Cinta tak terucap (Bab 50)


FIRHAN galak ketawa melihat ibu saudaranya yang sejak tadi turun naik tangga. Habis merah padam wajah putih gebu Firhan dengan telatah Suri Imani. Bila turun ke bawah, terlupa pula mengambil sesuatu. Segera Suri Imani berlari ke bilik.

“Firhan. Tak baik ketawakan mak ngah,” tegur Fifi. Fia mengangguk. Setuju dengan kata- kata kakaknya. Mereka bertiga duduk di atas sofa sementara menunggu mama mereka yang sedang bersiap. Cuti sekolah yang hanya seminggu dimanfaatkan sepenuhnya. Jasmin berjanji ingin membawa mereka ke Genting Highland selama dua malam. Minggu depan Jasmin akan pulang semula ke London. 

Ammar Mirza duduk bersandar kerusi empuk berangkai empat. Pak Latif, pemandu peribadi Villa Mirza tersenyum sahaja dari tadi. Agaknya dia pun sudah bosan seperti Ammar Mirza dan cuba bersabar. Kelakar pun ada bila melihat telatah Suri Imani. 

“A… abang! Sakitnya kaki Iman. Kenapalah bilik kat tingkat atas?” soal Suri Imani sedikit tercungap. Bahu kirinya tergantung dengan beg tangan manakala bahu kanannya tergantung beg laptop. Hampir tersasul dia memanggil Ammar. Takut pula nanti anak- anak saudaranya mengadu pada nenek mereka. Pak Latif tersenyum lagi. 

“Lain kali abang buat bilik kat bawalah,” sempat Suri Imani memberi cadangan. Dulu biliknya juga ditingkat dua, tapi dengan keluasan Villa Mirza yang tiga kali lagi besar, menyebabkan kepenatannya bertambah. Banyak juga tangga terpaksa didaki. Kalau macam ni setiap pagi, dia dah tak payah pergi bersenam seperti Tan Sri Mahathir dan Puan Sri Noraini. 

“Lepas ni kita pergi hospital. Cheak sikit saraf- saraf kat otak Iman. Nyanyuk memanjang,” bebel Ammar Mirza. 

Firhan menutup mulutnya menahan tawa yang ingin disembur lagi bila melihat wajah Suri Imani yang masam mencuka. Fifi dan Fia cuba untuk tidak ketawa. Kadang- kadang kelakar bila melihat Suri Imani dan Ammar Mirza bila mereka berdua berperang mulut. Selalunya mulut Suri Imani akan memuncung menunjukkan gadis itu sudah kalah di tangan Ammar Mirza. 

“Pak Latif. Jom pergi,” ajak Suri Imani.

Orang tua itu nampak terkejut dengan kata- kata Suri Imani. Tercengang dia memandang Ammar Mirza. 

“Kenapa?” Suri Imani pelik. Dia sempat membetulkan kemeja berjalur halus yang dipakainya. Rambut panjangnya sudah diikat tocang satu.

“Eh, tak pergi lagi?” soal Jasmin terkejut. 

Suri Imani berpaling. Terlopong melihat Jasmin yang begitu cantik dengan busana muslimah. Senyuman Jasmin juga manis. Kalau orang kata Jasmin masih bujang, tentu orang percaya kerana Jasmin memang pandai menjaga badan dan kesihatannya supaya sentiasa muda dan bertenaga. 

“Tanyalah adik kesayangan Min ni. Puas Am tunggu,” rungut Ammar Mirza. Jasmin ketawa kecil. 

“Mak Ngah asyik lupa nak bawa barang. Mula- mula Mak Ngah tertinggal handphone.. lepas tu lupa bawa beg tangan lepas tu.. lupa bawa laptop.. lepas..” 

“Oo.. sedap Firhan ejek Mak Ngah,” Suri Imani menghampiri Firhan. Dia menarik geram pipi Firhan sebelum menciumnya semula beberapa kali. Firhan tersengih.

“Fir minta maaf,” Firhan tersengih.

Suri Imani mencubit lembut pipi Firhan. Tak terlintas dibenaknya untuk memarahi Firhan. Walaupun tidak lama mengenali Fifi, Fia dan Firhan, tapi kasihnya pada mereka bertiga tidak ubah seperti sayangnya pada Shah Irfan, anak saudaranya. 

“Salam,” pinta Firhan. Kemudian Fifi dan Fia menyalami Suri Imani. Seperti biasa pipi mereka dicium Suri Imani. Sudah biasa. Irfan suka bila pipi tembamnya dicium. 

“Eh, bukan Pak Latif hantar Iman ke?” soal Suri Imani pada Pak Latif yang sudah memandang Ammar Mirza. Suri Imani mengalihkan pandangan pada Ammar Mirza. Semalam beria lelaki itu mengatakan dia tidak dapat menghantar Suri Imani dan menyuruh dia meminta pertolongan Pak Latif. 

“Pak Latif nak hantar Puan Min ke Genting,” ujar Pak Latif.

“Oo.. tak apalah. Kalau macam tu, Iman cari teksi.” Suri Imani tersenyum walaupun hatinya hampa. Sempat dia menelek jam ditangan. Mungkin dia akan tiba lewat ke pejabat. 

“Kenapa ni?” Jasmin menyampuk.

“Jom. Abang hantarkan. Abang pun ada hal kat luar jap,” Ammar Mirza bersuara. Hatinya digeletek bila melihat wajah keruh Suri Imani. 

“Betul?” Suri Imani girang.

Ammar Mirza mengangguk dan kemudian pasangan itu berjalan keluar dari Villa Mirza. Dahi Jasmin berkerut dan wajah Pak Latif dipandang meminta jawapan. 

“Tak tahulah Pak Latif. Semalam Encik Am pesan suruh setuju je bila Puan Iman minta dihantar ke pejabat,” terang Pak Latif yang juga pelik dengan permainan yang dimain Ammar Mirza.

“Bukan saya dah kata awal- awal saya nak minta tolong Pak Latif hantar kami?” soal Jasmin.

“Itulah.. Pak Latif tak faham.” 

“Pak ngah saja nak kenakan mak ngah. Tadi Fifi tengok muka mak ngah sedih sangat bila Pak Latif cakap nak kena hantar kita. Dah jadi macam hero pulak Fifi tengok pak ngah bila dia tawarkan diri nak hantar mak ngah,” Fifi ketawa kecil dengan kata- katanya.

“Ish, anak mama ni.. Pandai- pandai je.” Jasmin mencubit pipi Fifi. 

Fifi tersengih.

22 comments:

  1. o-o..
    sadisnya..
    camana amir leh eksiden ni..
    iman..iman..
    wat ammar luruh jantung ja..

    ReplyDelete
  2. hohohoo,...
    bt saspen je..
    ingtkan pe ....
    x sbr nak thu ending dia...

    ReplyDelete
  3. cane amir leh xciden ni???
    ni mst ade yg dengki...
    ishhhh....xpuassss...
    n3 lg plssss.... =>

    ReplyDelete
  4. nak lg... huhuhu iman ni buat suspen je.. nasib tak gugur jantung ammar tu

    ReplyDelete
  5. kesiannya amir...
    ermmm sambung lagi..
    tak sabo nak tau ending dia...
    huhuhu
    :)

    ReplyDelete
  6. sadisnya....simpati pada amir...

    ReplyDelete
  7. uishh.
    sedih nyer.
    kesian amir.
    caiyook iman!

    ReplyDelete
  8. sedeyhnye... amir mati... huhu.. cpt2 sambung ye... x sabar nak taw pe jadi pas ni..

    ReplyDelete
  9. amir mati?sdihnye.........xsbr nk bce smbgn die...ari2 bkk blog ni......

    ReplyDelete
  10. amir mati??
    sedihnya..
    huhuhu...

    cita ni dah nk abes ka??

    ReplyDelete
  11. amir excident?hah?
    nasib imani sayang amir sbg kawan je
    -na'dz

    ReplyDelete
  12. bila baca ayat iman " iman syg amir"....terkezut akak dibuatnya.............. heheeeee
    apapun, akak follow................

    ReplyDelete
  13. sambungggggggggggggggggg......
    argghhhh....seksa mnunggu neh...


    >>niCk<<

    ReplyDelete
  14. cepatla smbung... nk lagi... =)hihihihi sronok bace... n dah lame tggu..huhuhu

    ReplyDelete
  15. kematian amir de kne mengena ngan erna kew???
    sambung cpt2 ea..=]

    ReplyDelete
  16. bla nak smbg citer ney??
    x sbr nak tggu ending dya...

    ReplyDelete
  17. Best sgt, sambung lah lagi. puas kami tunggu.

    ReplyDelete
  18. ble awk nk smbg lg cite nie,dh lma tggu nk tau ending die..ending die bt la romantik sket...

    ReplyDelete
  19. bla nk smbg cite ni, tak sabar nak tau ending die cam ne.....

    ReplyDelete
  20. Iman, sambunglah cerita ni kami dah tak sabar nak tunggu. Iman tengah sibuk ke?

    ReplyDelete
  21. Patutlah... berita sedih... Amir dah takder.. mmg Iman terasalah dgn kata2 akhir Amir sblm ni... huhu.. baru je dapat good news...

    ReplyDelete