Cinta tak terucap (Bab 16)


TERKEBIL-KEBIL Suri Imani memandang syiling yang berukir cantik dan begitu tinggi. Terdapat satu tangga kecil dihujung bilik yang mungkin menuju ke loteng rumah. Dia memegang perutnya yang tiba- tiba berbunyi. Laparnya.. Aku kat mana ni?? Suri Imani mengangkat kepalanya. Dia meneliti sekitar bilik yang kemas. Warna kelabu gelap dan putih menjadi warna tema bilik ini yang nampak moden dengan susun atur perabotnya. Satu set sofa berada dihujung bilik. Sebuah TV LCD FULL HD Samsung tergantung didinding bilik. Suri Imani terlopong. Dia kat mana ni??? Dia menoleh bila terasa ada benda bergerak disisinya. 

“ARGH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!” 

Terkejut besar Ammar Mirza. Dia baru sahaja melangkah masuk ingin mengambil baju untuk mandi. Tadi dia tertidur di atas sofa di ruang tamu. 

“Saya kat mana ni?” soal Suri Imani terus. Dia meneliti badannya. Baju kurung yang dipakainya pagi tadi masih tersarung dibadan. Dia sebenarnya terperanjat melihat Ammar Mirza. 

“Yang menjerit macam orang gila ni kenapa? Nasib baik tak gugur jantung ni. Kalau tak, tak kahwinlah awak hujung bulan ni,” sempat Ammar Mirza menyindir walaupun nada suaranya sedikit menengking. 

“Saya kat mana ni?” soal Suri Imani lagi hampir sahaja menangis. Tak pernah seumur hidupnya bermalam di rumah orang lain seperti ini. 

“Bilik saya. Awak pengsan tadi.” 

“Tapi..tapi..” kata- kata Suri Imani terputus bila melihat Tan Sri Mahathir dan Puan Sri Noraini muncul diikuti oleh Fifi, Fia dan Firhan. 

“Kenapa Mak Ngah?” soal Fifi. Dia sudah melompat naik ke atas katil Ammar Mirza diikuti adik- adiknya. Suri Imani tercengang. 

“Assalamuailaikum, Puan Sri,” ujar Suri Imani terus turun dari katil dan menghampiri Puan Sri Noraini. Langkahnya seperti orang mabuk. Terpaksa Ammar Mirza memimpinnya. 

Suri Imani menjeling geram. Ammar Mirza pura- pura tidak nampak. 

“Buat apa panggil Puan Sri. Panggil umi je,” suruh Puan Sri Noraini dan bersalam dengan Suri Imani. Kemudian tubuh Suri Imani dipeluk. Suri Imani nampak kekok. Di tersenyum malu. 

“Iman tak apa-apa? Risau ayah tengok tadi,” tegur Tan Sri Mahathir dengan senyuman. 

Suri Imani menggaru kepalanya. Selama ini dia melihat Tan Sri Mahathir segak dengan suitnya. Kini Tan Sri Mahathir ringkas dengan baju melayu berwarna coklat dan dipadankan dengan kain pelekat. Siap dengan kopiah putih lagi. Dia menoleh memandang Ammar Mirza. Pandai- pandai je bawa aku kat sini! 

“Am. Pergi mandi. Sembahyang. Dah nak habis maghrib,” suruh Tan Sri Mahathir lalu memandang Ammar Mirza yang tersengih- sengih seperti kerang busuk. Anak- anak saudaranya tersenyum. Dia tahu anak- anak saudaranya mengikut Tan Sri Mahathir ke masjid dari pakaian yang mereka pakai iaitu baju melayu dan baju kurung. Fifi dan Fia juga bertudung ala- ala tudung Ibu Arini. Selepas itu, Tan Sri Mahathir akan menunggu mereka mengaji bersama seorang ustaz. 

“Pukul berapa dah ni?” soal Suri Imani terkejut besar. 

“7.30,” jawab Puan Sri Noraini.

“Alamak! Papa mesti risaukan Iman. Solat Asar pun dah terlepas,” Suri Imani mengeluh. Dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Rambutnya yang memang nampak kusut bertambah kusut. Lamanya dia tidur. Rasanya tadi pukul 3.30 petang sewaktu dia berkira- kira ingin ke tapak projek di Gombak sebelum bertembung dengan Ammar Mirza. 

“Iman mandi di bilik Liyna. Pinjamlah baju dia dulu,” usul Puan Sri Noriah. 

“Eh, tak apalah. Iman kena balik. Papa mesti risau,” ujar Suri Imani perlahan. 

“Jangan risau. Am dah call papa,” sampuk Ammar Mirza.

“Jom..” Puan Sri Noraini menarik tangan Suri Imani supaya mengikut langkahnya. Wajah Suri Imani nampak begitu serba salah. Tapi terpaksa juga dia mengikutnya.




7 comments:

  1. best best best!
    padan ngan muka cik nisak tu..
    ben ngan erna pun..
    geram ngan budak2 bertiga ni!

    lambat xpe imani..
    walaupun nak cpt sebenarnya.. hehee..
    yg pnting jgn tergantung xde kesudahan sudah..
    wish u best of luck ya! =)

    ReplyDelete
  2. waaahhh....
    mkin menarik nieh...
    smbung2...
    best2...

    ReplyDelete
  3. Tersentak Suri Imani dibuatnya. Meremang bulu romanya dengan bahasa digunakan Suri Imani.

    erm.. bkn sepatutnya "Meremang bulu romanya dengan bahasa yang digunakan Ammar Mirza ke?"

    apa pun.. citer ni makin sedap.. macam sambal belacan.. hehe

    ReplyDelete
  4. Ammar Mirza mcm a knight saving a damsel in distress la...hahaha

    ReplyDelete
  5. Wah!! Mesti cantik betul Suri dgn make-up dan dress tu... Ammar mmg gentleman sungguh, dtg selamatkan Suri drp 3 penjahat itu.. Ben, Erna & Nisa'.. siap lap kasut Suri lagi.. :-)

    ReplyDelete
  6. best sis! btw I'm blogwalking. klu sudi jemputlah ke website far :) https://wordpress.com/post/mrschovanilla.wordpress.com

    ReplyDelete

Back to Top