Cinta tak terucap (Bab 17)


“NASIB baik sama saiz badan Iman dan Liyna,” ujar Puan Sri Noriah dengan senyuman. Suri Imani nampak lebih segar selepas mandi. Rambutnya juga masih basah. Dia nampak begitu ringkas dengan baju T putih dan seluar separas buku lali berwarna hitam. Ammar Mirza terkedu bila melihat Suri Imani. Tiba- tiba sahaja jantung berdegub kencang. Kenapa pulak ni? 

“Duduk sebalah Am. Umi tahu Iman mesti dah lapar. Jom makan,” ujar Puan Sri Noraini lagi. Peramah sungguh bakal mak mertuanya ini. Berbeza dengan anak terunanya. 

“Liyna tak marah ke pinjam baju dan seluar dia?” soal Suri Imani. Beg kertas yang berisi baju kurungnya diletakkan diatas lantai. Bersebelahan dengan kerusinya. Dia langsung tidak memandang Ammar Mirza. Dia tahu Ammar Mirza sibuk memadangnya. 

“Liyna tu jenis tak kisah. Dia tu suka shopping. Kalau baju dia hilang, mana dia nak sedar,” jelas Tan Sri Mahathir. Sedih juga mengenangkan anak bongsunya, Liyna yang suka balik lewat malam. Jarang lekat di rumah. Berbeza sungguh sikap Liyna dengan dua orang abangnya, Radzi dan Ammar Mirza. Hatinya tersentuh setiap kali teringat akan arwah Radzi. Kesian Fifi, Fia dan Firhan kerana kehilangan ayah diusia yang begitu muda. Ibu mereka pula sibuk di London. Ibu mereka merupakan pereka fesyen terkenal dan jarang pulang ke Malaysia. 

“Nah,” Ammar Mirza menghulurkan pinggan pada Suri Imani. Suri Imani menyambutnya dan mengucapkan terima kasih. Dia memandang lauk- lauk yang terbentang dihadapan mejanya. Nampak begitu menyelerakan. Fifi, Fia dan Firhan yang tersengih sejak tadi dipandangnya. Rasa seperti nak cubit pipi masing- masing. 

Anak- anak saudara Ammar Mirza memang comel. Fifi dan Fia berambut kerinting. Pipi mereka juga tembam walaupun badan tidaklah gemuk. Firhan berbeza dengan kakak-kakaknya. Firhan lebih putih dan rambutnya lurus menutup dahi. Senyuman Firhan yang menyerlahkan lesung pipit di kedua belah pipi. 

“Sedapnya umi,” puji Suri Imani jujur. 

Puan Sri Noriah tersenyum.

“Bukan umi masak. Tukang masak. Kalau Iman nak rasa masakan umi, kena datang sini selalu,” ujar Puan Sri Noriah dengan senyuman. 

“Fifi kata masakan Iman sedap. Nanti bolehlah masak untuk kami pula,” ujar Tan Sri Mahathir.

Suri Imani tersedak. Pantas pula Ammar Mirza menghulurkan air. 

“Kenapa?” soal Tan Sri Mahathir pelik. 

“Dia masak bukan sedap sangat pun,” selamba Ammar Mirza berkata. 

Suri Imani tersentak. Hatinya sedikit tersentuh. 

“Apa pula tak sedap! Hari tu tiga kali Pak Ngah tambah. Sampai habis nasi kat rumah Atuk Sham,” sampuk Fifi. 

Ammar Mirza tersentak. 

“Ish, Fifi. Mulut penuh mana leh cakap. Berapa kali nak beritahu,” ujar Ammar Mirza geram. 

“Dah Pak Ngah kata macam tu. Mestilah Fifi marah. Kan Mak Ngah?” Fifi membela sambil mata bulatnya memandang Suri Imani yang sudah terkulat- kulat. Sebenarnya mencari idea untuk membalas dendam pada Ammar Mirza. Senang- senang kutuk masakan orang! Kalau nak sedap, pergilah makan di restauran lima bintang. Suri Imani tersenyum. Otaknya ligat berfikir. 

“Ouch!! Au..!!!” 

“Kenapa Am?” soal Puan Sri Noriah risau mendengar teriakan Ammar Mirza yang sudah seperti kacing kepanasan. Suri Imani membuat wajah terperanjat. 

“Kenapa Am?” soalnya berpura- pura risau. 

Ammar Mirza menggeleng kepalanya. Wajahnya sudah merah. Tangannya sudah melepaskan sudu dan garpu. Nasib baik dia pakai selipar, kalau tidak.. bengkak kaikinya dikerjakan Suri Imani. Bukan sekali dipijak, tapi berkali- kali! Dia menjeling memandang Suri Imani. Suri Imani tersengih. Padan muka!




5 comments:

  1. loorr..
    sketnyer,,huhu..lme da tggu nieh..
    isk2...
    smbung2...
    xpuas agy..hehe....

    ReplyDelete
  2. sweet gilew.
    suke2.
    jap ag jatuh.agagag.cz kaki sakit.
    sweet ah.suke2.
    -na`dz

    ReplyDelete
  3. Sian Suri.. tak enjoy pun kat majlis tu sbb sakit sangat kakinya.. adoii..

    ReplyDelete

Back to Top