Cinta tak terucap (Bab 49)


ERNA berbaring malas di atas katil. Bibirnya yang pada mulanya tersenyum puas, menjadi kelat bila teringat akan seseorang yang dibenci sejak dulu lagi. Sejak dia dibangku sekolah menengah. Gadis itu selalu mendapat perhatian walaupun tudungnya selekeh dan bajunya kadang- kadang berkedut. Dia tidak faham. Gadis itu terlalu aktif dalam aktiviti kokurikulum dan sering mengharumkan nama sekolah. Gadis itu juga bijak dalam pelajaran. Mungkin selama ini gadis itu tidak pernah sedar dia diperhatikan. Sebab itu dia sengaja masuk ke dalam universiti yang sama semata- mata untuk memusnahkan gadis itu. Tapi tidak pernah berjaya. Dia buntu. Dia benci. Bila melihat sahaja gadis itu dia meluat. 

Kini gadis yang dibenci itu amat beruntung dan bertuah kerana sudah menjadi isteri kepada pewaris utama Empire Constructions. Ammar Mirza bukan calang- calang orang. Keluarganya antara 10 keluarga terkaya di Malaysia. Malah Ammar Mirza juga kacak. Senyumannya betul- betul memukau. Dulu Ammar Mirza selalu didampingi wanita- wanita cantik termasuk dirinya. Tapi satu sahaja kelebihan Ammar Mirza iaitu dia tidak pernah melakukan hubungan yang menyalahi Islam. Ramai juga wanita yang mencubanya tapi gagal. Ammar Mirza terlalu memegang teguh dengan penderiannya dan Suri Imani betul- betul bertuah. Ammar Mirza juga tidak pernah meminum arak ataupun menghisap rokok walaupun dia seorang yang kuat bersosial suatu ketika dulu. 

Erna terkejut bila pintu bilik air terbuka. Dia menarik selimut menutup tubuhnya yang terdedah. Lelaki itu tersenyum padanya. Rambutnya masih basah. Dia sudah lengkap berpakaian. Perlahan- lahan lelaki itu menghampirinya dan duduk disebelahnya. Pantas Erna memeluk erat tubuh lelaki itu. Lelaki itu mencium pipinya sebelum beralih pada bibirnya. Lelaki itu tersenyum lagi. 

“Ben. You nak balik dah?” soal Erna manja. Dia masih belum mahu melepaskan pelukan. Bergantung pada leher Ben. 

“You, I kena balik dulu. Nanti mama I bising. Semalam I tak balik,” jawab Ben lalu mencium semula bibir basah Erna. 

“Tak apalah.. Biarlah malam ni I tidur sorang- sorang,” ujar Erna berpura- pura merajuk. Ben ketawa kecil. Dia mencium pipi Erna pula. 

“Esok petang I datang. Bye sayang..” 

Erna tersenyum. Dia hanya memandang Ben yang perlahan- lahan keluar dari bilik. Dia sebenarnya tidak kisah jika Ben ingin pulang. Lagipun hari ini dia ada janji dengan seseorang yang lebih istimewa. Sudah lama mereka tidak berjumpa. Dia mencari telefon bimbitnya. 

“Am, you datanglah. Ben dah balik. I tunggu you malam ni,” ujar Erna manja. 

“I sibuklah Erna. Projek I due date minggu ni. Erm, apa kata kalau you yang datang apartment I?” 

Erna mengeluh. Benci mendengar alasan lelaki ini. Selalu sangat sibuk. Walaupun Ben sibuk dia selalu meluangkan masa untuk bersama dengannya. Tapi lelaki ini tidak pula. 

“Tapi kalau housemate you nampak I, habislah tembelang kita. You juga yang susah, Am” ujar Erna. Dia bermain- main dengan rambutnya. 

“Jangan risau. Dia balik kampung. Mungkin lusa balik KL. Dia uruskan hal perkahwinannya. You bermalamlah kat sini ye.. Temankan I.” 

“Erm.. baiklah. I memang rindu sangat kat you. Rancangan you ni betul- betul menyusahkan I,” Erna sempat membebel. Terdengar tawa kecil dari hujung talian. 

“Jangan risau. Tak lama… Kita pastikan rancangan ni berjaya. Lagipun you dah dapat Ben. Lagi senang kita nak jalankan rancangan selepas ini.” 

Erna tersenyum dan mengangguk. Telefon dimatikan. Tunggulah kau Suri Imani. Aku dah lama berdendam dengan kau. Mungkin kau tak tahu apa kau buat, tapi kau dah rosakkan hidup aku! 

“Aku benci!!!!!!!!!!!!!”

11 comments:

  1. lame jugak baru ade sambungan..
    sape call iman???
    sambung lagi..
    cepat sikit hea...

    ReplyDelete
  2. akhirnyer ade gak n3 bru...
    smbg cpt2 ye...
    <**>

    ReplyDelete
  3. ahirnya..
    sayang..memang saspen la..

    ReplyDelete
  4. ade gak..
    ape yg da jd ek..
    smpai iman jd cmtu??

    ReplyDelete
  5. dah lmer tinggal..
    barue ader new n3..
    cam dah luper cter sal aper..
    hi3..
    tpie slalu follow..
    tuk setiap n3..

    ReplyDelete
  6. Akhirnya muncul jgk entry baru.
    come on next entry plz writer.
    I love this story. Really love it. :)
    Tp what had happen to Amir???
    Napa ya adik dia call???

    ReplyDelete
  7. wahh.. best nye.... ada juga new entry..n thanks...
    then, waiting for the next entry.. congrats writer... nice story...

    ReplyDelete
  8. akhirnya....ada new entry......... tgh musykil ni...apapun, akak follows

    ReplyDelete
  9. akhirnya... ada gak sambungan... thanks..cpt2 sambung lagi ye.. tak sabar nk tau npe zafira tu kol iman.. ape dah jadi sbnrnya.

    ReplyDelete
  10. cpat2 sambung ye=]... xsaba nk bace...

    ReplyDelete