Cinta Tak Terucap (Bab 50)

Setiap kematian yang berlaku dalam kehidupan seharian dan saat menyambut kelahiran merupakan permulaan kepada saat menanti kematian…

5 Mei 2010

Kelahiran Aqil Riyyad Mirza, Aqif Rifkhi Mirza dan Syarifah Zaharanatul Aisha seakan mengembalikan semula kegembiraan dalam tiga sahabat itu selepas kehilangan Amir setahun yang lepas. Siapa sangka mereka akan kehilangan Amir dalam sekelip mata sahaja. Walaupun saat perkenalan mereka tidak lama, tapi mereka berkongsi segala cerita. Cuma sampai saat ini, Suri Imani masih tidak bercerita kepada Wati dan Zahin akan perbuataan Amir dulu. Biarlah ia menjadi rahsia antara dia, Amir dan Ammar Mirza.

“Macam kembar tiga dah aku tengok,” ucap Wati tersenyum melihat anak sulungnya, Zahara yang nyeyak tidur di sebelah Aqif dan Aqil. Hari ini genap umur Aqil dan Aqif setahun. Majlis Hari Jadi dibuat khas untuk mereka berdua. Bulan hadapan pula Zahara pula menyambut hari jadinya yang pertama. Zahara lahir sebulan selepas kelahiran si kembar seiras Aqil dan Aqif.

Suri Imani tarik sengih. Senang hatinya melihat anak kembarnya sudah nyenyak tidur. Tadi habis kecoh banglo milik Tan Sri Mahathir bila mereka bertiga bergabung suara menangis mungkin kerana kepenatan.

“Jom balik,” Zahin muncul dari balik pintu ruang tamu yang terbuka luas.

Meriah sungguh majlis hari jadi Aqil dan Aqif. Gembira kembar seiras itu bila menjadi perhatian tetamu yang hadir ditambah pula dengan pelbagai hadiah yang diterima.

“Papa kau dah balik?” Zahin menyoal. Tangannya sibuk menolong Wati mengambil barang- barang Zahara. Zahara langsung tidak menangis bila dirinya didukung Wati, hanya mata bulat itu terpisat- pisat sebelum terlelap semula.

“Dah.”

“Nenek tak sihat. Ilham pun banyak kerja sekolah,” beritahunya. Sepanjang hari Encik Shamsul, Nek Kalsom dan Ilham berada di Villa Mirza. Sekarang Nek Kalsom sudah tinggal bersama Encik Shamsul selepas Suri Imani dan Ammar Mirza berpindah semula ke KL beberapa bulan yang lepas. Tan Sri Mahathir sendiri sudah melepaskan jawatannya dan sekarang menjadi penasihat Empire Construction. Ammar Mirza pula sudah menggalas jawatan Tan Sri Mahathir.

“Nak balik dah?” Puan Sri Noraini pula muncul dari dapur. Tan Sri Mahathir berjalan di sebelah isterinya.

Serentak Zahin dan Wati mengangguk.

“Bila balik Kuantan?”

“Mungkin esok petang,” Zahin menjawab.

“Senyap je dia,” Puan Sri Noraini mencuit pipi gebu Zahara. Bulat mata Zahara sama seperti ayahnya dengan rambut coklat sama seperti warna matanya. Dia pasti Zahara akan membesar menjadi seorang gadis yang cantik. Pasti Zahara juga akan berkawan rapat dengan Aqif dan Aqil sama seperti ibu bapa mereka.

“Am mana?” Tan Sri Mahathir bila anak lelaki tunggalnya itu tidak kelihatan.

Suri Imani angkat bahu. Wajah Zahin dipandang.

“Ada kat luar tadi… hantar tetamu balik…” Zahin pandang pintu rumah yang terbuka luas sebelum bibirnya tersenyum.

“Cari Am ke?” tersengih panjang Ammar Mirza. Dia berjalan seiring dengan Fifi, Fia dan Firhan yang sejak tadi menolong dia membuat kerja. Anak- anak saudaranya itu baru pulang semalam bersama Jasmin untuk majlis ini dan akan kembali semula ke London lusa.

“Sibuk benar kamu,” tergeleng Tan Sri Mahathir.

“Majlis anak-anak saya ayah… saya bukan buat apa pun. Tolong- tolong macam tu je. Dah nak balik ke?” soal Ammar Mirza yang sudah berdiri di sebelah Suri Imani. Bahu Suri Imani dipeluk.

Zahin mengangguk. Sekejap sahaja masa berlalu. Setahun yang lepas mereka dikejutkan dengan berita kematian Amir sehingga menyebabkan mereka bertiga seoleh hilang tumpuan. Suri Imani menjadi murung. Wati pula terkilan kerana tidak dapat berjumpa Amir buat kali terakhir. Bimbang juga dia dan Ammar Mirza kerana ketika itu Suri Imani dan Wati sedang mengandung.

“Abang… call,” cuit Suri Imani perlahan pada pinggang suaminya yang nampak leka bermain dengan Zahara yang sudah terjaga dari tidur.

Ammar Mirza menyeluk saku baju Melayu. Tajam mata suaminya menatap skrin telefon sebelum dengan tergesa- gesa Ammar Mirza menjarakkan diri untuk menjawab panggilan.

“Siapa pula tu?” pelik Tan Sri Mahathir dengan sikap kalut anaknya.

Suri Imani angkat bahu. Sebenarnya sudah lama dia perasan dengan sikap suaminya setiap kali mengangkat panggilan telefon. Tetapi dia cuba untuk mengelak perasaan curiga itu bertandang dalam dirinya.

“Ayah, umi, Wati, Zahin… aku ada hal jap. Iman, abang keluar jap,” laju Ammar Mirza berkata- kata.

“Pergi mana?” berkerut dahi Suri Imani.

“Erm… jumpa Hadi jap.”

Suri Imani hanya mengangguk kepala.

“Pergi dulu,” terus sahaja Ammar Mirza berlari anak keluar dari Villa Mirza.


maaf
[sila beri pendapat] 

20 comments:

  1. rindunya..lama xbca crita ni..

    ReplyDelete
  2. betol la. rindu sgt. neway, thanks for n3 br ni ^__^

    cepat2 sambung yekh? hehehe

    ReplyDelete
  3. me acih sis..
    pe la yang jadi ni..
    curios sungguh ni..
    ammar ammar..

    ReplyDelete
  4. akhirnya..........
    cepat2 smbg ye!!!!!!!!!!!!!
    :)

    *ALL THE BEST 4 YOUR STUDY....

    ReplyDelete
  5. thanks...
    akhirya lepas juga rindu kat couple berdua ni.. cpt2 sambung ye..
    agak2 sapala yg call tu ye.. suspen la pulak...

    ReplyDelete
  6. syukran...lama ternanti gan n3 baru, harap2 tak ada yg menganggu rumahtangga iman & ammar.

    ReplyDelete
  7. tq sebab smbg cte ni balik....
    best3...tq sgt2...

    ReplyDelete
  8. akhirnya ada jugak sambungan...
    uhuuhu..
    tapi knp cam suspen je huhuhu
    ingatkan dah muncul kbhagiaan heheh
    apapun jgn lupa sambung lagi erk
    :)

    ReplyDelete
  9. akhirnya, ada gak smbgan citer ni. thanks imani.. tapi naper ckit jer?..
    tak puas nak baca.. huhuh

    ReplyDelete
  10. uh! curious lak...rsenye n3 b4 ni x de pon sbb amir 2 mati kn? ke sy ketinggalan?? huuuuuu~ dorg dh dpt baby dh..mst tomey,,.ehehehe...rndu dorg! tengkiu 4 de n3..:) nk lg...

    ReplyDelete
  11. jap cik writer. napa ceta ni jump ke stahun yg lepas lak. Nk la dengar ceta camna hal lps tau imani pregnant hrtu. xsyok la trs jump.

    episod 50
    ni lak apa hal ngan mirza??? Tetiba ja cam ada benda nk drahsiakan.

    ReplyDelete
  12. lg 1 apa yg jd kat amir sbenarnya??? i miss that part. amir gaduh ngan rina ka smpai excident???

    ReplyDelete
  13. windu nya...lame dah xde n3 baru...


    tengs...

    ReplyDelete
  14. akhirnye.. sambung jugak.. =D
    da lme tggu..
    cpt sambung ye n gud luck..

    ReplyDelete
  15. nape dgn ammar tue? ish..suspennya..xsabar nk tau sambungannya..sambung lagi ye..

    ReplyDelete
  16. ble cite nie nk abes?

    ReplyDelete
  17. ala napa blog citer jihan rasha dh diblock..cmner nk baca..sedih tau..

    ReplyDelete
  18. cam ner nk baca novel cinta semalam yg d 2imaniatta.blogspot 2?
    tlg xplain ckit
    nk sgt baca cite 2
    please:-(

    ReplyDelete
  19. lama x bce cite ni..ble bkk blik best lak..sbb dpat bce bnyk..hehehe..thanks utk cite ni..n nk bcew cite cinta semalam..dlu bce da ckit..ble bkk blik da xleh bce..cmne nk bce?

    ReplyDelete