Cinta Semalam: Bab 42


JIHAN RAYSHA menguap panjang. Mengantuk sungguh rasanya. Walaupun pada mulanya dia nampak begitu teruja sepanjang perjalanan kerana dapat melihat dengan jelas suasana di Malaysia, tetapi lama-kelamaan perasaan bosan mula terasa. Kedua-dua lelaki di hadapannya rancak berbual tentang urusan perniagaan. Mereka menaiki kereta BMW X6 berwarna putih milik Hakimy kerana banyak juga mainan yang mahu dihadiahkan pada cucu sulung Mak Long Nuraini nanti. Bosan Jihan Raysha mendengar. Sesekali Jihan Raysha mengintai kereta Toyota Camry yang dinaiki ibu bapa Iqram Zafriel di hadapan. Sofiyya juga ikut bersama tetapi terpaksa menemani Encik Iqmalshah dan Puan Nurasyikin. Terbayang wajah Najmy yang mencuka apabila tidak dapat mengikut mereka berdua. 

“Sengih je dik. Ingat siapa-siapa kat London ke?” tegur Hakimy yang sudah menoleh melihat adiknya. Iqram Zafriel turut mengintai Jihan Raysha melalui cermin pandang belakang. Dia dahulu mengambil giliran memandu. 

“Takdelah. Teringat muka masam Abang Jimy waktu kena tinggal tadi.” Jihan Raysha tergelak kecil. Kelakar pun ada. Dia mengeluarkan iPhone dari poket seluar apabila merasakan getaran. Tadi dia ada Whatsapp dengan Dash. Rindu pula dia pada lelaki berbangsa Korea itu. 

“Kenapa lama sangat Esha nak approve friend request dari Abang Kimy?” Hakimy menyoal lagi. Dia tidak berpuas hati kerana rasanya hampir sebulan dia add Jihan Raysha di Facebook. Tapi baru semalam Jihan Raysha approve. 

“Manalah Esha tahu itu Abang Kimy. Nasib baik Esha belek-belek Facebook Abang Jimy. Siapa suruh letak nama Kimy Harris.” Tangan Jihan Raysha ligat membalas whatsapp Dash. Pelbagai soalan yang ditanya Dash termasuklah khabar Edward dan Bella yang ditinggalkan. Mestilah Dash orang pertama yang dimaklumkan kewujudan dua ‘anak angkatnya’ itu. 

“Takkan tak perasan kot? Lebih kurang je tu.” Hakimy masih tidak berpuas hati. 

Jihan Raysha tarik sengih. Dia lebih tertarik pada skrin iPhone. Sengaja dia menyuruh Dash menghantar gambar bunga-bunga yang ditanam arwah daddy dulu. Sekarang bunga-bunga itu sedang berbunga cantik. Ruginya tak dapat hayati keindahan bunga-bunga ini. 

“Whatsapp siapa tu?” Suara Iqram Zafriel kedengaran. Tidak puas hati juga melihat sekejap-sekejap Jihan Raysha tersenyum.

“Jap! Nah….” Jihan Raysha mendekatkan diri ke kerusi hadapan. Dia menghulurkan iPhone pada Hakimy dan Iqram Zafriel.

“Kenapa dengan bunga ni?” Ternaik kening Iqram Zafriel. 

“Cantik tak?”

“Cantik. Kenapa?” Mendatar jawapan Iqram Zafriel. Tiba-tiba hatinya sakit melihat mesej Whatsapp yang masuk lagi. Dash? Kawan baik Jihan Raysha di London tu ke? 

“Semua ni bunga-bunga arwah daddy pernah tanam dulu. Sekarang rumah Esha ni… mak ayah kawan baik Esha ni yang jaga. Tadi dia pergi jenguk. Dia hantar gambar ni,” beritahu Jihan Raysha sedikit teruja walaupun terselit rasa sedih kerana dia dapat bayangkan betapa gembiranya daddy setiap kali pokok bunganya mengeluarkan bunga. 

Hakimy slide lagi skrin. Iqram Zafriel yang memandu sesekali mengintai pada skrin iPhone. Dia sebenarnya teruja juga melihat bunga-bunga yang berwarna-warni.

“Rumah Esha ke ni?” Terlopong mulut Hakimy. Cantiknya! Selepas dia mengetahui siapa Jihan Raysha, dia ada juga menyiasat tentang Encik Ebrahim. Rupa-rupanya Encik Ebrahim merupakan arkitek yang bertanggungjawab mereka Mega Hotels and Resorts London. Cuma struktur luaran yang ada nilai sejarah dikekalkan. Patutlah dia seperti pernah dengar sahaja nama itu. Nama Meor Ebrahim dan rakan kongsinya, William McCormick juga agak terkenal di London. Malah nama Daniel Ebrahim juga semakin dikenali ramai.

12 comments:

  1. best2... sambung lagi yer..
    sweet sgt isha dgn iq..

    ReplyDelete
  2. Best kak..smbng cpt eh..hehe..
    Erm..kak..buku kn jela cte nie..
    Mcm pjg ag jek..

    ReplyDelete
  3. Lamanya x jengah hihi.bila nk couple diaorg bdua ni.

    ReplyDelete
  4. menarik.. dah lama tunggu sambungan dia..

    ReplyDelete
  5. Best. Sambung lagi Imani :)

    ReplyDelete
  6. comel iq & isha! smbng cepat.....

    ReplyDelete
  7. wah,,,best..sabar dan tunggu bab yg seterusnya

    ReplyDelete
  8. tunggu bab seterusnya...

    ReplyDelete
  9. hahahaha.... nakalnya iq ni......
    isha, mahu tapi malu.....cemburu tak nak mengaku...

    ReplyDelete
  10. suka nyer kt abg iq..hihih...hehe nk lg...

    ReplyDelete
  11. sis bile nak sambung lagi nih..
    dah rindu same isha n iq..
    zara zulfakri

    ReplyDelete