Cinta tak terucap (Bab 26)


“KENAPA tak habis?” soal Suri Imani melihat ayam Ammar Mirza langsung tidak bersentuh. Hanya memakan chips sejak tadi dan menyedut air pepsi. Double Cheese Burger yang ditempah Suri Imani sendiri sudah habis. Kini dia sedang cuba menghabiskan chipsnya. Suasana di restauran makanan segera McDonald riuh rendah. 

“Kenyang,” jawab Ammar Mirza lalu menolak makanannya. Rasa seperti hendak muntah.

“Bazir je. Mari aku habiskan,” ujar Suri Imani dan terus mencubit isi ayam. Mata Ammar Mirza sudah terbeliak. Biar betul! Kuatnya makan.

“Dari pagi aku tak makan. Papa tak ada kat rumah. Ilham dan nenek ada kat rumah Abang Long,” terang Suri Imani dengan sengihan. Selain itu, hatinya sebak dengan penemuan barunya tadi. Sebenarnya dia ada satu tabiat yang tidak boleh dibuang sejak dulu. Bila dia sakit hati ataupun sedih ataupun risau, dia suka melahap! Sampaikan dia boleh menambah nasi hingga empat pingan.

“Kenapa tak masak sendiri?” 

“Malas. Kalau masak, kena makan sorang- sorang,” jawab Suri Imani.

“Comotlah kau makan,” Ammar Mirza segera menyapu isi ayam yang tertinggal di bibir Suri Imani. Suri Imani tersengih lagi.

“Aku ni memang clumsy sikit,” ujar Suri Imani lalu menarik tisu yang berada di atas meja. Dadanya sedikit bergetar dengan sentuhan Ammar Mirza tadi. Ammar Mirza nampak selamba membelek majalah GALAXIE yang dibeli Suri Imani tadi. 

“Cepat makan. Petang ni aku ke Jepun. Ada kerja sikit. Kau ada nak suruh aku belikan apa-apa?” soal Ammar Mirza dan terus membelek. Dia hanya membaca tajuk utama dan meneliti gambar- gambar artis. 

“Minggu lepas kau ke Mesir. Ni Jepun pula. Best nye..” ujar Suri Imani. Mulutnya penuh dengan isi ayam. Ammar Mirza memandang Suri Imani. 

“Mana tahu aku ke Mesir?” soal Ammar Mirza sedikit hairan. 

“Erm.. Cik Nisak cerita.” 

“Dia tu memang suka jaga tepi kain orang! Kau nak apa-apa tak? Boleh aku belikan diJepun nanti.” 

Suri Imani menggeleng kepalanya dan meneruskan suapannya. Ammar Mirza sedikit tersentak. Selalunya kalau bekas-bekas tunangnya atau teman wanitanya pasti akan menyuruh dia membeli itu, membeli ini. Selalunya bukan dia yang membeli, Danish yang menjadi mangsa. Kesian Danish kerana menjadi PAnya. 

“Betul ke?” 

Suri Imani mengangguk kepalanya. Tangannya pantas mengelap bibir yang dirasakan comot. Ammar Mirza mengambil tisu dan mengelap pipi Suri Imani.

“Kat pipi pun kena sos. Kau ni makan lagi comot dari Firhan,” bebel Ammar Mirza. 

“Berapa umur anak saudara kau?” 

“Shah Irfan ke?” soal Suri Imani.

“Kau ada sorang je anak saudara kan?” 

Suri Imani menggeleng kepalanya. 

“Joana, anak Kak Izlin. Sepatutnya Kak Izlin yang kahwin dengan kau,” sinis suara Suri Imani. Ammar Mirza sedikit tersentak. 

“Em.. berapa umur Irfan?” Ammar Mirza menyoal semula. Dia menukar topik perbualan. Kata- kata Suri Imani tadi dibiarkan sahaja berlalu. Dia pernah melihat Suri Izlin dari dalam gambar yang ditunjukkan uminya beberapa tahun lalu. Waktu itu Suri Imani masih belajar. Waktu gambar itu ditunjukkan Suri Izlin sudah mendirikan rumah tangga dan menetap terus disana. Rasanya Suri Imani lagi cantik dari kakaknya. Kakanya nampak lebih berisi tapi kulitnya putih gebu dan berambut ikal keperangan. Berbeza dengan Suri Imani. Walaupun putih gebu seperti kakaknya, rambut Suri Imani keperangan dan lurus. Suri Imani juga cantik bila tersenyum kerana mempunyai lesung pipit di kedua belah pipinya. Mata Suri Imani juga besar dan berwarna coklat. 

“Empat tahun. Kenapa?” soal Suri Imani pelik. 

“Tak ada apa-apa. Makanlah cepat,” arah Ammar Mirza. Berkerut dahi Suri Imani dengan telatah Ammar Mirza. Dia meneruskan suapannya. Ammar Mirza berpura- pura membelek helaian majalah dan membacanya. Hatinya sebenarnya diburu tanda tanya. Bagaiman dia boleh mengenali Suri Imani begitu dalam sedangkan dia dan Suri Imani jarang berjumpa. Tapi yang pasti, setiap kali mereka berjumpa, tanpa disedari Suri Imani, dia suka melihat wajah tenang Suri Imani. 

“Kau kata nak pergi Jepun petang ni. Esok kau tak pergi ke majlis tu? Aku rasa tak nak pergi. Mana aku ada baju cantik- cantik. Majlis tu mesti grand kan?” 

“Lepas ni ikut aku!” 

Dahi Suri Imani berkerut tidak faham. Salah soalan ke? Pelik melihat wajah Ammar Mirza tiba- tiba mencuka.




11 comments:

  1. cemburu? ofcourse darling.. that is ur lovely husband.. huhu..

    ReplyDelete
  2. waaaaaaa..
    lpas gak rindu ngn telatah dorang..
    hehehe...
    jht arh si amir nie..
    pretend baek plak...geramnyeeeee...
    am da jeles...
    hehehe..
    ske2...
    smbung cpat2 aw...
    beah sgt..

    ReplyDelete
  3. haha..mesti la jeles..
    u ni..
    xsygkan abang ke..?
    huhu

    ReplyDelete
  4. cemburu la tu iman oii..
    kalau la am tau yg amir peluk iman tadi..
    naya je.. agak2 am akan tau x peristiwa tu?
    maunya perang besar dorang.. huhu..

    ReplyDelete
  5. nak lagi..nak lagi
    cik abang da jeles tue..
    can't wait to know what will happen next..

    ReplyDelete
  6. best gak lyn novel org len..
    hahaha..
    gud job writer...
    sengih sorg2 ble bce cter ni...
    (ak ni duk sbuk bce nvel org..nvel sndiri x abis wat ag..huhuhuhu)
    nyway..chaiyok! chaiyok!

    ReplyDelete
  7. aku dah pening nk baca...turutan bab x dpt nak cari... berterabur...tolong la update elok elok..

    ReplyDelete
  8. Oii Anon, kau ni dah kenapa? Beli la novel, takyah nak pening pala bagai nak cari bab, kau memang kedekut kan?

    ReplyDelete

Back to Top