru dia perasan lif sudah kosong. Entah bagaimana dia boleh terlelap. Dia juga tidak sedar. Nasib baik tak jatuh! Kalau tak.. malu! 

“Awak tak makan nasi yang saya bagi tadi?” 

“Cik Nisak nak.”

“Buat apa bagi dia. Saya beli untuk awak,” jerkah Ammar Mirza. Segera dia menarik tangan Suri Imani supaya keluar dari perut lif. Sempat dia menyuruh Danish pulang dahulu dan kemudian dia mengheret Suri Imani supaya mengikut langkahnya. Pekerja- pekerja Empire Construction nampak terperanjat dengan adegan tarik menarik antara Suri Imani dan Ammar Mirza. Suri Imani tidak mahu melangkah, Ammar Mirza pula berkeras supaya Suri Imani mengikutnya. 

“Baik awak ikut saya. Atau saya dukung awak kat sini,” ugut Ammar Mirza perlahan ditelinga Suri Imani. Suri Imani tersentak. Lantas dia segera mengangguk dan mengikut sahaja langkah Ammar Mirza yang laju.




3 comments:

  1. nampak cam bunga2 cinta dah tumbuh dlm hati ammar mirza utk suri imani..
    pastu sweet je dorang ni.. saya suka! hehehe..

    agaknya dia nak bawak suri imani g beli baju x?

    ReplyDelete
  2. Ӏ do aсcept as true with all of the сonсepts you've offered for your post. They are very convincing and can definitely work. Still, the posts are too short for beginners. Could you please prolong them a bit from subsequent time? Thank you for the post.
    Visit my weblog : same day loans

    ReplyDelete
  3. I do acceрt as true with all оf the cοncepts you've offered for your post. They are very convincing and can definitely work. Still, the posts are too short for beginners. Could you please prolong them a bit from subsequent time? Thank you for the post.
    My site: same day loans

    ReplyDelete

Back to Top