“Tetamu dah balik?” soal Suri Imani. Matanya terkebil- kebil memandang Ammar Mirza.
“Am nak apa?” soal Suri Imani. Ammar Mirza duduk di atas katil. Berhadapan dengan Suri Imani yang telah bangkit dari pembaringan. Badannya terasa begitu letih dan tidak bermaya. Penat seharian melayan tetamu yang hadir. Sejak menjadi suami isteri mereka berdua lebih senang membahasakan diri dengan panggilan nama.
“Kaki sakit lagi?” soal Ammar Mirza memandang jari kaki telunjuk Suri Imani. Peristiwa sewaktu Majlis Ulang Tahun Empire Construction, telah menyebabkan jari kaki telunjuknya terseliur dan membengkak. Nasib baik bukan retak mahupun patah.
“Tak.”
“Iman suka dengan perkahwinan ni?” soalnya perlahan.
Suri Imani tersentak. Lain macam je soalan tu...
“Am nak tahu. Kenapa Iman setuju kahwin dengan Am.... Sebab papa?” soalan Ammar Mirza sudah dijawabnya dengan begitu tepat. Laju Suri Imani mengangguk kepalanya.
“Seperti yang kita bincang dulu.. Am tak akan sentuh Iman,” ujar Ammar Mirza perlahan. Kata- kata itu pernah diucapkan diawal perkahwinan mereka bila melihat Suri Imani yang gelisah sepanjang malam bila berada bersama dengannya.
“Jangan cerita pada sesiapa termasuklah Wati. Faham?” lembut kata- kata Ammar Mirza berbau ugutan.
Suri Imani terus mengangguk dan tersenyum girang.
Ammar Mirza tersenyum. Pertama kali dia tersenyum ikhlas pada Suri Imani yang kini sah menjadi isterinya. Hanya tuhan yang tahu betapa hatinya berdegup kencang melihat keadaan Suri Imani ketika ini dengan baju tidur yang begitu comel dibadannya. Rambut Suri Imani pula dibiarkan lepas dan menutup dahi. Potongan baru yang dibuat sebelum berkahwin dulu.
“Am tahu Iman tak sukakan perkahwinan kita ni. Am dah fikirkan. Kita boleh jadi kawan. Am nak tahu, Iman ada suka sesiapa tak? Atau Iman sudah ada kekasih hati?”
Suri Imani terdiam. Wajah Ben menjelma sekejap sebelum hancur ditiup hembusan nafas Ammar Mirza. Suri Imani menggeleng kepala.
“Kalau macam tu... erm kita berkenalan macam biasa. Saya Ammar Mirza Mahathir. Selamat berkenalan,” ujar Ammar Mirza lalu tersenyum. Suri Imani tercengang. Dia terpana melihat senyuman Ammar Mirza. Tidak hairanlah ramai yang terpikat dengan Ammar Mirza yang murah dengan senyuman walaupun tegas.
“Hei,” bahu Suri Imani dicuit.
Suri Imani tersentak. Perlahan bibirnya mengukir senyuman. Huluran tangan Ammar Mirza dipandang sebelum disambut. Lembut tangannya mengenaggam tangan Ammar Mirza kemas.
“Saya Suri Imani binti Shamsul Azhari... Awak boleh panggil saya Iman,” dia ketawa kecil. Kelakar pula rasanya. Sudah seminggu mereka berkahwin, baru hari ini mereka secara rasminya berkenalan.
“Before that, erm.. did you remember what I said to you when we first meet?”
Dahi Suri Imani berkerut. Bila pertama kali dia dan Ammar Mirza berjumpa. Sewaktu bertunang? Tapi rasanya waktu itu mereka lebih banyak menggunakan bahasa mata. Langsung mereka tidak bertegur satu sama lain. Perlahan- lahan Suri Imani menggeleng.
“Iman ni betullah... Remember this phrase.. My business is mine and your business is mine too, understand?” soalnya.
“Tapi,” macam tak adil je bunyinya.
“Walau bagaimanapun... Iman tetap isteri Am. Seorang isteri kena patuh pada suami dan suami kena patuh pada ibunya. Iman tak boleh bantah apa yang Am cakap. Faham?” agak tegas bunyinya. Suri Imani terdiam. Teringat kata- kata ustazah dulu mengenai hubungan suami isteri. Akhirnya dia mengangguk. Sudah cukup baik Ammar Mirza hanya meminta dia menurut katanya, kalau disuruh buat benda lain... rasanya dia sanggup lari dari rumah. Dia masih tidak bersedia.
“Good girl,” Ammar Mirza tersenyum. Rambut lurus Suri Imani yang masih basah selepas mandi tadi digosok. Suri Imani segera menarik tangan Ammar Mirza. Dia tidak suka diperlakukan seperti itu. Terasa seperti anak kucing pula.
“Iman tidurlah dulu. Am nak pergi mandi,” sambung Ammar Mirza ketawa kecil dengan sikap Suri Imani. Memang gadis ini tidak suka disentuh. Tadi dia sewaktu makan dia sengaja menyentuh tangan Suri Imani, tapi segera ditepis gadis itu. Wajah gadis itu juga sudah merona merah.
“Awak dah sembahyang?” soal Suri Imani teringat suaminya itu belum bersembahyang.
Pantas Ammar Mirza menggeleng. Sepanjang seminggu tinggal sebilik dengan Suri Imani, tidak pernah mulut kecil itu lupa bertanya akan hal sembahyangnya. Selama ini dia memandang remeh perkara itu sedangkan sudah sebati dengan dirinya sejak kecil. Kerana sibuk dia lupa membuat perkara wajib. Subahan-ALLAH...
yay! am pi kuantan kan kan?
ReplyDeletemintak-mintak la x ada benda jadi nnt :DD
haha .. gua rasa bukan bloggers sekarang yang berubah menjadi negatif .. Itulah bloggers, ceritakan perkara x2 yg. berlaku di sekeliling mereka .. Mungkin keadaan yang agak negatif ini mendorong bloggers menghasilkan artikel yg berbunyi negatif ..
ReplyDeleteseperti penyampai berita terpaksa melaporkan kes rogol (sebagai contoh) pada setiap hari sekiranya terdapat kes rogol yang berlaku tiap x2 hari ..
hehe.. bg la am jeles.. best sket.. nk tgk mcm mna iman kalut ble am jeles.. hehe.. sbb iman pun dh syg am.. huhu
ReplyDeleteyeyehh! Am x jadi g London..
ReplyDeletebagus2.. tapi Iman nak g mana ek?
jumpa Am ke?
sambung lagi..
ala..hero cepatla smp..
ReplyDeleteyeah
ReplyDeleteam g carik Iman kt kuantan
iman tu nk g mne?
g jmpe mak die ke?hee
pndai2 je..
imani..sambung lg eh
huhuuhu bestnya nk lagi.....
ReplyDeleteyeah
ReplyDeleteam g kuantan.....
best nyer...
huhuhu...
eeeiii..
ReplyDeleteske2..
nseb bek am xikot g london..
tengs min cz halang am..
go am,,catch iman kt kuantan sbelom amir catch iman..
huhu...smbung2..
suke2..sambung lg yer..
ReplyDeletenext!!
ReplyDeletejgn la wat uma tgga downg berantakan..
ReplyDeletetpi kalo nk wat 2, ok jgak.. n yg pnting eppy ending..
jgn la kasi ammar nmpk iman ngan amir...
ReplyDeletefuh fuh.....
iman nk g mane ek??
ReplyDeleteye ye..am g rampas balik isterimu..huhu
yes yes
ReplyDeleteammar g kuantan,
cepat2.
sebelom benda len terjadi,
smbung2
-na'dz
harap2 iman pandai jaga diri, lebih2 lagi am dah benar2 in love dgn iman.... aduh.........bestnya ada suami handsome, byk duit lak tu....... dreaming..............
ReplyDeletebaca citer ni.. terasa nak kawin plak..ehehehe :P
ReplyDeleteselalu ikut..best!
ReplyDeletecepat la smbung...
ReplyDeletebesh2!!!
nk bg jeles2 tuh boleh la jugk tp jgn mlarat sgt kot...stgi x de mood nk bca..hehe go go go hero
ReplyDeleteromantik owh citer neyh...hihiih
ReplyDeletenasib baik Ammar x dibenarkan Jasmin ikut dia g London.. glah cari Suri di Kuantan.. takut Erna ni buat plan jahat dia.. naya Suri...
ReplyDelete