Cinta tak terucap (Bab 52)


HADI KHAIRI terkejut melihat Ammar Mirza yang sudah terpacak di hadapan rumahnya. Hampir seminggu mereka tidak berjumpa. Kali terakhir berjumpa sewaktu majlis perkahwinan Ammar Mirza. Dulu mereka menyewa bersama. Tapi semuanya berubah setahun yang lepas selepas Radzi meninggal dunia. 

Selama ini dunia Ammar Mirza dikelilingi gambar- gambar pemandangan kurnian Ilahi yang boleh dirakam dari sudut kemera Ammar Mirza. Ammar Mirza memang pandai. Dia tahu sudut- sudut yang menarik untuk dirakamkan. Tapi sayang kerana Ammar Mirza sudah lama berhenti dari meneruskan mintanya itu. Ijazah yang selama ini diperoleh dari Universiti Harvard mula digunakan Ammar Mirza untuk menguruskan Empire Construction. 

“Aku Am lah. Bukan hantu,” tegur Ammar Mirza bila melihat reaksi kawan karipnya itu. Hadi tersengih. 

“Masak ke? Bau sampai luar.” 

“Kau langkah kananlah kiranya,” balas Hadi. Ammar Mirza melangkah masuk dan terus menuju ke dapur. 

“Kau dah makan?” soal Hadi. 

Ammar Mirza mengangguk kepalannya. 

“Isteri aku masak nasi goreng. Takkan aku nak tolak,” cerita Ammar Mirza. Sedangkan dia yang sengaja mengarahkan Suri Imani memasak nasi goreng untuknya walaupun kedua tukang masaknya sudah memasak mee hoon goreng. Suka dia melihat masam mencuka Suri Imani bila disuruh buat kerja. Nasib baiklah Suri Imani tidak berbuat dajal padanya. Buatnya dibuat pedas tahap malampau, mati dia! Dia memang tak suka makan pedas. 

“Yelah.. jangalah nak berlagak dah ada isteri.” 

Ammar Mirza tersengih. 

“Cepat- cepatlah cari isteri. Suruh mak kau pinang orang kampung kau ke. Bolehlah nanti kita jadi besan,” ujar Ammar Mirza. Panjang pula angan- anggannya. 

Hadi tergelak besar.

“Alahai, langkah pertama kau tak mula, macam mana nak berbesan,” jawab Hadi. Tapi kalaulah dia ada anak nanti, dia mahu anaknya yang mencari jodoh sendiri. Dia tidak mahu anak- anaknya menjadi seperti Ammar Mirza dan Suri Imani. Dijodohkan kerana janji ibu bapa. 

Sekali lagi Ammar Mirza tersengih. Hadi mengangkat mee goreng yang dimasaknya dan diletakkan di dalam pinggan. Kalau dulu sewaktu mereka menyewa bersama Hadi yang rajin memasak. Dia pula tukang menghabiskan makanan yang di masak Hadi.

“Aku harap nanti aku dapat anak kembar. Macam aku..” sambung Ammar Mirza. 

“Yelar. Doalah banyak- banyak. Moga impian kau nak dapat anak kembar, termakbul. Jom pergi depan. Kau apasal datang sini? Dah setahun kau tak jejak sini,” tegur Hadi.

Ammar Mirza tersenyum. Sejak dia berpindah semula ke Villa Mirza dia sudah tidak datang ke rumah sewanya. Bukan dia tidak mahu datang, cuma terlalu sibuk dengan kerjanya. Bukan senang hendak menguruskan syarikat besar. Empire Construction adalah hasil penat lelah arwah atuk dan ayah. 

“Aku rasa… kemera kau dah berabuk dalam almari,” teka Hadi. 

Ammar Mirza ketawa kecil. Memang kemera adalah nyawanya. Walaupun dia membeli kemera baru, kemera lama masih disimpan baik. Dahulu dia pantang apabila mendapat tahu tentang peralatan- peralatan yang terkini yang pasti akan cuba dimilikinya. Lagipun duit bukanlah masalah baginya. Tapi itu dulu. Sekarang dia hanya perlu pastikah tentang kedudukan terkini saham syarikatnya dan perkembangan terkini syarikat yang mesti diketahuinya. 

“Aku dah agak. Erm, apasal kau datang? Iman mana? Aku ingatkan dah pergi honeymoon. Senyap je,” ujar Hadi. 

“Iman kerja.” 

“La… kau kan bos. Terbalik pula aku rasa. Rasanya kau ni hantu kerja. Tapi rupanya isteri kau pun sama. Sepatutnya sekarang kau kena pasang mata kail. Kail isteri kau perlahan- lahan,” ujar Hadi. Makanan disuapkan ke dalam mulut. Televisyen dibiarkan terpasang. Ammar Mirza lebih senang melayan fikiran daripada melayan Hadi yang masih tidak berhenti bercakap. Dia sudah berbaring di atas sofa. 

Hadi memandang Ammar Mirza. Dia menggeleng dan tersenyum melihat sahabatnya yang kadang- kadang tersenyum. 

“Aku tahulah kau dah angau. Kenapa? Iman dah jatuh hati dengan kau?” 

Ammar Mirza menggeleng kepalanya.

“Suatu hari nanti,” jawab Ammar Mirza dengan yakin. 

“Kan senang kalau kau cakap kat dia yang kau dah jatuh cinta pandang pertama kat dia,” balas Hadi tergelak kecil. 

Dia teringat bila diberitahu bahawa Ammar Mirza dipaksa tunang dengan sahabat lama ayahnya. Waktu itu hanya tuhan yang tahu betapa menderitaanya Ammar Mirza yang terpaksa menurut kemahuan ayah dan uminya. Tetapi beberapa hari selepas bertunang, Ammar Mirza mencarinya dan memberitahu bahawa dia tidak sabar hendak berkahwin dan risau Suri Imani jatuh ke tangan orang lain. Terpinga dia dengan Ammar Mirza. Dia tidak sangka begitu sekali penangan yang diberi Sur Imani kepada sahabatnya yang ego ini. 

“Ish, kau ni cakap tu perlahan sikit!” 

“La.. rumah ni aku sorang je duduk. Apa kau nak takut. Tak ada orang dengar. Kau dah ikat dia dengan kuasa kau sebagai suami. Kau takut dia lari, tapi kau tak buat apa- apa. Sepatutnya kau halang dia pergi kerja. Bercuti ke luar negara ke, bawa dia bercuti. Orang kata kalau duduk tempat sejuk ni, senang sikit hatinya nak sejuk,” ujar Hadi. 

“Kerja.. kerja juga. Lagipun projek yang dia buat tu penting. Mana boleh aku pilih kasih. Bab bulan madu tu, aku ingat nak suruh dia tunduk dulu kat aku, baru aku pikir benda tu. Kalau pergi sana, tapi masing- masing buat hal sendiri tak guna juga.”

“Itulah kau ego sangat. Berlembut sikit. 111% aku yakin dia akan jatuh hati kat kau,” balas Hadi. 

“Mana boleh! Kita lelaki. Mana boleh tunduk pada perempuan.” 

“Itu bukan perempuan. Tapi isteri kau. Mestilah kau kena tunduk kat isteri. Bukanlah maksud aku jadi hamba, cuma berlembut dan ikut kemahuan dia. Macam kau layan awek- awek kau dulu,” usul Hadi. 

Ammar Mirza menarik nafas. Dulu dan sekarang adalah berbeza. Dulu dia ikut sahaja kehendak teman wanitanya kerana waktu itu dia hanya ingin bermain sahaja dengan mereka. Tapi, sekarang Suri Imani adalah isterinya yang akan berkongsi hidup dengannya sepanjang hayat, jadi dia perlulah lebih tegas. Tak boleh terlalu lembut dengannya. 

“Kau pikatlah dia,” cadang Hadi. 

“Macam mana?”

Hadi sudah tergelak.

“Kau Kasonova. Kau lebih tahu,” ujar Hadi. 

“Itu dulu,” Ammar Mirza mengeluh. 

Hadi tersenyum dan menggeleng kepalanya. Kelakar dengan sikap Ammar Mirza. 

“Erm… Hadi. Aku tidur sini jap.” 

“Eh, kau tak balik rumah? Aku tak paham, kalau kau mengantuk sangat… kenapa gatal- gatal datang sini. Selalunya kalau kau tak kerja, kau tidur sampai tengah hari. Itu kau yang aku kenal sepanjang berbelas tahun kita kawan.” 

“Itu dulu! Sejak Iman ada, mulut dia tu akan membebel kalau tengok aku tidur lepas subuh dan lepas asar. Macam bertih jagung. Panas hati aku kadang- kadang. Setiap pagi, ada aje caranya nak kejut aku sembahyang subuh. Sampaikan semalam… basah tempat tidur aku kena simbah air dengan dia. Tak masuk hari lain lagi, merah lengan aku kena cubit!” 

Meledak tawa Hadi dengan bebelan Ammar Mirza. 

“Baguslah. Sekurang- kurangnya kau dapat pahala. Otak kau pun cergas sebab bangun pagi.” 

“Kau nak tidur sampai bila? Malam ni kau tidur sini ke?” 

“Gila! Bisinglah umi aku kalau tahu. Iman tak kisah aku balik ke tak. Erm… aku lupa nak beritahu. Jasmin dah balik.” 

Hadi tersentak.

“Bila?” rasanya dia tidak nampak kelibat Jasmin bersama anak- anaknya sewaktu perkahwinan Ammar Mirza dulu. 

“Dalam dua tiga hari. Hari ni dia bawa anak- anak dia pergi Genting. Lusa balik.” 

“Kau tak rasa apa- apa dah?” soal Hadi ingin tahu. 

Ammar Mirza menggeleng kepala.

“Kau tahu hati aku kat siapa sekarang. Lagipun benda tu dah berlalu. Radzi dah lama maafkan aku. Sekarang aku hanya anggap dia sebagai kakak ipar aku. Tak lebih, tak kurang.” 

“Baguslah macam tu,” Hadi mengeluh lega. 

Ammar Mirza sudah memejam matanya. 

“Aku ada kerja lepas ni… aku ingat nak pergi Cemeron. Aku baru dapat projek. Kau buatlah rumah ni macam rumah sendiri. Dalam kul 11 karang aku blah. Esok aku balik.” 

Ammar Mirza mengangguk kepalanya. Memang rutin harian kerja Hadi begitu. Merantau sana sini jika ada projek yang menanti. Dulu rutinnya juga sama seperti Hadi. Kalau tiada projek, mereka sendiri akan merantau mencari gambar. Sampaikan mereka pernah pergi hingga ke Afrika Selatan. Memang banyak duit dihabiskan tapi kepuasan yang dapat hasil gambar yang berjaya dirakam memang tak dapat digambarkan. Lagipun gambar yang mereka ambil selalunya menjadi rebutan. Kedai HADI & MIRZA PHOTO yang terletak di KLCC memang selalu menjadi pilihan untuk mereka yang ingin merakam gambar. Tapi, sekarang syarikat itu diusahakan Hadi dan seorang lagi rakannya. Dia hanya menjadi rakan kongsi yang menyumbang duit sahaja.





14 comments:

  1. agak lama menanti sambungan cerita ni..baru kini ada n3nya..suka sangat2 tapi...ada konflik plak iman dan am. harap2 lepas ni kerap ada n3nya ya..

    suka dgn cerita ni interesting sangat2....

    ReplyDelete
  2. alamak... suspen la plak..
    ammar buat skandal ker?? adui rumah tangga baru nk bahagia takkan nk carik pasal plak... sian kat iman...

    ReplyDelete
  3. janganlah rumahtangga mereka tak bahagia...
    sapa ryzal eehh???why ammar tak nak bagitahu hal sebenar dgn wife die??...harap harap jangan lah mereka bergaduh or ada org yg ketiga...

    ReplyDelete
  4. hai ammar ni pelikle...dulu kata sayang sgt kt iman ...ni mcm ada org lai ye....ryzal tu anak dia ke?......hai jgn le....jgn cari pasal le ammar...iman begitu baik takkan nak ada org ketiga kot.....hope ibi ryzal n ryzal bukannya nak n wife dia.....smbung2 lg

    ReplyDelete
  5. ish2..
    nape cenggini lak..

    ReplyDelete
  6. Ryzal tu ank amir n ariana kan???
    tu sbb am x nk iman tau. depa tu manusia yg cuba nk hancurkan hubungan diaorg.tp bahaya la ngan ariana tu. takut dia ambik kesempatan kat am. am pun better jujur la n ceta kat iman perkara sbenar. smua ceta yg blaku spanjang perkahwinan diaorg. ttg campur tgn org ln. bnyk lg hal amir n rina yg xtsingkap kat iman. jgn iman salah faham n xpercaya kat am lg. nnti haru am. betul x cik writer??? sy xpercaya la am ada scandal ngan ariana sbb am org yg setia ngan cinta dia. lg pun xkan la am ada ank ln, sdg kan dia sll bsama iman ms kat pahang hgga diaorg pindah. he...
    sambung lg cik writer. xsabar la nk tau blik ceta lps amir mati n kisah sbenar kemalangan amir tu. cepat2 ya samb. nnti awk naik u sibuk la plak. he... peace... ;D

    ReplyDelete
  7. OMG!!! OMG!!!
    please..please.. jangan.. jangan..
    x mo la konflik2 nieh... seram seyh..
    hehe.. anyway thumbs up.. :)

    ReplyDelete
  8. waduh.................ngapaan jadik begini???????????????????? apapun, akak follow.................

    ReplyDelete
  9. lme x bce, ble bce blik cm blur plak..emmm...

    ReplyDelete
  10. apa cite lak ni..x nak la konflik yg blh musnahkan kebahagiaan diorang....cepat sambung...

    ReplyDelete
  11. knp pulak dgn si am ni... aduyai!! cepat2 la sambung.. da terseksa jiwa raga nak taw sambungan nye...
    siapakah wanita misteri tu.. jeng3.. cpt2 sambung k... :)

    ReplyDelete
  12. Adduii.. napa pulak Ammar ni... ntah2 dia sibuk gan anak Amir dan Erna.. Erna tu nak nyusahkan dia lagi.. or ugut Ammar kot.. tu yg Ammar jadi bingung cam tu...

    ReplyDelete

Back to Top