20 March 2009

Cinta tak terucap (Bab 31)


Bab 31

Suri Imani menguis kaki. Tangan kanannya kejap memegang tangan Ammar Mirza. Wajah- wajah dihadapannya dipandang lama sebelum dia tertunduk malu. Sengaja dia menyorok di belakang Ammar Mirza. Malu dilhat hanya memakai baju tidur dan sweater. Rambutnya juga dirasakan serabai akibat ditiup angin. Menggigil badannya menahan kesejukan. Akhirnya Ammar Mirza mencabut sweater yang dipakainya dan disarungkan ke tubuh Suri Imani.

“Abang?” Suri Imani menyoal perlahan.

“Abang tak sejuk,” balas Ammar Mirza. Nasib baik dia memakai t-shirt lengan panjang. Tersenyum dia melihat Suri Imani yang nampak tenggelem dengan sweater miliknya yang bersaiz besar.

“Encik Ammar,” kad pengenalan Ammar Mirza dan Suri Imani dihulurkan kembali pada Ammar Mirza.

“Can we go home now?” Ammar Mirza menyoal terus. Tak sanggup berada lama di tempat ini yang semakin sejuk. Udara malam memang sejuk. Tambahan pula Suri Imani baru sahaja baik dari demam.

“Kamu berdua tahu kan kesalahan kamu berdua?” sampuk pegawal yang usianya mungkin sebaya dengan Ammar Mirza.

Ammar Mirza menggeleng kepala.

“Nama Encik?” Ammar Mirza menyoal. Dia memeluk tubuh. Suri Imani seperti tadi, masih berdiri dibelakangnya.

“Karim.”

“Encik Karim. Boleh kami tahu apa kesalahan kami berdua sehingga Jabatan Agama Islam larang kami balik rumah?” penuh lembut Ammar Mirza menyoal. Suri Imani pula terkedu dengan kata-kata Ammar Mirza yang sopan. Sangkanya suaminya akan melenting. Wajah Ammar Mirza juga sudah tegang. Hampir 10 minit mereka terpacak dihadapan pegawai-pengawai Jabatan Agama Islam yang tiba-tiba mengepung kereta mereka dan mengarahkan mereka keluar dari kereta.

“Berdua- duaan dengan orang bukan muhrim adalah satu kesalahan,” jawab Karim tegas. Merah padam wajah lelaki itu.

“Kami dah kahwin,” balas Ammar Mirza pula. Dia merenung seorang demi seorang pegawai Jabatan Agama Islam.

“Selalunya orang dah tertangkap memang macam tu. Ada yang mengaku bukan Islam pun ada. Ada yang mengaku adik beradik.” Karim menjawab penuh sindiran.

Suri Imani yang mendengar sudah merah wajahnya.

“Encik Karim. We’re married and he’s my husband,” Suri Imani pula berkata. Dia tampil berdiri di sebelah Ammar Mirza.

“Adik belajar lagi?” Karim menyoal.

Suri Imani menggeleng dan tercengang dengan soalan Karim. Adik?

“Ibu bapa tahu adik ada kat mana sekarang?” pegawai lain pula menyoal.

Suri Imani tersenyum. Kelakar dengan soalan itu. Seminit kemudian dia menggeleng.

“Saya dah 22 tahun. Dah pandai bawa diri,” jawabi Suri Imani. Bibirnya digigit perlahan. Kalau tadi dia hendak marah. Kini dia hendak ketawa pula. Adik? Muda sangat ke aku ni sehingga orang tak percaya aku dah kahwin?

“Mesti ibu bapa adik sedih kalau tahu apa yang adik buat di belakang mereka. Mereka begitu percayakan anak sendiri. Tapi apa yang adik dah buat?” pengawai itu mula berceramah.

Suri Imani termanggu sendiri. Kelu hendak memberikan jawapan.

“Mesti mereka malu bila tahu apa yang adik dah buat. Pakai baju tidur lagi. Lari dari rumah ke?”

Suri Imani menggeleng.

“Berapa nombor telefon keluarga adik?”

“Papa saya mungkin dah tidur sekarang. Rasanya tak elok kejut dia sekarang dan rasanya saya lagi elok kalau Encik Karim panggil saya Puan Iman,” Suri Imani menjawab yakin. Perkataan Puan ditekankan sedikit. Kemudian dia teringat sesuatu.
Dia mendongak. Tergangga sedikit bila melihat wajah merah Ammar Mirza. Melalui riak wajah Ammar Mirza, dia tahu Ammar Mirza sedang menahan diri dari ketawa. Bila- bila masa sahaja boleh tersembur.

“Ada apa-apa yang kelakar Encik Ammar?” soal Karim.

Ammar Mirza menggeleng laju. Bibirnya digigit. Kata- kata Suri Imani tadi terngiang- ngiang difikiran. Husband.. Puan.. Dia tersengih pula.

“Abang,” Suri Imani geram. Dia malu sendiri. Sedar diri sudah terlajak kata.

“Erm.. memang selalu ke ada rondaan macam ni kat tempat ni? Rasanya dulu tak pernah lagi saya terserempak,” selamba Ammar Mirza berkata. Tajam merenung Karim yang terkejut dengan soalan Ammar Mirza.

“Sejak akhir- akhir ni banyak laporan kami terima. Kawasan ni menjadi salah satu kawasan kami untuk lakukan rondaan,” pegawai yang mungkin sebaya dengan Tan Sri Mahathir menjawab. Dia perasan pegawai itu baru sahaja sampai sebentar tadi.

“Selalu datang sini?” Karim menyoal.

Ammar Mirza mengangguk.

“Dah sebulan lebih tak datang.”

“Datang dengan adik ni?” Karim menyoal lagi.

Ammar Mirza merenung ‘adik’ yang dimaksudnya. Dia tersengih panjang.

“Dengan adik ni sekali je,” di dalam hati dia bersyukur kerana sewaktu waktu dia membawa Suri Imani dulu, mereka tidak pula ditangkap. Rasanya lagi kecoh waktu tu kalau mereka ditangkap..

Suri Imani malu dengan jawapan yang diberi. Tangannya laju mencubit lengan Ammar Mirza. Entah apa pegawai Jabatan Agama Islam fikir bila medengar jawapan Ammar Mirza tadi. Ammar Mirza pula menjerit kecil. Tapi laju pula tangan Ammar Mirza mencubit pipi Suri Imani.

“Sudah- sudah. Kita cerita kat balai polis,” Karim bersuara geram. Boleh pula ‘bermanja’ dihadapan mereka. Tak sedar dengan kesahalan sendiri.

“Encik Zul? Macam mana dengan kereta mereka?” Karim menyoal pegawai yang sebaya dengan Tan Sri Mahathir. Rasanya Haji Zul pegawai yang paling tua dan mungkin mempunyai jawatan besar. Semua mereka memakai songkok ataupun kopiah dan dipadankan dengan baju melayu.

“Kalau kami tunjukkan kad nikah kami boleh?” Ammar Mirza menyoal perlahan. Dompet dikeluarkan. Kad nikah dihulurkan pada Karim.

“Abang ada bawa ke?” Suri Imani terperanjat.

“Abang bawa kemana sahaja abang pergi.”

“Kenapa tak keluarkan awal-awal?”

Ammar Mirza angkat bahu dan tersengih.

“Sorry. I’m forget about it.”

Suri Imani ketap bibir.

“Ke..kenapa tak beritahu kami awal- awal,” Karim meyoal pula.

“Kami dah kata kami dah kahwin. Tapi Encik Karim yang tak percaya. Sebulan lebih saya tak sini sebab sibuk uruskan hal kahwin kami berdua,” balas Ammar Mirza. Penuh sindiran bunyinya.

Pegawai lain bercakap sesama sendiri. Kad nikah dihulurkan kembali pada Ammar Mirza selepas mencatit beberapa butiran di dalam kad itu.

“Baru kahwin?” Haji Zul menyoal.

Hampir serentak Ammar Mirza dan Suri Imani mengangguk.

“Pernah keluar dalam tv kan?” giliran Haji Zul pula banyak menyoal.

Serentak lagi pasangan itu mengangguk. Perkahwinan mereka pernah disiarkan didalam salah sebuah rancangan televisyen.

“Patutlah saya macam pernah tengok kamu berdua. Tapi dah lupa. Maklumlah orang tua.. Karim. Kenapa boleh jadi macam ni?” Haji Zul kembali serius.

“Sepatutnya awak minta dulu sijil atau kad nikah mereka. Mereka dah mengaku awal- awal yang mereka dah kahwin. Awak sebagai salah seorang pegawai kena siasat dulu. Minta bukti. Faham?”
Karim mengangguk.

“Maaflah atas salah faham yang berlaku. Dah banyak kali kami kena diperdayakan. Malam ni sahaja hampir lima kes kami jumpa. Saya sendiri baru datang dari tempat tu,” ujar Haji Zul.

“Saya betul- betul minta maaf. Encik Ammar. Puan Suri,” Karim menyampuk pula. Pegawai yang lain hanya mengangguk.

“Kenapa honeymoon kat sini?” Haji Zul memandang mereka berdua semua. Ammar Mirza tersengih. Suri Imani ternganga. Honeymoon?

“Isteri saya ni tiba-tiba mengidam KFC. Kebetulan saya dah lama tak datang sini. Sebab tu singgah. Tak sangka kena tangkap pula.”

“Dah mengandung ke?” soalan cepu emas disoal Karim terus.

Ammar Mirza ketawa. Mata Suri Imani pula bulat dengan soalan itu.

“Soon..” jawab Ammar Mirza yakin.

Karim dan Haji Zul ketawa kecil termasuk pegawai lain.

“Tapi kawasan ni bahaya Encik Ammar. Baru beberapa hari lepas ada kes rompakan. Saya harap Encik Ammar berhati- hati. Kawasan ni pun keras,” ucap Haji Zul tersenyum.

“Betul ke?” Suri Imani terkejut.

“Kawasan ni ada beberapa rumah terbiar,” balas Haji Zul.

“Selalu juga kami terserempak dengan penagih dadah,” sampuk Karim.

“Kami balik dululah. Minta maaf sebab dah ganggu Encik Ammar,” Haji Zul bersuara.

Ammar Mirza mengangguk dan kemudian mereka bersalam. Karim pula tidak habis- habis meminta maaf. Sudahnya Haji Zul dan beberapa pegawai terpaksa campur tangan dan menarik Karim supaya masuk ke dalam kereta. Ammar Mirza tergelak. Suri Imani tersenyum.
****************


KAKINYA melangkah perlahan keluar dari pintu bilik air yang menuju terus ke bilik pakaian. Berhati- hati dia takut tergelincir. Kain batik yang juga kain basahannya basah lenjun dan menitik pada lantai kayu yang cantik. Dia terlupa membawa tuala tadi. Terpaksalah dia berjalan persis seorang pencuri dan juga takut didengar Ammar Mirza. Mati dia dimarah Ammar Mirza kerana membasahkan lantainya. Dan paling dia takut berjumpa dengan Ammar Mirza dalam keadaan dia masih berkemban dan badannya yang basah.

Mereka sampai di rumah tepat pukul 12 tengah malam. Ammar Mirza pula tidak membenarkan Suri Imani tidur selagi Suri Imani tidak mandi kerana takut mereka terbawa ‘apa-apa’ sewaktu mereka berada di tangki air lama tadi. Tak sangka perkara seperti itu boleh berlaku. Malunnya!! Suri Imani peluk tubuh. Sejuk pula..

Pintu bilik pakaian tiba- tiba terbuka. Bulat mata Suri Imani. Ammar Mirza terkedu ditempatnya. Tuala kecil untuk mengelap rambutnya terjatuh. YA ALLAH… pertama kali dalam hidupnya melihat seorang wanita yang kini isterinya yang sah dalam keadaan seperti ini. Jantungnya berdegup kencang. Dari hujung rambut sehinggalah hujung kaki dia meneliti tubuh Suri Imani yang basah kuyup. Titisan air jatuh dari hujung rambut dan kain batik yang melilit tubuh isterinya.

“Argh!!!!!!!!!!!!!!!” Suri Imani tersedar.

Ammar Mirza terkejut besar. Dia berlari pada Suri Imani dan terus menekup mulut comel itu dari terus menjerit. Suri Imani cuba melepaskan diri dengan tangan kanannya memegang kejap kain basahan supaya tidak terlondeh.

Bulat matanya merenung Ammar Mirza yang tajam melihatnya. Dadanya berdegup kencang. Ammar Mirza juga sepertinya, rambut Ammar Mirza masih basah dan dia hanya memakai tuala!

Sebenarnya Ammar Mirza puas menunggu Suri Imani siap mandi. Jadi dia menumpang mandi bilik air Firhan. Kalau tunggu sehingga Suri Imani siap, alamatnya lambatlah dia tidur. Sejak Jasmin datang, Firhan dan kakak-kakaknya tidur sebilik dengan Jasmin.

“Le..lepaslah…” Suri Imani cuba bersuara sebelum matanya bulat merenung Ammar Mirza.

“Am!! Apa ni?? Lepaslah…” Dada Ammar Mirza pula dipukul beberapa kali. Terkejut bila tubuhnya tiba-tiba dicempung Ammar Mirza dan terus dibawa keluar dari bilik pakaian. Kemudian tubuh Suri Imani diletakkan diatas katil. Ammar Mirza kembali semula ke dalam bilik pakaian dan keluar bersama tuala.

“Lap badan tu,” suruh Ammar Mirza cuba bersikap selamba. Sedangkan tangan sendiri sudah terketar bila menyerahkan tuala pada Suri Imani.

“A… abang keluarlah,” suruh Suri Imani malu.

Ammar Mirza menggeleng.

“Nak pergi mana tu?” soal Ammar Mirza sedikit tegas. Tangan Suri Imani ditarik supaya duduk semula diatas katil. Terjatuh Suri Imani betul- betul diatas riba Ammar Mirza. Dia menjerit lagi.

“Please don’t shout. It’s already midnight,” pesan Ammar Mirza terus tersenyum. Laju dia mengambil kesempatan. Pipi Suri Imani dicium.

“Ma..ma.maaf,” kelam kabut Suri Imani berdiri dan segera duduk disebelah Ammar Mirza. Tuala sudah membaluti bahunya supaya tidak terdedah.

“Tak elok tidur tidur rambut basah. Nanti demam,” ujar Ammar Mirza perlahan. Tuala kecil yang dipegangnya untuk mengelap rambut sendiri diletakkan diatas kepala Suri Imani.

“Sa..saya b..bo..boleh buat sendiri,” tergagap lagi Suri Imani bersuara.

“Tak tahu pula isteri abang ni gagap,” Ammar Mirza berbisik lembut.

Suri Imani terpana. Bulat matanya merenung Ammar Mirza. Tangan Ammar Mirza masih lagi mengelap rambutnya. Dia pula seoleh- oleh disantau. Membiarkan sahaja perbuatan Ammar Mirza. Tanpa sedar dia sudah berada dalam pelukan Ammar Mirza dan segala- galanya berlaku dengan terlalu pantas. Yang pasti malam itu bukan malam seperti malam sebelumnya. Malam ini melakar kenangan indah pada kedua insan yang baru belajar untuk mengucapkan cinta. Suri Imani pasrah…

29 comments

March 20, 2009 at 11:01 PM

ekkeekee..
klaka tol first part..
da agk da..sure tgkp bsh punye..
hehehee..
waaaahh..
akhirnye ego2 imani jatoh gak..
muehehee..
hope lpas nieh dorang epy...
huhu..ske2..
smbung cpt2 taw..
btw,,spelling byk error..tp xper2..
nieh mesty tergesa2 taip kan..
pham2..
huhu..
ske2..

stitch
March 20, 2009 at 11:02 PM

wow...
lawak tol kna tngkp ngn jbtn agma islam..he3..
sweetnye..he3

March 20, 2009 at 11:13 PM

wah....wah..... mlm pertama........................... apapun, best banget. akak akan terus menanti sambungannya

March 20, 2009 at 11:16 PM

hehehe..lwk gila..
cian pegawai tu..kena tipu..
hahaha..
sweet gila bab ni..
apa2 pun cpt smbg ye..
jgn la ada mslh lg..

March 20, 2009 at 11:28 PM

suke².. nnt cepat² la smbung..

March 21, 2009 at 12:01 AM

hahhahah klakar giler la...huhuh mlm pertama 2 hihhi

March 21, 2009 at 12:05 AM

sweeet gler

kan x pasal2 dh jd puan Iman..

Am ni memang kotakan janji btoll la!

pape pun layan!~

March 21, 2009 at 12:06 AM

hehehe...
cik imani...betul tekaan saya...
hehehe...
waa...
cik imani nakal yea...
hehehe...
good!
keep it up!
saya SUPPORT awak!
hahaha

Anonymous
March 21, 2009 at 12:08 AM

hahhahaha kan btol kena tangkap basah
hahhaha
iman nak ag jgn lama2 tau
huhuhuhu
~iftiliyana~

Anonymous
March 21, 2009 at 12:28 AM

wah..best gile..!
lawak tol la..
bst2..smbung lg..!
malam pertama tu..kekeke..

-cheesecake-

MaY_LiN
March 21, 2009 at 12:37 AM

huhuhu..nice n3 sis..

March 21, 2009 at 12:55 AM

warghhhhhhhhhhh.
memang nak terguling dh gelak.
boleh2 kena tngkp basah.
pastu bg kad nikah lmbt lak2.
bhahahahaha.
last2 jatuh gak ego.
he3
hope dowang epy jap ag.
muahhhhh.
smbung2
-na'dz

March 21, 2009 at 2:25 AM

alolorhh.. sweet je bila am tolong lapkan rambut iman.. hehe..

Anonymous
March 21, 2009 at 7:59 AM

best giler part nie. Nanti sambung cepat2x yer.kalo ada jual novel, memang CONFIRM saya beli.

March 21, 2009 at 8:29 AM

tahniah dik.
jgn lambat sangat nak sambung ye...
makcik2, kakak dan adik2 kat sini kemaruk dah dgn cerita ni.

Anonymous
March 21, 2009 at 9:02 AM

dh agak dh kena tgkap bsah...hehe^_^

~~wans~~

Anonymous
March 21, 2009 at 9:28 AM

I like....

^^ cahaya halina ^^

Anonymous
March 21, 2009 at 1:03 PM

hehehe...besttt,,,

cop..cop...santau ker pukau..
pukau lbih sesuai kot
kalo santau..mau muntah darah tuu...

ngeeeeeeeeeeeeee....

March 21, 2009 at 1:18 PM

best lah
nk lagi!!! :d

March 21, 2009 at 1:47 PM

hehehe..
sweet giler..
nak agi22..
plez..jgn lme sgt ek??

Anonymous
March 22, 2009 at 9:31 AM

MACAM NE NAK BACA DARI PART 1 YE?
SAYA ORANG BARU LA...

March 22, 2009 at 8:10 PM

try cari kat labels.
sori skrg tgh bz..
xder masa nak wat chapter agi..
sorry again..

March 23, 2009 at 5:16 PM

wah bestnye
so sweetttttttt
cpt2 la smbg x sbr nak tgu next n3

cinderelly88
March 24, 2009 at 11:11 AM

hahahha..da lame ku tnggu saat ini berlaku..
finally, mlm pertama tibe juge..
trjerumus gak dorang nie ek..
trgugat gak iman..huhuhuh
soon dpt baby lak..:D

cinderelly88
March 24, 2009 at 11:16 AM

hehehe..me again
lupe lak nk ckp..
so far this is my favret chapter..
hope next chapter will be more intresting yew..

March 24, 2009 at 3:41 PM

bestnya....x sabar nak tgu n3 baru...cepat2 ok...

Anonymous
March 25, 2009 at 2:14 PM

hehe..best gile lar cite nie..pompuan rupe pelakun korea, laki rupe penyanyi omputih..congrett coz buat cite best cm nie..cepat2 la post kan entry baru ek dh tak sabar rasanya..

jgn la ade part balas dendam yg kejam2 ek..cian iman (cthnye dr bekas2 makwe + tunang ammar dulu)tapi yg pasti ammar mesti syg gile sama iman..

cutenye time iman demam dan malam pertama tu..hehe

caiyok2..

March 29, 2009 at 6:04 PM

waaa...bnyak nye komen??>.
smuanya yg nk dkomen tlah pun dkomen,,
yg pasti, nak lagi!!!!

April 8, 2009 at 6:53 PM

best sangat ceriter ni..
kalo senang2 datanglah ke blog su.
lovelysu_nur.blogspot.com

Post a Comment