Cinta Semalam: Bab 16


“MASUKLAH. Sekarang ni rumah kamu berdua.” 

“Our home?” Daniel teruja. Dia mendongak memandang wajah putih bersih ayah angkatnya. Dia masih sukar mempercayai lelaki yang dipuja dalam senyap itu sudah menjadi ayah angkatnya. Malah berusaha untuk tidak memisahkan dia dan adiknya. Bukan senang hendak mengambil dua orang anak angkat serentak pada masa yang sama. Selalunya, dalam kes-kes sebelum ini, mereka pasti akan dihantar ke keluarga angkat yang berbeza. 

“Inilah rumah Daniel Rayzal dan Jihan Raysha.” Encik Ebrahim usap rambut ikal Daniel yang berwarna perang gelap. Rambut itu nampak sudah panjang dan hampir menutup mata. Wajah keanak-anakan Daniel masih jelas walaupun sudah berusia 14 tahun. Jihan Raysha pula berusia tujuh tahun. 

“Nanti kita jumpa atuk dan nenek kamu berdua.” Encik Ebrahim tarik tangan kedua-dua anak angkatnya. Hatinya terbuka menerima Daniel dan Jihan Raysha selepas hampir lima tahun bersedih dengan kehilangan isteri dan anak-anaknya dalam kemalangan jalan raya. Isterinya, Sabrina Fretzen ketika itu bersama anak-anaknya, Nur Edrina dan Meor Emil. Dia pula tiada kerana bekerja. Sebelum ini memang dia terlalu lebihkan hal kerja daripada keluarga. Kini dia berazam untuk bekerja sahaja dari rumah dan hal syarikat akan diuruskan rakan kongsinya, William. 

“We have atook and neyneck?” Daniel menyoal teruja.

Encik Ebrahim ketawa. Kelakar mendengar loghat British yang pekat sehingga panggilan atuk dan nenek kedengaran lain. Memang keluarga mentuanya tidak sabar berjumpa Daniel dan Jihan Raysha. 

“Uncle, thank you for accepting us in your family.” Dahi Daniel berkerut. Matanya merah. Nampak sangat dia cuba mengawal perasaan dari menangis.

Encik Ebrahim ketawa. Perlahan-lahan dia tarik Daniel dan Jihan Raysha dalam pelukannya. 

“Tak sayang. Terima kasih sebab Danny dan Esha sudi terima daddy dalam keluarga kamu berdua. Mulai hari ini, panggil daddy. Takde lagi uncle. Faham?” 

Bulat mata Daniel yang sudah mendongak. Dia melepaskan pelukan. Dia genggam tangan kecil itu. 

“Thank you, daddy.” Daniel berkata.

Encik Ebrahim tersenyum lebar. Ya Allah, lama dia tidak dipanggil dengan panggilan itu. Sejak kehilangan keluarga, dia selalu menghabiskan masa di London Islamic Orphan Children. Kemunculan dua beradik yang kehilangan ibu dalam kemalangan jalan raya menarik perhatiannya. Dia cuba mendekati, tetapi semakin jauh pula Daniel dan Jihan Raysha pergi. Dua beradik itu nampaknya begitu takut didekati. Malah Encik Ebrahim turut terkejut mengetahui ada darah Melayu dalam diri dua beradik itu walaupun fizikal tidak menjelaskan darah kacukan itu. 

“Dalam rumah ni… hanya bercakap dalam bahasa Melayu je tau.” 

“But ....” Jelas Daniel nampak terkejut. 

“Ya, daddy tahu kamu berdua tak tahu cakap Melayu langsung kan?” 

Daniel mengangguk laju. Adiknya lagilah tidak tahu. Dia sekurang-kurangnya memahami juga kerana pernah tinggal di Malaysia. 

“Jom! Kita lawat rumah dulu. Petang nanti kita pergi rumah Atook Josiah dan Neyneck Martha.” Encik Ebrahim mengajuk kata-kata Daniel tadi. Tangan Daniel dan Jihan Raysha dipegangnya. Dua beradik itu hanya mengikut. Pelbagai reaksi jelas kelihatan. 

“This house… is so big.” Daniel nampak begitu teruja. Malah dia begitu teruja melihat kolam renang di belakang rumah. Kawasan lapang yang turut mempunyai set papan gelongsor dan buaian juga menarik minatnya. 

“Jom kita pergi bilik Danny dan Esha.” Encik Ebrahim mula panjat tangga. Kedua-dua bilik dua beradik itu di tingkat atas. Rumah ini mempunyai lima bilik. Satu bilik dijadikan bilik tetamu dan satu bilik lagi dijadikan ruang pejabatnya. 

“This house look different. Nice.” 

Encik Ebrahim tersenyum. 

“I’m architect. Rumah ni memang dah lama jadi rumah idaman daddy. Dulu tingkat atas ni bilik-bilik arwah anak-anak daddy. Jangan risau. Daddy dah tukar pelan. Semuanya dah diubah khas untuk kamu berdua,” beritahu Encik Ebrahim. Bukan niat mahu melupakan anak-anaknya, cuma biarlah kenangan manis itu kekal dalam memorinya sahaja. Dia tidak mahu menganggap Daniel dan Jihan Raysha hanya sebagai pengganti. Mereka anak-anaknya juga. 

“Itu bilik Danny. Depan bilik Danny ni, bilik Esha. Esha suka warna purple kan?” soal Encik Ebrahim. Dia cuba memancing Jihan Raysha supaya bercakap. Hampir dua tahun, sejak kematian ibu mereka…. Jihan Raysha tidak lagi bercakap. Pelbagai usaha dilakukan para doktor, tetapi Jihan Raysha tetap tidak bercakap. Jihan Raysha memang mengalami trauma yang menjejaskan psikologinya. Malah ‘kebisuan’ Jihan Raysha itu menjadikan dia mangsa buli kanak-kanak lain. 

“Esha suka.” Daniel menjawab bagi pihak adiknya. 

“Abang suka bilik abang?” soal Encik Ebrahim pula apabila pintu bilik Daniel dibuka. Nampak sangat riak gembira yang tergambar dari wajah Daniel. 

Encik Ebrahim memanjat syukur. 

“What did you called me?” soal Daniel nampak bingung. 

Encik Ebrahim terkejut. Dia pandang wajah Daniel yang sudah masuk ke dalam bilik. Jihan Raysha turut mengekor langkah abangnya. 

“Abang. Dalam bahasa Inggeris… brother. Esha pula adik. Boleh daddy panggil Danny dan Esha… abang dan adik?” soal Encik Ebrahim. Panggilan itu diharap akan merapatkan mereka bertiga lagi. 

Daniel mengangguk. Dulu papa selalu memanggilnya dengan panggilan ‘abang’ selepas dia menjadi abang pada tiga orang adik kembar. Arwah mummy juga memanggilnya ‘abang’ dan Jihan Raysha dengan panggilan ‘adik’. Selepas mummy meninggal dunia, panggilan itu turut lama hilang. Dia kembali memandang dekorasi bilik yang menarik matanya. Encik Ebrahim tahu minatnya pada besbol. Pelbagai jenis buku yang tersusun di rak menarik minatnya juga. Cuma dia rasa pelik kerana tingkap bilik ini terlalu besar. 

“Jom adik kita masuk bilik adik pula. Nanti daddy bawa beg naik atas.” Encik Ebrahim tarik tangan kecil Jihan Raysha. Teddy bear yang hampir sama besar dengan saiz badan Jihan Raysha sejak tadi dipeluk oleh Encik Ebrahim. Warna putih teddy bear itu juga nampak kelam kerana mungkin sudah lama tidak dibasuh. 

“Kenapa sayang?” Encik Ebrahim tidak jadi meneruskan langkah apabila tangannya pula ditarik Jihan Raysha. Dia duduk bertinggung di hadapan Jihan Raysha. Terpinga apabila air mata Jihan Raysha tiba-tiba menitis. 

“Adik?” Encik Ebrahim sabar. Dia mengelap air mata yang mengalir itu. Sensitif betul jiwa anak kecil ini. Dia yang dewasa boleh mengalami kemurungan kerana kehilangan keluarga, inikan pula anak sekecil Jihan Raysha. 

“What happen?” Daniel pula duduk bertinggung seperti Encik Ebrahim di hadapan Jihan Raysha. Dia peluk badan kecil itu. Dia tidak suka adiknya menangis. 

“Da… da… da… daddy.” 

Daniel terpempan. 

Encik Ebrahim terduduk. Ya Allah, Jihan Raysha bercakap!

6 comments:

  1. sad nye n3 ni iman..
    isk isk isk

    ReplyDelete
  2. finally iman sambung cerita ni. Thanks:)susah nak maafkan nenek ni...she made her family suffer.

    ReplyDelete
  3. atlast new entry....heehheehe.. thanks writer

    ReplyDelete
  4. sedih............................
    apapun, mekacih for the new n3.....
    apapun, akak follow............

    ReplyDelete
  5. nk ag..cpt eh smbg.da lm 2nggu smbngnya..

    ReplyDelete
  6. iman..knp nama watak asyik tertukar je?

    ReplyDelete