Cinta tak terucap (Bab 53)


KERTAS KERJA yang bertimbun dicampakkan di atas meja. Panas hatinya dimarahi Cik Nisak tadi. Tidak sepatutnya dia seorang sahaja dimarahi kerana projek itu bukan diuruskan oleh dia sahaja. Dia hanya membantu Amir dan Zul. Bengang sungguh dia! Sejak dia muncul di pejabat pagi tadi, ada sahaja kesalahan yang dikesan oleh Cik Nisak. Sampaikan dia hendak berbual dengan Amir dan Fazley juga dijerkah. Terkejut dia dengan sikap panas baran Cik Nisak. Sepatutnya Cik Nisak yang berkahwin dengan Ammar Mirza. Barulah buku bertemu dengan ruas. Sama- sama panas baran dan pendengus! 

“Aku tak tahu apa lagi tak kena… dah banyak kali aku edit lakaran ni. Tapi Cik Nisak still tak puas hati,” rungutan Amir kedengaran. Sejak Ammar Mirza berkahwin, perangai panas baran Cik Nisak semakin menjadi- jadi. Habis dia dan Fazley dimarahi wanita itu. Bertuah Wati dan Zul kerana cuti pada waktu ini. 

“Biarlah! Biar aku buat pula. Erm.. kenapa Zahin balik kampung? Mak dia sakit ke?” soal Suri Imani. Mejanya berada di sebelah meja Amir. Senanglah mereka hendak berborak. Dia tidak tahu langsung mengenai Wati dan Zahin yang sudah mula bercuti. 

“Tak. Uruskan perkahwinannya dengan Wati. Bulan depan nak kahwin… makin sibuklah mereka berdua. Kau macam mana? Bahagia dengan Encik Ammar?” soal Amir dengan wajah ingin tahu. 

Suri Imani mengangguk. 

“Sangat bahagia..” dia tersenyum. Hanya tuhan tahu hatinya sekarang. 

“Siapa hantar kau tadi? Encik Am?” soal Amir ingin tahu. Kata- kata Suri Imani dianggap serius. Perasaan cemburu meluap di dalam hati. 

Suri Imani mengangguk. 

“Lepas ni… korang pergi kerja sama- sama. Balik pun sekali. Bahagia sungguh hidup kau.” 

“Tapi hari ni aku balik sendiri. Ingat aku nak balik lewat. Siapkan kerja ni. Minggu depan kita ke Kuantan kan? Zul pun ada sekali kan?” 

“Hari selasa kita bertiga ke Kuantan. Zul kata guna kereta dia. Kita pergi sana dua tiga hari. Kau dah cakap dengan suami kau?” 

“Dah!”

“Dia tak nak ikut?” soal Amir. Takkanlah pengantin baru hendak berjauhan. 

“Nak juga. Tapi, aku tak bagi,” bohong Suri Imani dengan sengihan. Sebenarnya dia terlupa akan perancangan dia ke Kuantan. Nasib baiklah Amir mengigatkannya tadi. Tak sabar dia hendak ke Kuantan. Bolehlah dia berjauhan dengan Ammar Mirza.

“Iman. Telefon kau,” tegur Amir yang perasan akan getaran di atas meja Suri Imani. Kalut Suri Imani membuka laci. Dia mencapai handphone berwarna putih. 

“Kenapa Am?” soal Suri Imani perlahan. Matanya liar memandang bilik Cik Nisak takut wanita itu perasan apa yang dibuatnya. Rasa seperti budak sekolah, dan Cik Nisak adalah cikgunya.

“Tak. Iman makan dengan Amir dan Fazley nanti.”

Kemudian telefon dimatikan dan disimpan terus di dalam laci. Amir memandangnya tanpa kelip. Terasa tidak senang bertandang dalam hati kerana Amir mendengar perbualannya. 

“Kenapa Encik Ammar call?” soal Amir. Wajahnya lelaki berkulit hitam manis itu nampak merah. Dahi Suri Imani berkerut. Dia tidak faham dengan sikap Amir. 

“Dia tanya aku dah makan tengah hari ke..”

“Sayang betul dia kat kau,” ujar Amir seperti orang berjauh hati. 

“Eh, baru aku ingat! Pagi tadi aku nampak kau dengan Erna. Kau dah berbaik ke?” soal Suri Imani. Dia cuba mengalihkan topik perbincangan. Tak suka dia berbicara mengenai Ammar Mirza.

“Bila kau nampak?” wajah Amir gelisah.

“La.. kau ni. Jangalah takut. Aku tak kisah kalau korang dah berbaik. Tapi setahu aku, Erna tu rapat dengan Ben. Sepanjang hari berkepit je dengan Ben,” jawab Suri Imani. 

“Aku terserempak je dengan dia kat bawah tadi. Manalah aku nak berbaik dengan dia tu,” ujar Amir lambat- lambat.

“Betul?”

Amir mengangguk.

“Kau suka ke aku tak couple dengan Erna?” soal Amir.

“Taklah! Cuma aku tak suka perangai Erna tu. Itu aje.” 

Amir mengeluh kecil.

“Erm, kau balik lewat malam ni? Balik dengan apa? Nak suruh aku hantar?”

“Aku ingat macam tulah. Cik Nisak nak kertas kerja ni esok. Biarlah aku edit pula. Semalam ada juga Am tengok. Dia kata okay je. Sama seperti yang klien nak. Erm… nanti aku call driver Am bila nak balik rumah. Kalau aku balik dengan kau… apa pula family Am kata nanti. Aku kan baru kahwin.”

“Betul juga,” Amir tersengih.

“Hari ni nak makan apa? Aku ingat nak makan nasi lemaklah. Mengidam pula,” ujar Suri Imani tersengih.

Amir terkejut. 

“Cepatnya lekat Iman.”

“Apa yang lekat?” Suri Imani pelik.

“Kau mengandung ke?” 

“Hoi! Gila! Aku..” ayat itu termati. Takkan dia nak memberitahu Amir tentang hubungannya dengan Ammar Mirza. Walaupun Amir kawan baiknya, tapi tetap ada batasnya. 

“Kau apa?” 

“Aku.. aku.. aku cuma teringin nak makan nasi lemak.” 

“Kau bukan tak suka nasi lemak ke?” soal Amir.

Suri Imani mengangguk. Dia terliur sebenarnya melihat Ammar Mirza makan nasi lemak. 

“Am suka makan. Aku nak rasa juga, apalah yang sedap sangat nasi lemak tu,” balas Suri Imani. 

Amir terdiam.

“Kau kenapa? Sakit perut ke? Muka berkerut- kerut macam tu?”

“Eh, taklah. Aku tengah fikir. Baik kita sambung kerja sekarang. Kalau siap awal, bolehlah kau balik awal hari ni,” jawab Amir. 

Suri Imani mengangguk. Setuju dengan kata- kata kawan baiknya. Lagipun kalau Cik Nisak nampak mereka berbual, setahun tak habis dileter wanita itu. Walaupun mereka pekerja baru, tidak seharusnya dilayan seperti budak sekolah. 

“Kau ni pergi mana tu?” 

“Aku nak ke toilet,” jawab Amir. Dahi Suri Imani berkerut. Tak faham! Kata tak sakit perut.. Biarlah! Aku sibuk hal orang buat apa. Baik risau hal sendiri.





18 comments:

  1. nape sikit sgt???
    n knp blok blog ni

    ReplyDelete
  2. n3 kali ni sikit sangat la iman tak sempat nak masuk gear 2 dah habis. Dah ler kena tunggu lamer. sian lah kat kami ni. citer ni best larr nak tau apa jadik kat amir mirza.

    ReplyDelete
  3. sure iman jumpa am kat hospital. mesti am p lawat ank amir n rina.
    ank org sakit sibuk ja ank sndr di tirikan pulak. ish... geram la ngan am. Bila la dia nk terus terang hal sebenar??? Ti msti Iman salah faham. huhuhu...

    ReplyDelete
  4. Ish, apesal la ngan Am ni.
    Apa yg disibukkan ntah.
    Kesian Iman.

    ReplyDelete
  5. sikit sangat!!!!!
    nak lagi!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. ader masalah baru baru ke...
    tak nak la huhuhuhu
    ermmm nak lagi...
    :(

    ReplyDelete
  7. kalau betul tue anak amir n rina kenapa dia tak nak bagitau perkara sebenar dgn iman n buat macam ada scandal dgn perempuan lain kat luar...kenapa nak buat masalah n menyebabkan iman pikir yg bukan bukan...n ambil el tak bagitahu iman pun...as if perempuan tu lebih penting dr segalanya...

    ReplyDelete
  8. ye lah kenapa blog nie di block b4 this... tak best lah...

    ReplyDelete
  9. suspen... jangan ammar buat hal dah..

    ReplyDelete
  10. tunggu sikit punya lama...
    sambungan pendek sahaja...
    kenapa?....

    ReplyDelete
  11. ape yg disibukkan ammar tu..buat suspens aje..dia dah ada scandal baru ke????mesteri betul la..

    ReplyDelete
  12. eeeeeiiiii.. geramnyerrr kat am nih..... jgn2 am kena ugut ni....

    ReplyDelete
  13. am ada girl baru ke?? x ske la cm ni kata dah berubah... cian kat iman..

    ReplyDelete
  14. mana am pergi...huhu..sambung lagi yer..tak sbr nak tau apa jadi..

    ReplyDelete
  15. Sian Iman... anak2 demam.. suami ntah di mana dan apa yg sedang disibukkannya... huhuhu.. :-(

    ReplyDelete
  16. fuhh..asib leh bkk blik..nk bce cite ni ritu..tp xleh bkk..skrng da leh bkk blik...thanks..n smbung lg ek..cepat2..

    ReplyDelete
  17. Assalamualaikum kak iman. Akak, buku novel ni masih terjual ke? Saya masih berminat utk membeli. Kalau ada kak iman bagi tahu awal awal tau kak iman. *peace*

    ReplyDelete

Back to Top