Cinta tak terucap (Bab 46)


Suri Imani mengalih perhatian pada Fifi, Fia dan Firhan yang masih berendam di dalam kolam renang. Dia dapat merasakan beban yang bakal dipikulnya selepas ini kerana Jasmin mengambil keputusan membawa anak- anaknya menetap di London bersamanya. Seisi rumah terkejut dengan keputusan Jasmin itu. 

“Betul ke Min?” soal Tan Sri Mahathir yang jelas nampak terkejut dengan keputusan menantunya itu. 

“Kenapa Min? Budak- budak ni gembira di sini,” sampuk Puan Sri Noraini pula. Wajahnya keruh. Walaupun baru setahun lebih cucu- cucunya menetap bersama mereka, tetapi mereka tidak pernah merasa beban dalam melayan telatah mereka. 

“Sudah setahun arwah abang Radz pergi. Sejak arwah abang Radz pergi, budak- budak tiada dengan saya. Saya rasa sunyi. Arwah abang Radz dan amanahkan anak- anak pada saya. Berdosa saya rasa setiap kali saya teringatkan arwah abang Radz. Sebenarnya inilah tujuan sebenar saya balik selain meraikan perkhawinan Am dan Iman. Saya harap semua faham dengan tindakan saya ni.” 

“Ayah takut mereka tak selesa di sana nanti. Malaysia dan London tak sama Min,” ujar Tan Sri Mahathir. 

“Ayah jangan risau…. mereka dilahirkan di sana. Fifi dan Fia pun pernah bersekolah di sana. Mungkin Firhan sahaja yang kekok. Tapi budak- budak cepat sesuaikan diri dengan persekitaran. Saya dah carikan sekolah untuk mereka. Fifi pula… dia akan tinggal di sana selepas ambil UPSR. Dia dah belajar bersungguh- sungguh untuk UPSR ni, jadi saya tak mahu hancurkan impiannya untuk berjaya.” 

Tan Sri Mahathir memandang isterinya yang diam sahaja. Dia tahu isterinya sedih. Ammar Mirza dan Liyna juga tidak memberikan respons terhadap permintaan Jasmin itu. 

“Saya harap semua faham,” sambung Jasmin perlahan. Dia faham jika mereka berberat hati melepaskan anak- anaknya. Dia juga yang salah kerana bersetuju membiarkan anak- anaknya dijaga oleh Tan Sri Mahathir dulu sewaktu dia mendapat tawaran bekerja di London selepas kematian Radzi. 

“Min dah cakap pada mereka?” soal Tan Sri Mahathir. 

Jasmin mengangguk. Pada mulanya anak- anaknya tidak mahu tinggal di sana tetapi akhirnya bersetuju kerana apabila tinggal disana, mereka tidak akan berpisah dengan mama mereka lagi. 

“Mereka setuju?” soal Puan Sri Noraini.

Jasmin mengangguk kepala. 

“Liyna tak kisah kak asalkan budak- budak tu gembira,” ujar Liyna yang sejak tadi mendiamkan diri. 

“Terima kasih dik,” balasnya.

Liyna tersenyum sahaja. 

“Am? Iman?” soal Jasmin pada Ammar Mirza dan Suri Imani yang turut mendiamkan diri. Jelas di wajah Ammar Mirza menunjukkan bahawa lelaki itu tidak bersetuju dengan permintaan Jasmin itu. 

“Am tak kisah Min. Asalkan budak- budak gembira,” jawab Ammar Mirza perlahan. Dia cuba mengukir senyuman. 

“Iman pun sama. Iman faham perasaan membesar tanpa mama. Jadi Iman harap… budak- budak ni ada Kak Min saat mereka membesar,” ucap Suri Imani pula.

Ammar Mirza terpana. Dia menoleh ke arah isterinya yang sedang mengukir senyuman. 

“Terima kasih Iman.”

Suri Imani mengangguk sahaja. 

“Nampaknya ayah dah tak boleh nak cakap apa- apa. Lagipun ayah pun tak sanggup nak pisahkan mereka dengan Min. Min mama mereka. Min lagi berhak ke atas mereka. Mereka baru kehilangan Radzi. Jadi ayah harapkan… Min tak abaikan tanggungjawab pada mereka nanti walaupun sibuk,” sampuk Tan Sri Mahathir. 

“Terima kasih ayah,” girang Jasmin. 

“Umi pun sama. Umi pun tak mahu halang. Kalau umi jadi Min… umi faham perasaan Min. Umi pun ibu juga. Tapi…” 

“Tapi apa umi?” cepat sahaja Jasmin menyampuk. Risau jikalau diberi syarat yang bukan- bukan oleh ibu mertuanya. 

“Iman,” panggil Puan Sri Noraini. 

“Ye umi?” terkejut Suri Imani apabila namanya dipanggil.

“Lepas ni… kami berharap pada Iman dan Am pula.” 

“Saya?” terpinga Suri Imani.

“Harapkan apa umi?” Liyna pula yang menyampuk.

“Liyn senyap je. Liyn tu budak- budak lagi,” balas Tan Sri Mahathir pula.

“Budak- budak? Ayah…. Nurliyna Mirza ni dah 24 tahun. Liyna ni lagi tua dari Iman tau,” cepat sahaja Liyan menjawab. Dia tidak puas hati dikatakan budak- budak oleh ayahnya. 

“Sorry Liyn. Ayah lupa anak ayah dah besar. Dah boleh kahwin pun..”

“Ayah… Liyna tak mahu.”

“Tak mahu apa?”

“Liyna muda lagilah. Belajar pun tak habis lagi,” muncung sedap mulut Liyna. Dia masih lagi menyambung Master. 

Tan Sri Mahathir tersenyum. Puan Sri Noraini juga tersengih melihat kekalutan anak bongsunya. 

“Ayah, umi. Kami masih tak rancang lagi tentang itu,” sampuk Ammar Mirza tiba- tiba.

Suri Imani melepas pandang pada suaminya. Sumpah! Dia memang tidak faham apa-apa.

“Tak payah nak rancang Am… semuanya atas anugerah ALLAH. Dulu Min dapat Fifi lagi muda. Waktu belajar lagi… tapi boleh je arwah Radz dan Min uruskan anak- anaknya. Sekurang- kurannya lepas budak- budak ni tiada.. jarang balik Malaysia, ada lagi cucu yang boleh temankan ayah dan umi. Lama dah rumah ni tak dengar suara baby,” balas Puan Sri Noraini.

Suri Imani terlopong. Terasa darah menyerbu naik ke muka. Patutlah Jasmin dan Liyna sudah tersengih- sengih memandangnya. 

“Iman memang muda lagi. Am tu dah 30 tahun. Sama baya dengan Min. Tapi Min dah ada anak tiga,” sambung Tan Sri Mahathir.

Suri Imani gigit bibir. 

“Iman… dengar tak umi kata ni. Kita jangan terlalu merancang. Sekurang- kurangnya ada seorang anak untuk serikan rumah tangga. Nanti barulah rancang keluarga. Faham tak Iman?” soal Puan Sri Noraini. Suaranya tegas. 

Suri Imani mengangguk sahaja. Dia mati kutu untuk menjawab. Dia menjeling melihat Ammar Mirza yang sudah tersengih- sengih melihat isterinya hanya mengangguk sahaja dengan permintaan uminya.  




24 comments:

  1. imani..
    thanks.. best sgt2..
    dah lama tunggu cite ni..
    nanti smbg lagi ye..
    klu bleh x mo lama sgt..

    ReplyDelete
  2. finally..
    trubat jugak rindu kt iman n ammar..
    best3 w/pn almost 4get bout the whole story..
    akhir kate thanx u soo much the writer..
    sekian..

    ReplyDelete
  3. bestnyeee..
    thanks sgt iman..
    terubat rndu kt am ngn iman..

    ReplyDelete
  4. finally..
    dpt jgk bace citer ni lg
    thnx imani=)

    ReplyDelete
  5. dah lame tunggu.
    finally. terubat jugak rindu dgn iman n ammar.
    thanx imani :DD

    ReplyDelete
  6. yei...yei..
    ader n3 baru..
    nak lgi...
    makin best..
    lpas ni komperem ammar lua perasaan kat suri...
    hehe
    nak lagi..teruskn usaha ..
    hehhe
    :)

    ReplyDelete
  7. ahaks~akhirnya..ada gak n3 baru!`

    tq2..

    best sgt~`

    ReplyDelete
  8. imani,
    best.thanx
    lame tggu n3 ahakzz
    sukesuke
    comelcomel
    -na'dz

    ReplyDelete
  9. apa yg urgnt dgn hadi tue...
    sweet je diorang tue..hehehe.

    ReplyDelete
  10. hai sis..
    cumil je dorang ni..

    ReplyDelete
  11. Akhirnye ade gak sambungan cite ni..
    hehehe.. thx sist!
    sangat2 x sabar nak tunggu next n3!
    kiut gle diorg b'2 ni!!

    ReplyDelete
  12. ade jugak smbungan cite ni....s dh hmpir terlupa jln cerita nieh....tp best...truskan smbung yer...jgn lame2...

    ReplyDelete
  13. Salam.

    Thanx awk sbb smbg,sye rinu gle nk bace ^_^

    Kalau blh,sye nk hidup sye mcm kisah Iman n Ammar neh. . .

    Sgt bahagia!

    ReplyDelete
  14. finally................................ oh ammar.....oh iman..............

    ReplyDelete
  15. wah!! rndunye kt dorg ni!! dh lme tggu!! huhuhuhu

    ReplyDelete
  16. wah terubat rindu ngan ammar dan iman..
    lama menunggu...sampai dah lupa jln cite...

    nanti cepat2 sambung ye...

    agak2 lama lagi ke nak tamat cite nie?

    ReplyDelete
  17. ha at last de gak smbungan cite ni.....penat tgu ni..thanks ye wak...
    pe pn mmg bst lh..

    ReplyDelete
  18. whoaaaa..
    terubat rinduku pada mereka berdua nieh..
    huhu..smbung2 lagik..
    pliss..

    ReplyDelete
  19. thanx...
    at last ade gak n3..

    ReplyDelete
  20. bab 46 nih da abes ke blom??

    ReplyDelete
  21. ermm...sweet ar ammar n imani tu..cepat2 skit update cik writer..hehe~~

    farra ramli

    ReplyDelete

Back to Top