Hampir setahun juga dia tidak menjejak kaki ke Empire Construction di Kuala Lumpur selepas dipindahkan ke Kuantan. Beberapa bulan yang lalu, Tan Sri Mahathir mengambil keputusan melepaskan jawatannya dan diserahkan sepenuhnya pada Ammar Mirza selaku pewaris pertama Empire Construction. Kini Tan Sri Mahathir banyak menghabiskan masa di rumah dan menjadi penasihat pada Empire Construction. Jadi selepas Ammar Mirza menggantikan ayahnya dan ditukarkan semula ke Kuala Lumpur, dia dengan kuasa Ammar Mirza turut ditukar sama dan kembali bekerja di bawah Cik Nisak di Kuala Lumpur.
“Iman.”
Suri Imani dongak kepala. Cik Nisak berdiri betul- betul di hadapan mejanya. Pensel diletak di atas meja.
“Kenapa Cik Nisak?” pelik melihat wajah mencuka Cik Nisak.
“Husband you pergi mana?”
“Huh?” terkejut dengan soalan itu.
“Anak- anak you okay?” wajah Cik Nisak nampak bimbang.
“Kenapa?”
“Tadi I pergi cari husband you. I sepatutnya ada meeting dengan dia. Tapi bila I sampai bilik dia. Dia tak ada.”
“Pergi mana?” terus Suri Imani menyoal. Sebenarnya dia faham dengan kerja suaminya yang selalunya tidak melekat di bilik. Terlalu banyak mesyuarat perlu dihadiri.
“Emergency leave.”
Berkerut dahi Suri Imani. Rasanya baru sekejap tadi dia menelefon umi bertanya hal Aqil dan Aqif yang berada di bawah jagaan ibu dan bapa mertuanya sepanjang dia dan Ammar Mirza bekerja.
“Emergency leave?”
“You tak tahu?”
Suri Imani menggeleng. Tidak pula Ammar Mirza menelefonnya.
“Tak apalah kalau macam tu. Terkejut I tadi. Ingatkan anak-anak you sakit. Kalau ikut kata Sarah, kalut Encik Ammar keluar tadi. Macam ada masalah je,” beritahu Cik Nisak.
Berubah wajah Suri Imani. Kalut?
“Kau okay?” soal Zul selepas Cik Nisak berlalu masuk ke biliknya.
Suri Imani mendongak dan mengangguk. Dia tersenyum.
“Kau jangan ikut sangat cakap Cik Nisak tu. Kau tau dia tu taruh hati kau suami kau. Mungkin Encik Ammar ada hal,” ujar Zul yang sejak tadi mendengar perbualan antara Cik Nisak dan Suri Imani.
Suri Imani mengangguk lagi.
“Aku sokong apa Zul cakap tu Iman. Kau tak mahu call suami kau?” Fazley pula menyampuk.
Suri Imani tersenyum pula.
“Korang bercakap ingatkan aku pada Wati dan Amir,” mati kata- kata Suri Imani yang sudah keruh wajahnya.
Zul dan Fazley berpandangan.
“Sudahlah Iman. Amir dah pergi. Wati dan Zahin di Kuantan. Jangan risau, aku dan Zul ada. Kami dah anggap kau macam adik sendiri,” beritahu Fazley yakin.
Zul hanya mengangguk. Sejak hari pertama Suri Imani, Wati dan Amir melangkah masuk ke dalam kumpulan kerja mereka, Zul sendiri sudah senang dengan sikap mereka bertiga. Dia juga kagum dengan ikatan persahabatan antara mereka berempat.
“Jangan risau. Aku tak apa-apa. ‘Abang-abang’ sekalian boleh pergi sambung kerja,” ujar Suri Imani dengan senyuman.
****
Telefon diletakkan semula di atas meja. Jam yang tergantung di dinding dipandang lama. 10 malam. Mana Ammar Mirza pergi? Sepanjang hari Ammar Mirza seakan- akan hilang tanpa jejak. Telefon juga dimatikan. Tadi dia terpaksa balik menaiki teksi kerana sehingga pukul 5 bayang Ammar Mirza langsung tidak kelihatan. Dia teringat kejadian minggu lepas iaitu selepas Majlis Hari Jadi Aqil dan Aqif. Ammar Mirza turut tiba-tiba menghilangkan diri.
“Iman…” pintu bilik dibuka tiba- tiba.
Terkejut Suri Imani.
“Kenapa umi?” wajah pucat Puan Sri Noraini membuatkan jantungnya hampir berhenti berdegup. Ditambah pula bila mendengar tangisan kuat dari luar pintu. Baru sahaja tadi dia membiarkan Aqil dan Aqif bersama dengan ibu dan ayah mertuanya kerana dia perlu menyiapkan sedikit kerja yang dibawa pulang dari pejabat.
“Ayah rasa budak- budak ni demam,” ucap Tan Sri Mahathir yang muncul dari belakang Puan Sri Noraini.
“Hah?” berubah wajah Suri Imani.
“Dari petang tadi dah. Umi rasa budak- budak ni makin pasif. Tapi bila tengok Iman balik rumah tadi .. gembira pula mereka..” cerita Puan Sri Noraini yang nampak kalut.
“Panas ke badan?”
Pantas kedua mertuanya mengangguk.
“Macam mana?” hampir menangis Suri Imani menyoal. Bersalah kerana tidak perasan akan keadaan anak- anaknya bila dia sendiri sibuk memikir akan kehilangan Ammar Mirza dan kerja- kerja di pejabat yang bertangguh.
“Ayah dah telefon Riz. Tapi dia tak ada di sini. Ayah dah suruh driver bersedia. Kita hantar budak-budak ni ke hospital sekarang. Am mana?”
Suri Imani menggeleng. Air mata diseka perlahan.
“Sabar Iman. InshaAllah demam biasa. Jom..” ucap Puan Sri Noraini.
Pantas Suri Imani mengangguk.
nape sikit sgt???
ReplyDeleten knp blok blog ni
n3 kali ni sikit sangat la iman tak sempat nak masuk gear 2 dah habis. Dah ler kena tunggu lamer. sian lah kat kami ni. citer ni best larr nak tau apa jadik kat amir mirza.
ReplyDeletesure iman jumpa am kat hospital. mesti am p lawat ank amir n rina.
ReplyDeleteank org sakit sibuk ja ank sndr di tirikan pulak. ish... geram la ngan am. Bila la dia nk terus terang hal sebenar??? Ti msti Iman salah faham. huhuhu...
Ish, apesal la ngan Am ni.
ReplyDeleteApa yg disibukkan ntah.
Kesian Iman.
sikit sangat!!!!!
ReplyDeletenak lagi!!!!!!!!!!!!
apa ammar buat ni..
ReplyDeleteader masalah baru baru ke...
ReplyDeletetak nak la huhuhuhu
ermmm nak lagi...
:(
kalau betul tue anak amir n rina kenapa dia tak nak bagitau perkara sebenar dgn iman n buat macam ada scandal dgn perempuan lain kat luar...kenapa nak buat masalah n menyebabkan iman pikir yg bukan bukan...n ambil el tak bagitahu iman pun...as if perempuan tu lebih penting dr segalanya...
ReplyDeleteye lah kenapa blog nie di block b4 this... tak best lah...
ReplyDeletesuspen... jangan ammar buat hal dah..
ReplyDeletetunggu sikit punya lama...
ReplyDeletesambungan pendek sahaja...
kenapa?....
ape yg disibukkan ammar tu..buat suspens aje..dia dah ada scandal baru ke????mesteri betul la..
ReplyDeleteeeeeeiiiii.. geramnyerrr kat am nih..... jgn2 am kena ugut ni....
ReplyDeleteam ada girl baru ke?? x ske la cm ni kata dah berubah... cian kat iman..
ReplyDeletemana am pergi...huhu..sambung lagi yer..tak sbr nak tau apa jadi..
ReplyDeleteSian Iman... anak2 demam.. suami ntah di mana dan apa yg sedang disibukkannya... huhuhu.. :-(
ReplyDeletefuhh..asib leh bkk blik..nk bce cite ni ritu..tp xleh bkk..skrng da leh bkk blik...thanks..n smbung lg ek..cepat2..
ReplyDelete