Suri Imani membaringkan Aqil di dalam katil bayinya. Aqif pula dibiarkan bermain sendirian di atas katil utama. Si kecil itu belum masih mahu tidur walaupun sudah menghabiskan satu botol susu. Jam yang tergantung di dinding dipandang lama. 11 malam. Ammar Mirza masih belum pulang sejak petang tadi. Telefon tidak diangkat dan SMS tidak berbalas. Risau juga dia dibuatnya takut perkara buruk menimpa suaminya. Ayah dan umi pula sudah beberapa kali bertanyakan tentang Ammar Mirza.
Pipi Aqif dicuit dan dicium beberapa kali. Terkelip-kelip mata bulat Aqif memandang Suri Imani. Bibir kecil Aqif dimain-main dengan hujung jari. Dia mengambil salah satu kereta yang dimain Aqif dan turut sama bermain dengan anaknya. Gembira benar Aqif bila Suri Imani turut serta bermain.
“Papa..” Aqif pandang Suri Imani.
“Mana papa Aqif ni ye?” soalnya pula.
Aqif geleng kepala.
“Aqif pun tak tahu ye?” Suri Imani tersengih sebelum mengangkat tubuh Aqif dan diletakkan diatas ribanya. Geram dia bila Aqif ketawa bila perutnya digeletak. Merah padam muka Aqif. Suri Imani ketawa bila Aqif mahu melarikan diri. Dia memeluk rapat tubuh kecil Aqif. Wajah Aqif dipandang sebelum matanya jatuh pada mata Aqif yang kecil seperti Aqil. Mata dia dan Ammar Mirza bulat. Tapi kedua anak kembarnya bermata sepet sama seperti mamanya. Dia mengeluh. Mama. Mama kini semakin tenat. Rasanya sudah lama dia tidak melawat mama.
“Iman…” berdesup rasanya jantung Suri Imani dengan panggilan itu. Aqif yang berjaya melepaskan diri daripada Suri Imani sudah melompat- lompat sambil mulutnya kecoh memanggil Ammar Mirza minta didukung. Ammar Mirza ketawa. Pintu bilik ditutup.
“Tak tidur lagi anak papa?” soalnya dengan senyuman. Sempat dia menghampiri katil Aqil. Kedua mereka memang seiras. Perangai juga sama. Masing- masing manja dan mahukan perhatian mereka. Rambut lurus Aqil yang lebat seperti Aqif diusap perlahan sebelum dia tunduk mencium pipi gebu itu. Aqil bergerak sedikit namun Ammar Mirza tahu lena Aqil langsung tidak terganggu walaupun suara Aqif sudah bising mintak perhatiannya.
“Banyak dapat hadiah?” soal Ammar Mirza pada Aqif yang sudah berada dalam dukungannya.
Laju Aqif mengangguk sambil tangannya menunjuk kearah sudut bilik. Ammar Mirza tersenyum. Tinggi timbunan hadiah yang diterima Aqil dan Aqif.
“Kenapa balik lambat bang?”
Ammar Mirza tersenyum sahaja melihat isterinya. Tak sangka hampir setahun lebih mereka berkahwin. Tapi satu sahaja sikap Suri Imani yang masih tidak berubah, Suri Imani masih lagi Suri Imani seperti yang dikenalinya sebelum berkahwin. Sikapnya masih tidak berubah.
“Ada hal sikit,” Ammar Mirza masuk ke dalam bilik pakaian selepas meletakkan Aqif diatas katil namun Aqif turun kembali dan terkedek- kedek mengikut langkah Ammar Mirza. Dia hanya memandang apa yang dilakukan papanya yang sudah membuka baju dan seluar yang dipakainya tadi dan terus dicampak di dalam bakul. Tuala yang tergantung diambil dan diikat dibadan. Badannya terasa melekit. Tangan anaknya dicapai sebelum kedua mereka melangkah keluar. Pintu bilik pakaian ditutup rapat dan dikunci bagi mengelakkan kedua heronya membuat sepah di dalam bilik itu.
“Abang dah makan?”
Dia menggeleng. Perutnya meraung mintak diisi.
“Iman pergi panaskan lauk?”
Ammar Mirza mengangguk sebelum melangkah ke katil dan berbaring malas. Aqif turut sama baring disebelah papanya. Ikut sahaja apa yang dilakukan Ammar Mirza.
“Abang pergi jumpa Hadi ke tadi?” perlahan suara Suri Imani yang sudah bersedia untuk melangkah.
Ammar Mirza memandang isterinya. Dahinya berkerut sebelum dia teringat sesuatu dan dia hanya mengangguk.
“Hadi, Ellya kirim salam,” ucap Ammar Mirza terus. Ellya adalah isteri Hadi yang dikahwini Hadi beberapa bulan yang lalu.
“Abang..” panggil Suri Imani. Wajahnya keruh.
“Hurm..?” tubuh kecil Aqif diangkat bila anaknya itu mula merengek. Wajah Suri Imani dipandang pula. Berkerut dahinya. Tidak faham dengan wajah Suri Imani yang berubah suram.
“Kenapa Iman?”
“Hadi, Ellya datang rumah lepas asar tadi tengok Aqil dan Aqif. Mereka pun kirim salam pada abang.”
Ammar Mirza terkedu. Suri Imani melangkah keluar.
“Damn it!”
****************
“Iman tentang Hadi…” Ammar Mirza melangkah masuk ke dapur.
Suri Imani berpaling. Dia terkejut sebenarnya dengan kemunculan suaminya yang tiba- tiba itu.
“Siti dah panaskan lauk- lauk rupanya tadi. Abang tak mandi lagi?”
Ammar Mirza mengeluh dan menggeleng.
“Abang nak makan?”
Sekali lagi Ammar Mirza menggeleng.
“Tadi kata nak makan. Iman dah letak nasi dalam pinggan. Mana Aqif?”
“Abang bagi Liyna suruh jaga jap,” balas Ammar Mirza segera. Geram juga dengan sikap isterinya yang masih selamba sedangkan wajah itu suram tanpa senyuman bila bertanyakan soalan.
“Liyna bukan dah tidur kan?”
“Abang kejut.”
Tajam renungan Ammar Mirza pada Suri Imani yang sudah tertunduk memandang lantai. Lidahnya kelu untuk memarahi suaminya kerana mengejutkan Liyna yang mungkin sudah nyeyak tidur. Hatinya dibuat tanda tanya.
“Abang… abang pergi jumpa siapa tadi?”
Ammar Mirza terpana dengan soalan itu.
“Perempuan kan?”
“Kenapa Iman tanya macam tu?” tangkas Ammar Mirza dengan tekaan Suri Imani yang sememangnya betul.
“Kuat sungguh ‘kawan’ abang tu pakai perfume. Abang dah tukar baju, tapi bau tu masih melekat di badan abang,” jawab Suri Imani selamba. Perkataan ‘kawan’ itu ditekan sedikit.
Ammar Mirza terpinga. Dia menyumpah di dalam hati. Baju t-shirt putih yang disarung dengan tergesa- gesa tadi selepas Suri Imani berlalu dipandang sekejap. Kuat sangat ke bau minyak wangi tu?
“Iman… abang…. Abang ada hal tadi. Abang jumpa kawan abang tu…dia perempuan. Kawan abang. Kami tiada apa- apa. Abang lewat sebab…anak dia sakit.”
“Abang. Abang tahu Iman tak suka orang tipu Iman,” tegas kata- kata Suri Imani yang tajam merenung suaminya.
Laju Ammar Mirza menggangguk.
“Abang tak tipu.”
“Anak?”
Ammar Mirza mengangguk lagi.
“Anak dia demam panas tadi. Abang hantar Ryzal ke hospital. Tapi kena tahan. Abang tunggu Ryzal tadi..”
“Ayah Ryzal mana?”
“Ryzal?” soal Ammar Mirza semula seakan- akan nama itu tidak pernah disebut ataupun didengarnya.
“Nama baby tu Ryzal kan? Abang sebut tadi,” terang Suri Imani.
Ammar Mirza garu kepala dan mengangguk perlahan. Tidak sedar nama Ryzal terkeluar. Kalau boleh dia tidak mahu Suri Imani kenal akan kedua- dua insan itu walaupun hanya nama sahaja.
“Mana ayah Ryzal?” Suri Imani menyoal lagi. Perasaan ragu- ragu dan kasihan terhadap Ryzal bercampur baur.
“Ayah Ryzal…”
Suri Imani sabar menanti jawapan. Berkerut dahinya melihat Ammar Mirza yang seperti susah hendak menuturkan kata- kata. Hatinya mula dibuai tanda tanya.
“Abang? Iman kenal ke kawan abang tu? Ibu Ryzal?”
Lambat- lambat Ammar Mirza menggeleng.
“Esok kita tengok Ryzal?”
Pantas pula Ammar Mirza menggeleng.
“Kenapa?” pelik kerana Ammar Mirza tidak mahu dia melawat Ryzal.
“Esok dah nak keluar.”
Berkerut dahi Suri Imani dengan kekalutan Ammar Mirza. Dia sudah dapat menghidu sesuatu.
“Abang nak makan?”
Ammar Mirza menggeleng.
“Jom tidur. Abang letih sangat. Iman pun letih.”
“Hah?” terkejut dengan kata- kata Ammar Mirza yang seperti berbau arahan.
“Iman kemas- kemas dulu. Abang pergi ambil Aqif jap,” sambung Ammar Mirza terus berlalu.
Suri Imani terpinga. Apa yang berlaku ni?
SORRY
hah...
ReplyDeletenapa ngn ammar 2...
nape tu....????
ReplyDeleteagak lama menanti sambungan cerita ni..baru kini ada n3nya..suka sangat2 tapi...ada konflik plak iman dan am. harap2 lepas ni kerap ada n3nya ya..
ReplyDeletesuka dgn cerita ni interesting sangat2....
alamak... suspen la plak..
ReplyDeleteammar buat skandal ker?? adui rumah tangga baru nk bahagia takkan nk carik pasal plak... sian kat iman...
janganlah rumahtangga mereka tak bahagia...
ReplyDeletesapa ryzal eehh???why ammar tak nak bagitahu hal sebenar dgn wife die??...harap harap jangan lah mereka bergaduh or ada org yg ketiga...
hai ammar ni pelikle...dulu kata sayang sgt kt iman ...ni mcm ada org lai ye....ryzal tu anak dia ke?......hai jgn le....jgn cari pasal le ammar...iman begitu baik takkan nak ada org ketiga kot.....hope ibi ryzal n ryzal bukannya nak n wife dia.....smbung2 lg
ReplyDeleteish2..
ReplyDeletenape cenggini lak..
Ryzal tu ank amir n ariana kan???
ReplyDeletetu sbb am x nk iman tau. depa tu manusia yg cuba nk hancurkan hubungan diaorg.tp bahaya la ngan ariana tu. takut dia ambik kesempatan kat am. am pun better jujur la n ceta kat iman perkara sbenar. smua ceta yg blaku spanjang perkahwinan diaorg. ttg campur tgn org ln. bnyk lg hal amir n rina yg xtsingkap kat iman. jgn iman salah faham n xpercaya kat am lg. nnti haru am. betul x cik writer??? sy xpercaya la am ada scandal ngan ariana sbb am org yg setia ngan cinta dia. lg pun xkan la am ada ank ln, sdg kan dia sll bsama iman ms kat pahang hgga diaorg pindah. he...
sambung lg cik writer. xsabar la nk tau blik ceta lps amir mati n kisah sbenar kemalangan amir tu. cepat2 ya samb. nnti awk naik u sibuk la plak. he... peace... ;D
OMG!!! OMG!!!
ReplyDeleteplease..please.. jangan.. jangan..
x mo la konflik2 nieh... seram seyh..
hehe.. anyway thumbs up.. :)
waduh.................ngapaan jadik begini???????????????????? apapun, akak follow.................
ReplyDeletelme x bce, ble bce blik cm blur plak..emmm...
ReplyDeleteapa cite lak ni..x nak la konflik yg blh musnahkan kebahagiaan diorang....cepat sambung...
ReplyDeleteknp pulak dgn si am ni... aduyai!! cepat2 la sambung.. da terseksa jiwa raga nak taw sambungan nye...
ReplyDeletesiapakah wanita misteri tu.. jeng3.. cpt2 sambung k... :)
Adduii.. napa pulak Ammar ni... ntah2 dia sibuk gan anak Amir dan Erna.. Erna tu nak nyusahkan dia lagi.. or ugut Ammar kot.. tu yg Ammar jadi bingung cam tu...
ReplyDelete