Cinta Semalam: Bab 43


“Magnificent!” Komen terluah dari bibir Iqram Zafriel. Walaupun dia kontraktor, tetapi sejak dulu dia sangat tertarik melihat seni bina yang menarik. Kadang-kadang dia akan melancong ke luar negara semata-mata untuk menghayati setiap seni bina yang menarik dan menjadi bualan ramai. 

“Kalaulah rumah ni nak jual… mesti berjuta dolar kan?” Hakimy pandang lagi rumah bentuk kotak yang berdindingkan cermin. 

Jihan Raysha tarik sengih.

“Uncle William, ayah Dash pernah cakap juga. Esha dah nekad tak nak jual. Rumah ni… rumah impian arwah daddy. Esha membesar kat rumah ni. Lagipun tahun depan mungkin Abang Danny balik semula London. Daddy dah amanatkan rumah ni untuk kita orang,” ucap Jihan Raysha. 

“Jap! Dash ni ke yang peluk Esha dalam cover picture Esha tu? ” soal Hakimy apabila Jihan Raysha kembali membalas Whatsapp Dash. 

Berkerut dahi Jihan Raysha. Sejak bila pula dia Dash berpelukan ni? 

“Peluk Esha?” Meninggi suara Iqram Zafriel. Terkejut betul dia. 

“Yup! Bukanlah peluk sangat… peluk bahu je kan?” Tergeleng Jihan Raysha dengan reaksi kedua-dua lelaki di hadapannya ini. Dia menyimpan iPhone di dalam poket apabila Dash memaklumkan mahu tidur. Idea nakal muncul. Cepat-cepat dia mengeluarkan pula kamera polaroid dari beg sandang. Sekali lagi dia menghampiri kerusi hadapan. Dia berdiri sedikit dan melunjurkan tangannya di hadapan. 

“Cepat!” jerit Jihan Raysha sengaja menarik perhatian. Kebetulan Iqram Zafriel dan Hakimy serentak memandang kamera. Tanpa berkata apa-apa flash bercahaya. Hakimy tersentak.

“Apa ni?” Bulat mata Hakimy. 

“Laa… suka gambar terkejut macam ni!” Iqram Zafriel tidak puas hati. 

Jihan Raysha tarik sengih. Cepat-cepat dia menyimpan kamera dan gambar di dalam beg. Dia memeluk tubuh. 

“Nak tengok!” Hakimy pandang belakang.

“Nope!” 

“Dash peluk Esha kat mana tadi?” Iqram Zafriel menyoal lagi. Dia masih tidak berpuas hati mendengar kata-kata Hakimy tadi. Terbayang saat dia terpempan bila Jihan Raysha selamba memeluk bahunya. 

“Peluk apa pula? Sandar tangan kat bahu je. Lama dah gambar tu. Tahun lepas kot… masa kat Paris. Depan Eiffel Tower.” Sepatutnya gambar itu turut ada Aidan. Tetapi selepas dia putus dengan Aidan, semua gambar Aidan dalam Facebook sudah dibuang. 

“Dash tu siapa? Esha tangkap gambar berdua je dengan dia. Boyfriend Esha ke? Chinese? Tapi anak Mr McCormick kan? Dash McCormick?” Berlapis-lapis kerutan pada dahi Hakimy kini. Sudahlah permintaannya tadi mahu melihat gambar candit ditangkap Jihan Raysha tidak ditunaikan lagi. Dia langsung tidak kisah akan hubungan Jihan Raysha dengan Dash. Cuma dia tidak mahulah dia tidak tahu apa-apa. Tetapi rasanya dia ada bertanya salah seorang pengurus di Mega Hotels and Resorts London, Jihan Raysha bercinta dengan salah seorang pengurus di sana. 

“Tak. Bestfriend. Dia Korea dan anak angkat Uncle William.” 

“Tapi kenapa dia peluk bahu Esha?” Mencuka muka Iqram Zafriel.

“Hmm… sudahlah! I’m sleepy. Dah sampai kejut.” Jihan Raysha pejam mata. Dia dapat mendengar keluhan dua lelaki di hadapannya. Banyak sangat soal. Bosan pun ada sebab dia tahu mesti Iqram Zafriel dan Hakimy tidak berpuas hati dengan status Dash yang sebenarnya. Susah sangat ke nak faham Dash itu hanya kawan baiknya sahaja? Lagipun Dash bukannya memeluk pinggang. Aidan nak peluk pinggang dia pun hampir nak kena Tae Kwan Do. Inikan pula Dash. Tak boleh ke dia ada kawan baik lelaki?       

10 comments:

  1. aii pendek nya iman... tp aidan 2 mnkutkn btl....eee seram...

    ReplyDelete
  2. 0.o makin menarik *gud job, thumbs up*
    setuju dgn eija, seramlah dgn aidan ni
    xnk dijdikan novel ke?

    ReplyDelete
  3. Adakah aidan memeluk islam kerana isha atau atas kerelaan sendiri

    ReplyDelete
  4. ermmm..... nasib baik isha dpt lepaskan diri dari aidan...... adakah iq dpt tahu apa yg aidan lakukan pada isya.....

    ReplyDelete
  5. setuju dgn diorg aidan tu menyeramkan betul. sy tggu crta yg strusnya kak :)

    ReplyDelete
  6. okay..mmg Aidan tu stalker..menakutkan sekirannya ia mmg benar

    ReplyDelete
  7. alaa..sikitnya..sambung lagi yer.. panjang2. tak sabar nak tau apa yg jadi..

    ReplyDelete
  8. akhirnyaaaa :D best

    ReplyDelete
  9. wow..wow..tak sabar tgu n3 seterusnya...

    ReplyDelete
  10. nak full..huhuhuhuh.... aidan jahat...eeeeeeeeee...geram sehhhhhhhhhhhhhh

    ReplyDelete