16 May 2009

Cinta tak terucap (Bab 40)

Bab 40


SURI IMANI gigit bibir. Dia cuba menahan diri dari menangis dihadapan Ben yang setia bercerita mengenai penyakit yang dialami mama kini. Ammar Mirza memang tidak membohonginya. Mama betul- betul sakit. Dia tidak tahu apa yang perlu dibuat. Dia bermain dengan jari-jarinya. Suri Imani tidak berani menyampuk kerana dia tidak tahu apakah yang perlu ditanya.

“Adik faham ke?” Ben menyoal.

Suri Imani mengangguk.

“Panggil Iman, Ben,” suruh Suri Imani. Sudah lama rasanya Ben tidak memanggilnya ‘adik’ dan membahasakan diri ‘abang’ sejak mama dan papa berpisah dulu.

Ben mengeluh.

“Abang betul-betul minta maaf pasal semalam. Abang ikutkan perasaan marah. Selama ni abang dibesarkan dengan cerita dongeng mama dan papa abang,” ujar Ben dengan wajah serius.
Suri Imani terpinga sekejap. Cerita dongeng?

“Auntie dah beritahu abang segala-galanya. Uncle Sham tak salah. Kami yang salah,” sambungnya.

“Iman tak faham.”

Ben merenung lama wajah adik sepupunya. Timbul rasa kasih dan sayang. Dia marah dengan perbuatan keluarganya dan dia menyesal dengan perbuatannya pada Suri Imani selama ini. Dia tahu Suri Imani belajar di universiti yang sama dengannya, tapi sengaja dia tidak mempedulikan gadis itu. Malah sering juga dia dan rakan-rakannya membuli Suri Imani.

“Selepas auntie dan uncle Sham bercerai… Mama abang beritahu yang uncle Sham..” kata-kata itu mati.

“Apa? Apa papa Iman buat?”

“Uncle Sham jahat dan tidak bertanggungjawab. Selama ini dia tipu auntie… sebab itu auntie selalu sakit.”

“Sakit?”

Ben mengangguk.

“Selepas bercerai auntie selalu sakit- sakit. Rupanya bukan sakit dibuat uncle Sham, tapi auntie rindukan anak-anaknya. Tapi dia malu hendak kembali semula pada uncle Sham. Dia tahu dia dah banyak berdosa. Auntie ceria segala-galanya semalam. Dia marah abang sebab pukul Iman dan Encik Am.”

“Abang percaya ke?” lupa terus panggilan yang dipanggil tadi.

“Abang kecil lagi masa tu.. Abang percayalah. Rupanya mama abang tak suka uncle Sham selama ni. Abang sendiri tak faham kenapa.”

“Sebab papa melayu?” teka Suri Imani.

Ben menggeleng. Kawan-kawan keluarganya kebanyakan terdiri daripada orang melayu.

“Papa orang Islam?”

Ben menggeleng lagi.

“Auntie berkahwin dengan uncle Hamdan. Dia cina muslim. Tapi hubungan kami baik.”

“Entahlah dik. Tapi menurut auntie, dulu uncle Sham terlalu pentingkan kerjaya sampaikan tiada masa untuk auntie dan anak-anak. Sebab itu, auntie tak tahan. Auntie berhenti belajar dan berkahwin dengan uncle, tapi uncle tak dapat bahagikan masa dengan baik pada keluarganya. Auntie tertekan.”

“Mana abang tahu?”

“Auntie beritahu.”

Suri Imani terdiam. Dia tidak ingat langsung. Tapi memang dulu sebelum mama dan papa bercerai, dia jarang menghabiskan masa dengan papa. Kata- kata Ben ada benarnya. Tapi…

“Mama pentingkan diri sendiri. Kenapa dia tinggalkan kami? Ilham kecil lagi masa tu. Mungkin Iman boleh maafkan mama. Tapi, Iman tak boleh kata yang abang long, kakak dan Ilham boleh maafkan mama. Ilham tidak pernah merasa kasih sayang mama.”

“Abang tahu. Auntie selalu cakap yang dia nak sangat berjumpa dengan Ilham.. Berapa umur Ilham sekarang?”

“15 tahun.”

“Abang minta maaf.”

“Kenapa abang yang nak minta maaf?”

“Semuanya salah keluarga abang.”

Suri Imani diam. Terbayang wajah Encik Lee dan Puan Lee. Encik Lee memang baik. Puan Lee jarang tersenyum. Selalu juga dia, Imran dan Izlin dimarahi Puan Lee walaupun kesalahan yang mereka lakukan kecil sahaja.

“Mama bahagia sekarang?”

Ben terpinga sekejap dengan soalan itu. Lambat- lambat dia mengangguk.

“Dari luaran auntie memang nampak bahagia. Tapi di dalam abang tak tahu. Uncle Hamdan baik dan memahami. Anak- anak uncle Hamdan juga anggap auntie seperti mama mereka sendiri.”
“Mereka bukan anak mama?”

Ben menggeleng.

“Uncle Hamdan dan auntie tidak anak. Hazlin dan Hazira anak-anak uncle Hamdan dengan perkahwinan dahulu.”

“Adik nak jumpa mama?”

Terus Suri Imani menggeleng. Dia masih belum bersedia.

“Dah berapa bulan mama sakit?”

“Hampir tiga bulan,” jawab Ben terus. Sekarang Puan Khadijah menjalani rawatan kemoterapi untuk menghalang kanser dari terus merebak. Tapi sejak akhir- akhir ini Puan Khadijah selalu muntah- muntah. Mungkin rawatan kemoterapi itu tidak dapat menghalang kanser itu. Puan Khadijah pulu dibedah segera. Dia serba salah sama ada perlu memberitahu keadaaan sebenarny Puan Khadijah. Puan Khadijah menyuruhnya merahsiakan. Tapi dia hanya memberitahu secara luaran kesakitan dan perubahan Puan Khadijah selepas menghidapi penyakit ini.

“Mama tahu abang jumpa Iman?”

Ben menggeleng.

“Tapi Hazlin dan Hazira tahu.”

“Berapa umur mereka?”

“Erm.. mungkin sebaya dengan Izlin. Tak lama lagi Hazlin nak kahwin,” beritahunya.

Suri Imani tersenyum tawar.

“Kata kat Hazlin nanti. Iman cakap tahniah,” ucapnya ikhlas.

Ben mengangguk.

“Boleh abang tanya?”

“Apa?” bulat mata Suri Imani merenung Ben. Ben tersenyum. Wajah Suri Imani saling tidak tumpah seperti Puan Khadijah.

“Auntie dah ada berapa orang cucu?”

“Empat. Dua lelaki dan dua perempuan. Kakak kahwin dengan lelaki dari New Zealand dan sekarang menetap disana. Joana muda setahun dari Irfan. Najla dan Johan pula sebaya. Najla lahir dua hari lepas,” cerita Suri Imani. Rindu dia pada Izlin. Hilang sudah perasaan marahnya pada Izlin. Baginya perkahwinan dia dan Ammar Mirza bukan salah kakaknya, tapi jodoh dari ILAHI.

Dahi Ben sedikit berkerut.

“Joana dan Johan – anak-anak kakak. Irfan dan Najla – anak-anak abang long,” terang Suri Imani.

Ben menggangguk pula.

“Kalaulah semua ini tidak terjadi, pasti keluarga kita besar.”

Kemudian Ben pula bercerita mengenai kakak-kakaknya yang sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak. Kedua adik lelakinya sekarang belajar di US dan Jepun. Suri Imani hanya diam mendengar cerita sepupu-sepunya yang lain. Alice, Esther, Mike dan Edwin. Dulu mereka rapat. Wajah-wajah sepupu-sepunya semuanya seiras dengan Ben. Jadi pasti mereka cantik dan kacak.

“Irfan okey? Dia tak apa-apa? Nasib baik Encik Am dan Amir sempat datang semalam, kalau tak abang tak tahu apa yang akan terjadi,” dia memang tidak boleh mengawal kemarahannya. Kadang- kadang anak-anak saudaranya sendiri takut bergurau denggannya. Takut dimarahi.

Suri Imani menggeleng. Entah kenapa dia tidak takut lagi pada Ben. Ben sedikit berbeza. Dia tidak pelat. Mungkin disebabkan dirumah, Ben berbual dengan keluarganya dalam Bahasa Inggeris. Dia tahu kerana dia pernah membesar bersama Ben.

“Irfan okey. Cuma demam sikit je. Mungkin terkejut.”

“Abang minta maaf,” entah berapa kali perkataan itu dikatakan Ben.

“Iman maafkan abang. Nanti abang minta maaf sendiri dengan Irfan.”

“Maksudunya abang boleh jumpa Irfan lagi?” terkejut Ben dibuatnya.

“Soon.”

Ben mengeluh dan tersenyum. Sekurang- kurangnya perjumpaan mereka ada membawa perubahan pada hubungan Suri Imani dan mamanya.

“Sebelum abang lupa. Abang nak ingatkan Iman satu benda.”

“Apa?”

“Tentang Amir.”

Suri Imani berdebar.

“Kenapa dengan dia?”

“Erna pernah beritahu abang. Amir sukakan Iman. Betul kan?”

Lambat-lambat Suri Imani mengangguk.

“Abang tak rasa dia dah give up. Abang nak Iman hati- hati je. Erna dan Amir bukan sebaik yang Iman sangkakan.”

“Abang mengarut apa ni? Kenapa abang cakap macam tu? Erna? Abang bukan dengan dia sekarang?”

Ben ketawa kecil. Dia tidak pernah serius dengan sesiapa termasuk Erna.

“Abang memang bukan lelaki yang baik. Tapi niat abang baik. Abang hanya suruh Iman berhati-hati sahaja,” jawabnya tenang.

Debaran hatinya tidak hilang. Kata- kata Ben itu menyentak tangkai hatinya. Lama merenung Ben sebelum soalan diluah lagi.

“Mana abang tahu?”

“Abang tak tahu apa-apa dan abang tak nak cakap apa-apa. Tapi Erna dan Amir bukan sebaik yang disangka,” ayat itu diulang. Tapi lebih serius.

Suri Imani termanggu. Erna mungkin tidak baik tapi Amir? Amir kawan baiknya. Amir tidak salah kerana jatuh cinta padanya. Tapi..

“Abang jom balik. Nak hantar Irfan ke klinik,” lemah suaranya. Kenapalah banyak sangat masalah. Kalaulah Wati ada sekarang…pasti dia tahu bagaimana hendak menganangi Amir. Perlu ke dia memberitahu Ammar Mirza mengenai Amir? Dia buntu.

*****************

DAHI Suri Imani berkerut melihat Irfan yang tersengih dihadapan muka pintu. Pipi gebu itu dicium dan sengaja dia melagakan dahinya dengan dahi Irfan. Lega hatinya bila dahi Irfan tidak begitu panas. Nampaknya demam Irfan tidak melarat.

“Mana pak cik?” soalnya.

Irfan tersengih sahaja.

“Kenapa ni?” pipi Irfan dicuit. Dia melangkah masuk kedalam bilik. Mulutnya terlopong. Irfan sudah melompat naik diatas katil. Ammar Mirza terlena sambil tangannya memegang kamera.

“Lama dah pak cik tidur?”

Irfan mengangguk.

“Lama sangat..” dia tersengih lagi.

Dahi Suri Imani berkerut. Dia melihat Ammar Mirza lama. Mungkin Ammar Mirza penat sebab itu boleh tertidur. Siapa tak penat kalau melayan Irfan sepanjang hari.

“Siapa beli mainan-mainan ni?” soal Suri Imani. Pelbagai mainan bertaburan diatas katil bersebelahan dengan Ammar Mirza. Kebanyakannya robot-robot dan juga patung batman. Batman adalah ikon superhero kesukaan Irfan yang diketahui sejak dulu.

“Ada lagi?” Suri Imani terkejut melihat dua beg plastik yang tertera perkataan ‘Toy House’diatas lantai.

“Itu untuk abang Firhan, kak Fifi, kak Fia dan baby Najla,” jawab Irfan yang sudah terleka dengan mainannya semula.

“Erm.. mak cik beli nasi beriani. Irfan dah makan?”

Irfan menggeleng.

“Ada ayam tak?”

Suri Imani menggangguk. Irfan melonjak kesukaaan. Tadi dia adalah menelefon Ammar Mirza bertanya jika Ammar Mirza dan Irfan sudah makan atau tidak. Nasib baiklah kedua mereka masih belum makan tengah hari sepertinya. Dia tiada selera untuk makan bersama Ben walaupun diajak beberapa kali.

“Mak cik rasa orang tidur tak boleh makan kan?”

Irfan mengangguk laju dengan sengihan. Mereka sama-sama memandang Ammar Mirza.

“Pak cik beli ke kamera tu?”

Irfan menggeleng.

“Pak cik bawa dari KL.”


Suri Imani tersenyum. Dia tahu dulu kehidupan Ammar Mirza adalah kemera. Perlahan- lahan kemera itu diambil. Dia menelek lama kamera itu. Canon EOS 5D Digital Camera. Nama itu dibaca. Dia tidak tahu langsung pasal kamera. Dia menekan beberapa butang di kamera. Terpesona dia melihat gambar-gambar yang ditangkap Ammar Mirza. Nampak seperti hidup. Dia seoleh-oleh dapat mendengar gelak tawa Irfan dari gambar-gambar itu.

“Pergi pantai tadi?”

Irfan mengangguk.

“Tapi pak cik tak bagi mandi,” Irfan mencebik.

Suri Imani tersengih.

“Jom tangkap gambar pak cik nak?” ajaknya.

Irfan mengangguk laju.

“Bukan susah nak jadi jurukamera kan?”

Suri Imani tersengih. Suka dia menekan butang yang digunakan untuk menangkap gambar. Leka sekejap dia. Sekejap gambar Irfan ditangkap sebelum beralih pada Ammar Mirza yang masih terlena.

“Mak cik tangkap dekat sikit,” suruh Irfan. Tangan Suri Imani ditarik supaya memanjat katil. Cepat sahaja Suri Imani menurut. Dia duduk disebelah Ammar Mirza. Bergerak-gerak katil dengan pergerakan mereka berdua. Nasib baiklah Ammar Mirza tidak sedar. Hanya beralih sedikit.

Irfan dan Suri Imani tutup mulut.

“Cepat..” arah Irfan. Dia berdiri perlahan-lahan sambil menunjukkan pelbagai gaya.

Suri Imani ketawa. Hampir sepuluh minit dia merakam gambar Irfan sebelum menyuruh Irfan berhenti. Penat dia dibuatnya. Irfan datang menghampiri Suri Imani.

“Jangan tolak,” tak selesa bila terpaksa berlaga badan dengan Ammar Mirza. Seperti sengaja Irfan menolak badannya.

Dia berpaling merenung Ammar Mirza. Lega melihat lena Ammar Mirza tidak diganggu. Takut juga dia kalau tertolak Ammar Mirza yang tidur dibelakangnya. Irfan sudah duduk disebelahnya.

“Tengok ni,” tunjuk Suri Imani akan hasilnya.

“Erm… tak adil.”

Irfan mendongak. Dia tak faham kata-kata Suri Imani.

“Kenapa mak cik tangkap tak cantik. Pak cik tangkap cantik,” ujar Suri Imani. Berbeza sungguh dengan apa yang ditangkap Ammar Mirza.

“Cantik juga…” Irfan bersuara. Dia tak faham sebenarnya maksud Suri Imani. Asalkan mukanya ada didalam kemera, dia sudah suka.

Suri Imani tiba-tiba ketawa.

“Apa?” Irfan sibuk hendak melihat sama.

“Kelakarlah muka pak cik,” Suri Imani ketawa lagi. Tapi perlahan sahaja takut Ammar Mirza terjaga.

Irfan ketawa. Memang kelakar. Waktu gambar dirakam Ammar Mirza sedang menggaru-garu mukanya menyebabkan gambar tidak begitu jelas dan wajah Ammar Mirza nampak kelakar.

“Macam apa ek?” Suri Imani garu kepala.

Irfan tersengih sahaja.

“Jangan bagitau pak cik tau,” pesan Suri Imani.

Irfan mengangguk. Tapi dahinya berkerut.

“Apa?” Suri Imani gigit bibir. Dia perasan sesuatu bergerak dibelakangnya. Alamak! Janganlah Ammar Mirza dah bangun. Suri Imani pejam mata bila dia sudah merasa tangan hinggap dibahunya. Kamera terus dilekap dibadan kuat. Irfan berundur.

“Apa yang jangan bagitau abang?”

Suri Imani menggeleng laju. Dia takut hendak berpaling.

“Abang nak kamera,” bisik Ammar Mirza.

Suri Imani geleng lagi.

“Baik bagi, kalau tak…”

“Apa?” Suri Imani buat berani. Dia cuba hendak berdiri tapi tangan Ammar Mirza lebih pantas. Terduduk dia diatas katil membelakangi Ammar Mirza.

“Kita kena denda orang degil kan Fan?”

Irfan nampak serba salah tapi mengangguk.

“Kalau orang degil mama Irfan buat apa kat Irfan?”

Alamak! Suri Imani sudah gelisah. Dia takut melihat Ammar Mirza.

“Nah! Ambillah kemera abang ni,” hulur Suri Imani segera.

Ammar Mirza tersengih. Kamera disambut dan diletakkan diatas meja.

“Dah terlambat. Hukuman tetap hukuman,” balasnya selamba.

Suri Imani diam membisu. Betul ke tadi Ammar Mirza tidur? Muka macam bukan seperti orang bangun tidur..

“Abang.. apa nih!!!” Suri Imani menjerit kuat. Sedaya upaya cuba melepaskan diri dari Ammar Mirza.

Ammar Mirza ketawa. Irfan terkebil-kebil.

“Gelilah bang!!!!!!!” dia cuba menarik tangan Ammar Mirza yang berada dipinggangnya. Dia ketawa sambil tangannya cuba melepaskan diri.

“Iman buat apa hari ni?” bisik Ammar Mirza perlahan ditelinga Suri Imani. Dia memeluk Suri Imani dari belakang dan ditarik menghampirinya.

“Tak buat apa-apa,” dia cuba melepaskan diri.

Semakin kuat Suri Imani dipeluk.

“Irfan tak nampak,” Irfan pejam mata.

Amamr Mirza ketawa. Wajah Suri Imani sudah panas. Dadanya semput kerana ketawa banyak.

“Betul?”

“Betullah… gelilah bang!!” perutnya sakit.

Ammar Mirza semakin galak sebelum perbuatannya terhenti. Bibirnya mengukir senyuman.

“Mak cik nangis..” Irfan geleng kepala. Dia terus melompat turun dari katil dan terus menghampiri beranda.

“Jangan panjat kerusi,” pesan Ammar Mirza pada Irfan sebelum matanya tepat merenung Suri Imani.

“Orang sepatutnya ketawa, bukan menangis bila kena geletek.”

Ammar Mirza tersengih.

“Dah tak tahan,” semakin laju air mata turun membasahi pipi. Tangan Ammar Mirza ditepis bila Ammar Mirza cuba untuk menyeka air matanya.

“Merajuk dah..”

Suri Imani mencebik. Dia malu hendak memandang Ammar Mirza. Pertanyaan Ammar Mirza tadi masih tidak dijawab sejujurnya.

“Iman jumpa Ben tadi,” perlahan suaranya.

Ammar Mirza tersenyum.

“Abang tahu.”

Bulat mata Suri Imani. Ammar Mirza ketawa. Pipi Suri Imani dicium beberapa kali.

“Abang!” cepat melihat Irfan yang leka memandang pantai. Malu juga dilihat Irfan. Apa pula akan diceritakan pada abang long dan kak Fatin.

“Ben call abang pagi tadi. Sebab tu abang tahu Ben datang meeting. Dia minta kebenaran nak jumpa Iman.”

Suri Imani terkejut. Patutlah Ammar Mirza tahu. Dia memandang Ammar Mirza.

“Abang kata abang percayakan Iman. Abang tak kisah sebab dia dah minta maaf. Abang cakap… suruh tanya Iman sendiri. Kalau Iman setuju jumpa Ben maksudnya abang pun setuju.”

Dada Suri Imani sebak.

“Terima kasih, abang.”

“Tengok menangis lagi. Susah nak pujuk ni. Nak kena beli mainan juga ke?” Ammar Mirza garu kepala.

Perut Ammar Mirza dicubit. Ammar Mirza ketawa.

“Abang buat Iman terharu.”

“Ye ke?” soalan itu berbau usikan.

Lambat-lambat Suri Imani mengangguk.

“Iman isteri abang. Abang percaya pada Iman. Iman dah maafkan mama?”

Suri Imani mengeluh.

“Tak tahu.”

Ammar Mirza menarik isterinya dalam pelukan.

“Abang tahu Iman maafkan mama, kan?”

Terhenjut- henjut bahu Suri Imani menahan tangis.

“Syy… perlahan-lahan. Bukan senang hendak sayangkan seseorang yang selama ini kita benci. Tapi walauapun abang tetap sokong Iman.”

Pelukan dibalas. Kata- kata Ammar Mirza membuatkan dia terharu lagi.

“Tak tahu pulak isteri abang ni sensitif orangnya.”

“Abang,” manja kedengaran suara Suri Imani.

Ammar Mirza ketawa. Pelukan dikemaskan lagi.

“Abang sayang Iman…” perlahan tapi jelas kedengaran.

Suri Imani terkedu.

“Pak cik, mak cik!!! Jom mandi pantai,” Irfan menjerit.

Segera Ammar Mirza melepaskan pelukan. Irfan sudah berlari menghampiri mereka. Suri Imani diam membisu. Langsung tidak membalas pertanyaan Irfan. Dia merenung Ammar Mirza lama.

“Jom. Petang nanti nak balik rumah kampung,” beritahu Ammar Mirza rancangannya terus. Urusan Suri Imani sudah selesai disini. Irfan sudah memeluk kaki Ammar Mirza tanda hendak didukung.

“Mak cik. Jomlah…” Irfan mengajak lagi. Pautan pada leher Ammar Mirza diperkemaskan.
Suri Imani diam.

“Iman?”

Suri Imani merenung Ammar Mirza.

“Kita makan dulu. Lepas tu kita mandi pantai,” usul Ammar Mirza. Pipi gebu itu dicuit. Irfan menjerit kesukaan dan terus turun dari dukungan Ammar Mirza. Beg plastic berisi nasi beriani dicapai.

Ammar Mirza tersenyum. Wajah Suri Imani direnung. Dia tahu Suri Imani terkejut. Dia sendiri tidak tahu bagaiman kata-kata itu boleh terkeluar. Selama ini ia hanya bermain-main dihatinya sahaja.

“Kenapa ni?”

“Erm.. tak ada apa-apa.”

Ammar Mirza senyum.

“Jom makan.”

Suri Imani segera turun dari katil dan terus ke beranda dimana Irfan sudah duduk menanti untuk makan bersama. Ammar Mirza memeluk tubuh. Memandang Suri Imani dan Irfan. Hatinya ingin tahu jawapan Suri Imani dari kata-katanya tadi. Tapi dia tidak tahu bagaimana hendak ditanya..


13 comments

May 16, 2009 at 12:54 AM

wahhh rindunya pada iman n ammar...
hehehe...
tak sabar nk tunggu next n3

cinderelly88
May 16, 2009 at 1:22 AM

best gak episode nie...
da makin2 mesra dorang 2 kn..
i like...
jeles la plak...hu3
alangkah indah kalo aku pn dpt suami cm ammar..
hopefully..someday..

May 16, 2009 at 1:47 AM

warghhhhhhhhh.
comey2.
time iman amik gambar ammar.
ahakzzzz.
kan dh agak amir tu jaat.
huh.xsuke2
sambung2
-na'dz

May 16, 2009 at 1:49 AM

bestla...
suka citer ni

Anonymous
May 16, 2009 at 1:59 AM

wawa..am da ngaku la..iman..! ape lg, respon la..huhu..sweetla am ni..diorang ni da ade bunge2 cinta la..iman dgr la ckp ben tu..amir tu jahat..!! jgn caye die..

-cheesecake-

May 16, 2009 at 2:05 AM

hari yg sedih jd bahagia bile bace kisah gembira ammar n imani

May 16, 2009 at 2:13 AM

waaa..
bila plak iman nak gtau..
hope erna n amir x uat pepa la kat am n iman..
jgn la..
ben kna hlg erna n amir...
nak depa bhgia..
xmau cedih2..
huhu

MaY_LiN
May 16, 2009 at 8:06 AM

waaa...bile nak tanye kat iman..?
msti iman pun sayang....!!!

May 16, 2009 at 4:25 PM

xsbar nk bce episod strusnyer nie!!!!!!!!!!!!

May 16, 2009 at 4:32 PM

comelnye iman n ammar..
suke sangat!!
x sabar nak tunggu sambungan..

May 16, 2009 at 6:54 PM

Alaaa Irfan ni..
Time orang nak berkasih sayang, time tu gak dia datang.. Huhuhuhu..

May 16, 2009 at 11:33 PM

awk,sye nk jdk suri imani blh??
hihi~

;)

May 17, 2009 at 12:47 AM

iman..
pecaye la ckp ben tuh...
watch out with amir n erna..
haha..ske2 iman ngn am...
smbung2..

Post a Comment