“Argh..!!” Erna menjerit tiba- tiba. Suri Imani tercengang bila melihat pinggan yang dipegangnya jatuh dilanggar Erna. Berkerut dahinya menahan sakit bila pinggan itu tepat mengena jari kakiny.
“Sorry. Tak sangaja,” Erna tersenyum sinis. Bengang dia tadi melihat musuh ketatnya boleh merapati Ammar Mirza sedangkan dia langsung tidak dapat merapati mahupun berbual dengan Ammar Mirza yang serius sepanjang masa. Sudah tiga kali dia bertembung dengan Ammar Mirza dan Suri Imani. Pelik dia dengan Suri Imani. Sejak dulu lagi ramai sungguh peminat Suri Imani. Sampaikan Ammar Mirza boleh terpikat dengan gadis kacukan itu. Apakah hubungan mereka? Dia pelik kerana masing- masing sudah bertunang tetapi lagak mereka seperti orang yang masih single.
“Kau tak apa- apa?” soal Wati pada Suri Imani.
“Buta ke?” jerkah Amir pada Erna. Dia menolak tubuh Erna dari menghampiri mereka.
“Sikit je tu..” suara Ben kedengaran.
Suri Imani mengeluh kecil. YA ALLAH, sakit sungguh kaki ni! Aku sumpah lepas ni tak nak dah pijak kaki orang kalau tahu kesakitan dia macam ni. Patutlah dulu muka Ammar Mirza semacam bila dipijak. Macam orang berak kapur..
Wati menjeling tajam pada mereka berdua. Geram! Dia tidak faham kenapa Ben begitu membenci Suri Imani.
“Dia yang tak hati- hati,” entah bila Cik Nisak muncul. Wajahnya selamba sambil memegang pinggan yang masih kosong.
“Kau okay?” soal Zahin risau bila melihat Suri Imani diam membisu sejak tadi. Cuma mukanya sahaja berkerut- kerut seoleh- oleh menahan sakit yang amat sangat. Kasut tumit tinggi yang dipakai Suri Imani sudah kotor dengan kesan minyak. Beberapa orang petugas sibuk membersihkan dan membuang pinggan yang sudah pecah.
“Aku okay,” Suri Imani tersenyum dalam nak atau tak. Memang kakinya amat sakit. Agaknya dah patah jari kaki aku! Pinggan tu boleh tahan tebalnya. Sampai pecah dibuatnya.
“Nak aku tolong?” soal Ben lalu selamba memegang lengan Suri Imani yang putih gebu. Terkejut besar Suri Imani dibuatnya. Segera ditepis tangan kasar Ben. Walaupun mereka sepupu, tapi tetap ada batasnya.
“Tak payah!”
“Aku tolong hantar kau balik,” ucap Ben nampak serius. Erna sudah menghentak kaki seperti budak kecil bila melihat perlakuan Ben pada Suri Imani. Mereka sudah menjadi perhatian para tetamu kerana menghalang laluan mengambil makanan.
“Kenapa ni?” suara Ammar Mirza kedengaran. Mereka semua sama- sama berpaling memandang Ammar Mirza yang berjalan dengan penuh yakin dan segak menghampiri mereka. Suri Imani mengeluh. Kalau boleh dia tidak mahu Ammar Mirza berada disini. Biarlah ia perkara ini selesai begitu sahaja.
“Kenapa?” soal Ammar Mirza lagi. Matanya memandang tajam mereka yang berkerumun pada Suri Imani. Dia sebenarnya mencari tunangnya itu atas arahan ayahnya. Ayah mahu memperkenalkan secara rasmi siapa tunangnya dan mengemumumkan hari perkahwinan mereka dua minggu lagi.
“Tak ada apa- apa Am. Pinggan jatuh je. Kena kaki Iman,” jawab Cik Nisak bagi pihak mereka yang mendiamkan diri.
Ammar Mirza tersentak. Patutlah dia dengar bunyi pinggan jatuh tadi. Tapi bunyi itu tenggelam dengan alunan muzik yang agak kuat.
“Lepaslah,” arah Suri Imani tegas pada Ben yang kejap memegang lengannya sejak tadi. Geram sunguh dia pada Ben yang suka mengambil kesempatan. Bukankah masalah ini ditimbulkan Ben dan Erna juga.
“Nak bawa Iman pergi mana?” soal Ammar Mirza dengan suara yang ditahan- tahan. Panas hatinya melihat tangan Ben pada lengan Suri Imani. Tunangnya!
“Balik. Saya sepupu dia.. biar saya tolong hantar Iman balik,” jawab Ben lembut. Dia perlu hormat pada Ammar Mirza kerana Ammar Mirza adalah ketuanya. Bakal memiliki Empire Construction. Ammar Mirza mempunyai kuasa memecatnya bila- bila masa sahaja.
Ammar Mirza terdiam. Dia menjeling pada Wati, Zahin dan Amir. Wajah masing- masing merah menahan marah. Bila- bila masa sahaja akan meletup. Dia tahu ada sesuatu yang berlaku. Tidak mungkin pinggan boleh terlepas dari tangan Suri Imani dan mengena kakinya dan kenapa pula Ben dan Erna turut terlibat. Walaupun Suri Imani kelam kabut, tapi dia tidak cuai. Kalau pinggannya memang jatuh.. kenapa pula Wati, Zahin dan Amir nampak begitu marah. Matanya tajam meneliti Suri Imani dari atas sampai bawah. Salah satu kasut tumit tinggi Suri Imani nampak berminyak.
Perlahan- lahan dia menghampiri Suri Imani dan Ben yang telah melepaskan pegangannya pada lengan Suri Imani.
Mulut Wati, Zahin dan Amir terlopong melihat aksi bersahaja Ammar Mirza. Ben dan Erna berpandangan. Cik Nisak mengetap bibir. Suri Imani terkebil-kebil melihat Ammar Mirza yang membongkok dan mengeluarkan sapu tangan dari seluarnya. Perlahan- lahan kasutnya dibersihkan. Suri Imani tercengang.
“Saya rasa awak tak perlu hantar Iman..” Ammar Mirza berdiri dan memandang tajam pada Ben yang sama tinggi dengannya. Sapu tangan dilipat dimasukkan semula di dalam poket seluarnya. Dia tersenyum pada Ben.
“Saya boleh hantarkan Iman pulang! Sayang... ayah panggil,” ujar Ammar Mirza sedikit kuat agak di dengar oleh mereka semua. Pandangannya tepat pada mata coklat Suri Imani. Tersentak Suri Imani dibuatnya. Meremang bulu romanya dengan bahasa digunakan Ammar Mirza.
Tangan dihulurkan. Teragak- agak Suri Imani menyambutnya. Wajah Ben sudah merah padam. Mereka yang lain terlopong. Zahin dan Wati tersenyum penuh makna.
“Am,” jerit Cik Nisak lalu memaut lengan Ammar Mirza yang hendak berlalu. Dia bertambah terperanjat melihat pegangan kejap Ammar Mirza pada jari- jari halus Suri Imani.
“Sudahlah Nisak.. Kelmarin you tanya siapa tunang I kan? Rasanya you sudah dapat jawapannya. Saya dan Iman sudah bertunang hampir sebulan dan dua minggu lagi kami akan berkahwin. Kad jemputan akan diberi Iman nanti..” dengan yakin Ammar Mirza berkata- kata sebelum melangkah seiringan dengan Suri Imani.
rindu giler kat AM dgn Iman......
ReplyDeletetq for the new n3
finally....ada gak new n3...
ReplyDeletetq imani...huhuhu
thnnz a lot 4 da new en3...
ReplyDeleteilang rindu nk baca cete nie...
heheheh best la n3 la
ReplyDeletehurm dok sengih2 dpn laptop
nasib bek dlm bilik x de org nmpak heheh
:)
~iftiliyana~
sweet N3 yg baru nie..suke iman baek2 nga am..teruskan yer...
ReplyDeletehurm.. kasih suami yg xberbelah bahagi.. :D
ReplyDeletetol tw..
ReplyDeletepas da rindu den..
tq..nak lagi!!..
(bnyk cntik, tau mintak jew)..hehhe
sweet giler....ada tak lelaki mcm ammar kat dunia realiti ni...
ReplyDeletesweetnyer
ReplyDeletewarghhhh.
ReplyDeletebest2.
sweet gilew.
dorang bahagia jerw.
cum org xbetul sengih sorang2 kt pc.
bhahaha.citer nie best2.
sbung2
-na'dz
huhuhu...
ReplyDeletesuke bangat nieh..
iman sweet jer nk ilangkan mara am..
am lak nakal..
muehehe...
hu.hu...
ReplyDeletemmg sweet la!
am ngan iman ni mmg cocok la!
ha....ade pun new n3....tima kasih bebyk....
ReplyDeleteMACAM NE NAK BACA EPISDOD YANG LEPAS?
ReplyDeletehuhu...so sweet..haha...
ReplyDeletesweetnyer am..
ReplyDeleteromantik giler..
bestnyer dpt hubby cam tu
hehehe
bestnye....teringat kat my hubby....romantik and caring cam ammar tu....bertuah badan...:))
ReplyDeletehrmm,sweetnya......sambung2 lagi....
ReplyDeleterindu ngan iman n ammar....tq 4 da n3...
ReplyDeleteso sweeet.....jelesnye ngan iman...
bahagia tul dpt hubby cm am ni....
nanti smbung ngan yg lagi sweet ye...
Sambung!!
ReplyDeleteSambung!!
bestnyer cter nie..tak sabar nak tggu n3 baru.
ReplyDeletesambung lg...best la cite ni..
ReplyDeletekalau boleh terbitkan dlm buku cite
mesti ramai yg beli..good luck
bes siot...
ReplyDeleteada msej scr x lnsung...
^-^
www.AyaAkira1011.blogspot.com
salam
ReplyDeletethanks buat ikut chapter ye
gud luck...