Cinta tak terucap (Bab 35)


PELUKAN pada patung Mickey Mouse kesayangannya diketatkan lagi. Hampir seminggu dia dan Ammar Mirza bergelar suami isteri dan pertama kali dia bermalam di banglo mewah keluarga Tan Sri Mahathir yang diberi nama Villa Mirza. Walaupun sudah bersetuju dengan Ammar Mirza mengenai hubungan mereka suami isteri tapi jantung Suri Imani pasti berdegup kencang setiap kali berdua- duan dengan Ammar Mirza. Ammar Mirza juga pandai memainkan peranan. Mereka jarang bercakap di dalam bilik dan lebih senang membuat urusan masing- masing. Seperti biasa, Ammar Mirza akan tidur di atas permaidani yang di alas dengan dua selimut tebal. Pada mulanya Ammar Mirza ingin tidur diatas sofa, tapi tidak selesa. 

Suri Imani mengeluh. Tempat tidur Ammar Mirza telah disediakan lebih awal. Lagipun dia tahu, Ammar Mirza jarang tidur awal. Pelik dia dengan jadual tidur Ammar Mirza yang tidak teratur. Kadang- kadang Ammar Mirza langsung tidak tidur! Agaknya Ammar Mirza mempunyai penyakit isomnia iaitu penyakit sukar tidur pada waktu malam. 

“Aku terima nikahnya Suri Imani binti Shamsul Azhari dengan mas kahwinnya RM 888.88 tunai,” ujar Ammar Mirza penuh yakin di hadapan semua tetamu yang hadir. Sekali lafas sahaja dia sudah bergelar isteri kepada Ammar Mirza. Berair matanya kerana terkejut dan rasa tidak percaya. Sekarang dia adalah Suri Imani, isteri kepada Ammar Mirza. Tangan Fatin kuat mengenggam tangannya. Mata Fatin juga berkaca. Jauh disudut hatinya terasa kecil hati dengan ketidakhadiran Izlin yang berada di New Zealand. Hanya ucapan tahniah sahaja diucapkan Izlin selain berjanji akan pulang tidak lama lagi. 

Ammar Mirza menghampirinya. Seram sejuk tubuhnya bila Ammar Mirza menarik jari- jarinya dengan lembut lalu di sarung cincin plantinum yang mempunyai dua permata kecil yang begitu comel. Terdapat sedikit ukiran di atas cincin itu. Kemudian dia pula melakukan perkara yang sama pada Ammar Mirza. Pancaran bertali arus flash kemera menyilaukan matanya. Perlahan- lahan Ammar Mirza menghampiri wajahnya. Jantung Suri Imani sudah berdegup kencang. Terpana bila terasa satu ciuman di dahinya. Tanpa sedar air matanya mengalir deras. Dia tidak faham kenapa dia menangis. 

Suri Imani mencari wajah papanya yang tadi menjadi walinya. Terkedu dia melihat Encik Shamsul tersenyum tawar padanya dengan mata yang sudah berlinang dengan air mata. Dia mencari pula wajah Imran dan Ilham. Mereka juga turut sama menangis seperti papa. Suri Imani terharu. Perlahan- lahan dia menghampiri mereka bertiga sambil dipimpin Ammar Mirza. Tubuh ketiga- tiga mereka dipeluk serentak. Mereka adalah lelaki yang paling disayanginya. 

Pintu bilik di ketuk beberapa kali. Suri Imani terkejut. Lamunannya terbang entah kemana. Dia teringat status dirinya kini. Pelukannya pada patung Mickey Mouse diketatkan lagi. Pantas diseka air mata yang mengalir sebelum menutup mata serapat mungkin. Dia dapat mendengar tapak kaki yang semakin menghampirinya. Badanya terasa seperti ditepuk beberapa kali. Perlahan- lahan dia membuka mata bila mendengar Ammar Mirza memanggilnya.

“Iman. Am nak cakap sikit,” ujar Ammar Mirza perlahan. Jantung Suri Imani berdegup kencang. Matanya dibuka luas dan memandang Ammar Mirza yang berdiri tegak dihadapannya. Baju melayu yang dipakai Ammar Mirza sudah berkedut seribu. Hari ini ada majlis kecil untuk mereka berdua. Ammar Mirza ditinggalkan berbual dengan keluarganya. Dirinya terlalu letih melayan tetamu yang hadir. Sepanjang seminggu mereka berkahwin, mereka terlalu sibuk dengan majlis yang dilakukan di rumahnya, Mega Hotel Kuala Lumpur dan juga rumah Ammar Mirza sendiri. Penat juga hendak kahwin rupanya.

15 comments:

  1. wah!!bez ni..
    ske2..
    nk g..
    hehe

    ReplyDelete
  2. lorrr.
    ammar xikut iman g kuantan kerw?
    npe?
    sian kat iman.
    kalo ammar g mesti best.
    de iman, irfan n amamar.cum satu family.
    ngeee.
    smbung2.cepat2.penungguan satu penyeksaan
    ahakzzz.best2.suke jerw
    -na'dz

    ReplyDelete
  3. ngeeee..
    ske2...
    bley lak dorang wat drama swasta dpn tgge..
    hehehe...
    sweeet sgt am ngn iman...
    smbung2...

    ReplyDelete
  4. haila..

    nape tak ikut g kuantan tu??
    benganglah ni..
    heheh

    sambung2

    ReplyDelete
  5. ala... jangan la am g london.. nanti mesti len cite yang timbul.. huhu...
    biarla am ikut iman g kuantan..
    huhu..
    cepat2 sambung taw!

    ReplyDelete
  6. la am x ikut iman p kuantan?
    ishh ni yg x sedap hati
    haha :P

    ReplyDelete
  7. harap2 Am tipu je nak gi London tu......

    ReplyDelete
  8. tu la kan..
    harap2 am x jadik g london..

    ReplyDelete
  9. best!!tp biar la am cancel gi london...kasi dia ikot iman...

    ReplyDelete
  10. a'ah betul tu...
    dah la amir join skali pegi kuantan...
    am tak jeles ke???
    nnti ada benda tak baek lg jadi...

    ReplyDelete
  11. menci nye...
    am!! tamo la ikut min g london...

    ReplyDelete
  12. ala... xmo la am g london...
    t nth2 pe2 je lg si amir ngn minah gedik tu rncg... huhuh... pat2 masuk en3 br ek.. hehe.. cayok!

    ReplyDelete
  13. ala..nk am ikut g kuantan gak..
    xmo la g london..xbestla..
    nasib baik irfan ikut..xde la si amir tu mcm2..

    ReplyDelete
  14. harap2la xda perkara yg x baik jadi masa kat kuantan....c amir 2 bkn bleh percaya sngat talam 2 muka.....

    ReplyDelete
  15. thniah to writer coz mnghasilkan citer yg gila gmpak mcm ni..
    best2..
    keep it up ok?
    klau ade msa jemput lah ke blog sy...
    (http://zarithnatasha.blogspot.com/)

    ReplyDelete