Cinta tak terucap (Bab 11)


“Hei, kita tengah cakap pasal handphone ni,” marah Suri Imani. 

Ammar Mirza menggaru kepalanya. Segaris senyuman terbentuk. 

“Am saya tengah marah ni. Awak boleh senyum pula!” 

“Ye ke? Tak sedar pun,” Ammar Mirza tersenyum pula. Laptop yang sudah terpadam ditutup. Kini wajah merah Suri Imani jelas dimatanya. Baru dia perasan telinga Suri Imani juga merah. Dahinya sediktit berpeluh. 

“Awak dah makan?” soal Ammar Mirza.

Pantas Suri Imani menggeleng kepalanya. Disebabkan Ammar Mirza dia tidak dapat makan tengah hari. Lagi setengah jam, waktu rehat akan berakhir. 

“Tunggu. Saya order,” Ammar Mirza terus berlalu. 

Suri Imani tercengang lagi. Tidak sampai lima minit, Ammar Mirza muncul dengan dua biji burger ayam dan dua tin air coke. 

“Thanks,” Suri Imani mengambil makanan yang dihulur. 

“Sayang..” 

Ammar Mirza dan Suri Imani sama- sama mendongak. Terlopong mulut Suri Imani melihat gadis cantik yang tebal dengan make up berdiri dihadapan mereka. Pakaian gadis itu juga agak seksi. Skirt ketat berwarna merah hati tersarung di badan. 

“Nak apa?” soal Ammar Mirza dan terus mengunyah burgernya. 

Burger yang belum dijamah Suri Imani diletak kembali diatas meja. Mulutnya masih terlopong. 

“Siapa ni?” soal gadis itu lalu duduk disebelah Ammar Mirza. Badannya sengaja didekatkan dengan tubuh Ammar Mirza. Kemudian, lengan Ammar Mirza dipeluk. Ammar Mirza membiarkan sahaja walaupun hidungnya sudah lemas dengan minyak wangi yang menusuk hidung! Agaknya berapa botol minyak wangi dia sembur. Suri Imani menarik nafas dan cuba ditahan. Sungguh! Hidungnya memang sakit dengan bau itu. 

“Arkitek I. You nak apa?” 

Suri Imani tersenyum pada gadis cantik itu. Rambut panjang yang kerinting dibawah berwarna coklat gelap. Rasanya rupa gadis ini pernah dilihat dimana- mana. Tapi dia lupa. 

“Nama I Zana Idris. You?,” soal gadis itu lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Suri Imani. Zana Idris? Zana Idris?? Hah! Pelakon yang agak popular tu. Patutlah macam dengar nama dia. 

“Suri Imani,” huluran tangan Zana disambut teragak- agak. Dia perasan semua mata yang berada di cafe sudah memandang kearah mereka. Dia menjeling pada Ammar Mirza yang masih lagi rancak mengunyah. Dia mendengus geram.

“I ingatkan you ni cina. Cina masuk Islam ye?” soal Zana.

Suri Imani tersentak. 

“You nak apa datang sini?” soal Ammar Mirza memandang Suri Imani sekejap sebelum memandang Zana. Dia meneguk pula air coke sehingga separuh. Dia perasaan akan perubuhan wajah Suri Imani bila mendengar kata-kata Zana tadi. 

“Owh... nak jumpa you lah,” lengan Ammar Mirza dipeluk. Kemudian kepala dilentokkan dilengan Ammar Mirza. Suri Imani terkejut. Hampir tersembul biji mata Suri Imani melihat kemesraan mereka. Ammar Mirza nampak pula tidak kisah diperlakukan begitu. 

“Kalau you nak tahu, I ni tunang Ammar,” ujar Zana perlahan. 

Suri Imani tersentak sebelum tajam memandang Ammar Mirza yang masih bersikap selamba. 

“Bekas tunang,” balas Ammar Mirza.

“Ala you ni..” manja suara Zana. 

“Erm.. Encik Am. Cik Zana. Saya pergi dulu.”

Suri Imani terus berdiri dan berlalu. Panggilan Ammar Mirza dibiarkan sahaja.




2 comments:

  1. hehe.. satu n3 je ke..? tambah la lg.. best ni..

    ReplyDelete
  2. Bestnyer.. dapat 2 hp baru.. FOC hp mahal... best! 3x..

    ReplyDelete

Back to Top