Cinta tak terucap (Bab 40)


Suri Imani berpaling bila pintu bilik air terbuka. Sekejapnya mandi.. Dia terkejut! Dia berpaling melihat Ammar Mirza yang baru melangkah keluar. YA ALLAH!!! Segera dia memandang laptop semula. Wajahnya terasa hangat. 

Dahi Ammar Mirza berkerut dengan reaksi Suri Imani. Takkan tak biasa.. Suri Imani kan tinggal bersama papa dan Ilham yang juga lelaki. Suri Imani memang membesar dengan majoriti lelaki. Papa, Imran dan Ilham. Hanya Suri Imani dan Izlin sahaja perempuan. Erm… Bibir Ammar Mirza terukir. 

“Am nak siapkan kerja sikit lepas ni. Iman lapar ke? Kalau tak kita sarapan dulu,” ujar Ammar Mirza menghampiri gadis itu yang nampak seperti cacing kepanasan. Tak senang duduk! Dia tersenyum melihat kekalutan Suri Imani. Rancangannya menjadi. Dia perasan mouse yang dipegang Suri Imani sudah melilau. 

“Tak! Pergi lah pakai baju dulu,” jawab Suri Imani laju. 

“Apa yang tak?” sengaja Ammar Mirza menyoal. Dia berdiri dihadapan Suri Imani yang duduk disebalik sofa berangkai tiga. 

Suri Imani mendongak tapi hanya sekejap. 

“Em.. saya tak lapar lagi,” jawabnya perlahan. YA ALLAH!!! Berilah aku keberanian! Si Ammar ni sengaja nak kenakan aku. Dia boleh perasan dari air muka Ammar Mirza yang nampak nakal walaupun wajah lelaki itu biasa tanpa riak. 

“Takkan nak pandang Am pun malu?” soal Ammar Mirza. Rambut yang masih basah dan dilap dengan tuala kecil. Berjurai rambut ikalnya menutup dahi. Selama ini, di pejabat dia akan memakai gel rambut supaya rambutnya lebih kemas. Tapi kalau diluar atau dirumah, dia lebih selesa membiarkan rambutnya bebas tanpa bahan kimia itu. 

“Am! Air terpecik kena kertas. Pergilah pakai baju dulu baru awak tanya benda- benda lain,” ujar Suri Imani geram. Dia menggigit bibirnya. Memang nak kena lelaki ni! 

Ammar Mirza berlalu dengan senyuman panjang. Dia yang ingin mengenakan Suri Imani lebih lama tidak jadi, bila tubuhnya terasa sejuk dengan air cond yang dipasang. Kelakar dengan tingkah laku gadis yang sudah bergelar isterinya itu. Tempoh perkenalan yang singkat dan sekarang sudah menjadi isterinya yang sah. Tak sangka! Dia menggeleng perlahan. 

Selama ini dia bukanlah dikira anak yang baik. Dia lebih suka membuat keputusan sendiri. Tapi dia tetap menghormati ayah, umi dan arwah Radzi. Dia memang playboy dan Radzi serta Hadi sering menggelarnya Kasanova KL. Gadis pilihannya bukan calang- calong orang. Selalunya gadis yang pandai bersosial kerana lebih mudah diajak keluar. Tapi itu dulu. Semuanya berubah selepas kematian Radzi. Satu- satu abang yang dia ada selepas abang kembarnya sendiri, Amsyar Mirza yang telah meninggal dunia sewaktu berusia 5 tahun kerana penyakit jantung. 

Wajah Fifi, Fia dan Firhan yang sudah hilang tempat mengadu selepas kematian papa mereka. Segala tanggungjawab yang dipikul Radzi, digalasnya pula. Sebelum Radzi meninggal dunia, dia ada diberitahu mengenai Suri Imani. Tapi tidak pernah dipedulikan kerana dia tahu jikalau dia tidak bersetuju, ayah dan umi tidak boleh memaksanya. Tetapi akhirnya, dia mengambil keputusan menerima sahaja keputusan umi dan ayah. Walaupun pada mulanya dia terpaksa tetapi pertama kali dia melihat Suri Imani dulu, dia tahu pilhan ayah dan umi adalah betul. Tiba- tiba dia teringat sesuatu. Dia lupa sama ada dia ada menutup application tersebut atau tidak. 

“Nampak handphone Am tak?” soal Ammar Mirza agak kuat. 

Suri Imani terkejut.

“Apa?”

“Nampak handphone Am tak?” 

Tanpa memberi jawapan Suri Imani menghulurkan telefon bimbit dan ipad Ammar Mirza yang diletakkan di atas sofa. Wajahnya selamba dan dia terus meneruskan kerja yang terbantut. 

“Macam hilang anak,” sempat mulut kecil itu berkata. 

“Iman buka tak?” soal Ammar Mirza gelisah. Lelaki itu sudah duduk diatas sofa. Tempat menyimpan koleksi gambar dibuka. Dia menepuk dahi. Lupa dia ada membuat password. 

“Buat apa nak buka. Saya jumpa masa kemas tempat tidur awak.”

“Bagus..” kepala Suri Imani digosok sebelum berdiri. 

“Haiiiip…” Suri Imani tidak selesa. 

Ammar Mirza berlalu dengan tawa kecil apabila melihat rambut Suri Imani yang sudah kusut dibuatnya. 

Suri Imani mendengus geram. Dia terkejut pula bila telefon bimbitnya berbunyi. 

“Kenapa Mir?” soal Suri Imani selepas menjawab salam yang dihulurkan Amir. 

“Kau cuti sampai bila?” terus sahaja soalan Amir. Suri Imani sudah faham dengan perangai Amir. Kalau dia menelefon, selalunya ada hal penting. Amir bukan seperti Wati dan Zahin yang suka berbual panjang di dalam telefon sebelum pergi ke topik yang sebenarnya. 

“Em.. jumaat aku pergi pejabat,” jawab Suri Imani. Bahu digunakan untuk melekapkan telefon bimbit kerana tangannya sibuk menaip sesuatu di atas keyboard. 

“Kau bukan cuti ke minggu ni?” soal Amir agak terperanjat. Rasanya cuti yang dipohon Suri Imani agak lama. 

Suri Imani ketawa kecil. Rasanya dia tidak perlukan cuti. Ammar Mirza juga nampak sibuk dengan urusan pejabatnya. 

“Cuti. Projek ni tak cuti. Nanti aku hantar kat kau. Okaylah… aku sibuk ni, Bye.” 

Suri Imani meneruskan kerjanya sehinggalah dia dikejutkan lagi dengan SMS ringkas dari papa mengarahkannya membuka blog. Berkerut dahi Suri Imani. Rasanya dia tidak pernah mendengar atau melihat alamat blog tersebut. Tetapi blog itu tetapi dibuka seperti arahan papanya. 

“Kenapa?” soalan Ammar Mirza mengejutkannnya. 




13 comments:

  1. wahhh rindunya pada iman n ammar...
    hehehe...
    tak sabar nk tunggu next n3

    ReplyDelete
  2. best gak episode nie...
    da makin2 mesra dorang 2 kn..
    i like...
    jeles la plak...hu3
    alangkah indah kalo aku pn dpt suami cm ammar..
    hopefully..someday..

    ReplyDelete
  3. warghhhhhhhhh.
    comey2.
    time iman amik gambar ammar.
    ahakzzzz.
    kan dh agak amir tu jaat.
    huh.xsuke2
    sambung2
    -na'dz

    ReplyDelete
  4. wawa..am da ngaku la..iman..! ape lg, respon la..huhu..sweetla am ni..diorang ni da ade bunge2 cinta la..iman dgr la ckp ben tu..amir tu jahat..!! jgn caye die..

    -cheesecake-

    ReplyDelete
  5. hari yg sedih jd bahagia bile bace kisah gembira ammar n imani

    ReplyDelete
  6. waaa..
    bila plak iman nak gtau..
    hope erna n amir x uat pepa la kat am n iman..
    jgn la..
    ben kna hlg erna n amir...
    nak depa bhgia..
    xmau cedih2..
    huhu

    ReplyDelete
  7. waaa...bile nak tanye kat iman..?
    msti iman pun sayang....!!!

    ReplyDelete
  8. xsbar nk bce episod strusnyer nie!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  9. comelnye iman n ammar..
    suke sangat!!
    x sabar nak tunggu sambungan..

    ReplyDelete
  10. Alaaa Irfan ni..
    Time orang nak berkasih sayang, time tu gak dia datang.. Huhuhuhu..

    ReplyDelete
  11. awk,sye nk jdk suri imani blh??
    hihi~

    ;)

    ReplyDelete
  12. iman..
    pecaye la ckp ben tuh...
    watch out with amir n erna..
    haha..ske2 iman ngn am...
    smbung2..

    ReplyDelete

Back to Top