Cerpen : Kasanova Jalanan III



Kau selalu tanya aku,
“Kenapa kau ni selalu sangat senyum. Kau tak penat ke?”
Dan kau jawab,
“Kau tu tak penat ke buat aku selalu tersenyum?”

Kau tahu kaki aku pendek,
Kau lebih tinggi dari aku, jadi kaki kau lagi panjang dari aku,
Aku tanya kau,
“Kenapa kau selalu jalan cepat sangat? Kau kejar apa?”
Dan kau akan jawab,
“Aku sengaja jalan cepat dari kau. Sebab aku nak kau belajar, bila aku hilang, kau tahu kejar aku balik.”

Kau tak pernah lupa,
Tapi bila kau lupa,
Aku mula tak terasa sesuatu
Jadi aku diam
Aku tahu, aku bukan orang yang pendiam
Jadi kau tanya aku,
“Kenapa aku diam?”
Tapi kau masih tak faham bila aku masih mendiamkan diri. Jadi aku cakap,
“Hari ini hari jadi aku. Tapi kau dah lupa.”
Tapi kau jawab,
“Aku tak mahu jadi yang pertama yang wish pada kau, aku nak kau ingat aku yang terakhir wish. Aku harap dapat jadi yang terakhir dalam hidup kau.” 

Kau selalu cakap aku ni membosankan
Tapi kenapa dalam kebosanan aku
Kau juga yang kau cari,
Jadi aku tanya kau,
“Kenapa kau masih cari aku yang membosankan ni?”
Tapi kau jawab,
“Sebab aku tahu sampai bila- bila kau ni membosankan. Dan aku nak kau sebab kau membosankan. Kalau kau tak membosankan, aku tak cari kau. Sebab kau tahu aku ni mudah bosan dengan seseorang.” 


ADILEEYA seka air mata. Dia membetulkan tudung yang membalut kepalanya. Dia tersenyum pada kedua- dua anaknya, Firash Ross dan Farisha Ross. Putera dan puteri tunggal Farhami Ross yang kini menjadi teman pengganti untuk dirinya. 

***

“AKU tak mahu kau pergi,” dia seka air mata yang mengalir laju. Dia dah tak pedulikan pada mata yang memandang perlakuannya. Seperti biasa Teluk Cempedak memang akan sentiasa dipenuhi orang pada waktu petang. 

“Apa kau ni. Kata lelaki. Tak gentleman langsung.” 

“Kenapa kau nak tinggalkan aku?” mata bundar Lee memandangnya tepat. Farhami telan air liur. Sejak dulu dia terpesona dengan mata itu. Dia masih lagi menepuk bahu Lee. 

“Aku bukan sengaja nak tinggalkan kau. Kau tahu cita- cita aku tinggi. Aku nak jadi macam papa aku. Aku tahu kerja cikgu tu mulia. Tapi aku memang dah pasang azam sejak dulu lagi nak jadi macam papa aku. Kau juga tahu aku apply sambung kan?”

“Memang lah. Tapi kau tak beritahu yang kau sambung kat luar. Aku ingat kau still sambung kat USM je.”

“Aku dapat biasiswa USM la Lee,” dia serba salah. Dia sendiri tidak sangka begini sekali reaksi Lee bila mendapat tahu tentang perkara ini.

“Aku tak boleh hidup tanpa kau. Kau jangan pergi. Kau kawan baik aku,” ucap Lee. Matanya sudah kabur dek air mata yang masih tidak jemu mahu mengalir. 

“Aku tahu. Aku ajak kau kahwin, kau dah reject aku. Dua kali tahu tak!” 

Lee garu kepala. 

“Kau nak kahwin ke dengan ‘lelaki’ macam aku ni?”

“Wei, aku ni bukan gay! Kau tu perempuan. Sila kau sedar sikit. Dah dekat dua tahun aku kat Kuantan ni. Dah macam- macam cara aku cuba supaya kau berubah. Tapi kau still degil. Aku pinang kau, kau tolak. Dah tebal muka aku ni setiap kali mengadap muka kau. Tahu tak!” tempelak Farhami. Geram dengan keputusan Lee. Bukan sekali dia menyatakan hasrat, tapi dua kali. Semuanya ditolak mentah- mentah oleh Lee.

“Aku tak mahu kahwin dengan kasanova macam kau ni.”

“Kita dah 27 tahun dah Lee. Kau tu perempuan Lee. Kau tak kesian ke kat umi? Dia beli macam- macam jenis baju kurung, tudung untuk kau pakai. Tapi kau tolak tepi. Kesian ayah dan umi kau? Kau tu perempuan,” sekali lagi kenyataan itu diberitahu pada gadis itu. Dia tidak faham kenapa hati Lee boleh menjadi begitu keras. 

Lee tarik nafas. Dia pandang lama wajah Farhami sebelum mengalir perhatiannya pada sekumpulan kanak- kanak yang berlari riang. Dia menyentuh rambutnya yang ikal tapi pendek. Rambut Farhami lebih panjang dari rambutnya. 

“Kau nak kahwin ke dengan aku ni Fami? Aku ni dah lupa cara jadi perempuan tau.”

Farhami terlopong. Terlupa?

“Aku pun kenal agama Fami. Aku tak pernah tinggal sembahyang. Aku tak pernah tinggal puasa. Tapi,” dia mengeluh.

Farhami melepas pandang Lee.

“Kau kata tadi tak mahu kahwin dengan kasanova macam aku ni kan?”

Lee mengangguk laju.

“Kasanova jalanan.”

Farhami tarik sengih. Lama dia tidak mendengar panggilan itu padanya lagi sejak peristiwa dua tahun lalu. Bila permintaan umi untuk menasihati Lee, tiba- tiba menyedarkan dia. Dia tahu dia perlu berubah. Sampai bila dia hendak jadi begitu?

“Kau tahu kenapa aku jadi macam tu? Buruk sangat perangai aku?”

Lee angguk kepala.

“Kau tahu?” terkejut Farhami.

“Aku rapat dengan papa kau masa kita di USM dulu. Kau lupa. Papa kau cerita semuanya pada aku. Sebab kau jadi macam tu. Semua orang sedar perangai buruk kau tu. Tapi papa kau sendiri tak reti nak ubah kau. Macam aku juga. Aku tahu mesti umi yang suruh kau nasihat aku kan?”

Lambat- lambat Farhami mengangguk.

“Papa aku cakap apa?”

“Kau jadi macam tu sebab arwah ibu kau kan? Lepas tu papa kau kahwin dua kali, tapi perkara sama terjadi kan?” soal Lee. Dia sendiri tidak mampu untuk menyatakan perkara yang diceritakan oleh papa Farhami dulu. 

Farhami mengeluh. Dia terbayang wajah ibu dan dua orang ibu tirinya yang kejam. Ya, mereka memang kejam. Zaman kanak- kanak dan remajanya dihantui dengan kekejaman mereka bertiga. Ibunya mungkin ibu kandungnya, tapi ibu memang kejam. Ibu kandungnya sendiri tergamak memperlakukan perkara sebegitu di hadapannya. Ibunya bukan ibu yang baik. Ibunya seorang yang panas baran. Ibunya talam dua muka. Bila berhadapan dengan papanya, perlakuan ibunya berubah menjadi seorang ibu yang penyayang. Tapi bila hanya dia dan ibunya, dia menjadi mangsa. Ibunya pernah membawa dia keluar bersama dengan pelbagai jenis lelaki. 

Dia pelik bila ibunya dengan selamba berpelukan dengan lelaki lain sama seperti yang dilakukan bila bersama papa. Dia pernah terlepas cakap menceritakan perlakuan ibu, tapi ibu pandai menafikan. Kemudian ibu sanggup mengurungnya di dalam tandas dan membiarkan dia tanpa makanan untuk menghukumnya. Sejak itu dia tidak berani lagi. Tapi sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga. Ibunya meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya. Malah ketika itu ibu bersama dengan seorang lelaki yang juga suami orang lain. Bila ibunya meninggal, dia beranggapan semua itu berakhir. Tapi tidak lama. Bila usianya 15 tahun, barulah papa mengambil keputusan bercerai dan tinggallah dia dengan papa sahaja. Papa meminta maaf padanya. Papa sedar, bila terlalu sibuk bekerja, papa lupa akan diri dan keluarganya. Tapi kemaafan papa langsung tidak dapat mengembalikan zaman kanak- kanak dan remajanya kembali.

“Kau okay tak?”

Farhami angguk kepala.

“Kau tahu tak?”

“Apa dia?”

“Kau sepatutnya tak jadikan perempuan- perempuan yang kau mainkan tu untuk balas dendam. Kau puas hati ke buat macam tu?”

Farhami mengeluh. Ya, dia tidak pernah puas. Malah perasaan bersalah pula menghantui diri sehingga sekarang.

“Umi mesti dah cerita apa yang berlaku pada aku kan?”

Farhami angguk kepala.

“Peristiwa tu ajar aku. Lepas abang tu pukul aku. Sepak aku. Aku sepatutnya tak buat benda macam tu kat Adha. Aku rasa bersalah buat Adha masa tu. Aku tak tahu kenapa abang tu seronok tengok aku menangis. Tapi bila aku tengok Adha menangis, aku rasa sedih. Aku tahu kau rasa macam tu juga kan?”

Farhami mengeluh.

“Jom kita main satu permainan.”

“Permainan?” berkerut dahi Lee.

"Kau nasihatkan aku. Aku nasihatkan. Mana boleh kau sorang yang tegur aku. Aku pun nak tegur kau. Boleh? Lagipun bulan depan aku dah terbang.”

Lee mengangguk.

“Mulai hari ini, aku akan panggil kau Leeya. Nama kau Adileeya kan. Aku akan delete nama Lee dalam otak aku. Mulai hari ini, aku hanya kenal Adileeya. Boleh?”

Berkerut dahi Lee. Geli pula bila mendengar nama ‘Leeya’ berulang kali disebut oleh Farhami.

“Kalau kau panggil aku Leeya. Kau janji tak terbang?”

Farhami ketawa.

“Mana boleh macam tu. Itu masa depan aku. Kau nak jadi sebahagian dari masa depan aku?”

Lee mengangguk laju.

“Kau kena kahwin dengan aku,” tersengih bila melihat wajah Lee tiba- tiba bertukar merah. Ai, hilang dah sifat ‘kelakian’ Lee?

“Tengok lah nanti.”

“Kau jangan nanti aku dah terbang. Baru kau sedih.”

Lee mencebik.

“Aku tak akan kahwin dengan kau.”

“Betul?”

“Sehingga aku berubah.”

“Maksudnya kau still akan kahwin dengan aku kan? Cuma kau nak berubah?”

Lee mengangguk laju.

“Kau yakin aku boleh berubah?”

“Kau yakin kau boleh berubah?” soal Farhami kembali.

“Aku tanya kau dulu,” balas Lee.

“Aku tahu. Tapi kalau kau tanya aku. Tapi kau sendiri tak yakin. Memang tak berguna. Kalau kau nak berubah. Kau pasang niat. Kau berubah kerana ALLAH. Kau berubah kerana kau nak berubah. Walaupun nampak dah terlambat, tapi untuk berubah memang tak pernah ada perkataan ‘lambat’ atau ‘cepat’. Paling penting kau nak berubah. Boleh?”

Lee mengangguk.

“Kau sanggup tunggu aku?”

Farhami tersenyum.

"Kau sanggup sabar dengan kerenah aku. Aku nasihat aku untuk berubah. Kau tunggu aku berubah. Kenapa mesti aku tak boleh tunggu kau?”

“Kau rasa kita boleh bersama ke? Papa kau nak ke menantu macam aku ni? Selama ni aku rasa papa kau anggap aku macam anak lelaki kedua dia dah.”

Farhami ketawa. Memang papa pernah menganggap Lee begitu.

“Tapi papa tak pernah lupa yang kau tu perempuan.”

Lee tersenyum.

“Kau kena ingat Leeya. Kau perempuan. Sampai bila- bila kau ni perempuan. Walaupun kau cuba nafikan hal itu. Jangan fitrah menjadi fitnah. ALLAH jadikan sebaik- baiknya. Kau hidup untuk menjadi ibu, bukannya ayah.”

***

“SUDAHLAH tu Leeya,” tubuh Adileeya ditepuk perlahan.

Prof. Firdaus mengambil Farisha yang sudah terlena di atas riba menantunya. Firash yang sudah pandai bersila duduk bersandar pada paha mamanya. Sejak semalam lagi Firash diam membisu. Langsung tidak menangis atau merengek. 

Adileeya melepas panda pada Prof. Firdaus. Dia mengangguk. Air mata diseka lagi. Dia mengangkat pula tubuh kecil Firash. Datuk Adli menolong menggulung tikar yang terbentang. Datin Hilda dalam pangkuan kakak sulungnya, Admiya. Mata masing- masing bengkak menangis. Adik-adiknya sudah berdiri di bahu jalan. Menunggu dengan sabar Adileeya menghabiskan bacaan yassin dan termenung memandang tanah yang masih merah. Air mata Adileeya kembali menitik bila tangisan Farisha kuat kedengaran. Firash sahaja yang terkelip- kelip. Dia pelik. Anak lelakinya yang tua beberapa minit dari Farisha nampak matang walaupun usianya tidak sampai setahun. Firash seperti memahami dirinya. 

“Sudahlah Leeya. Biarkan arwah Fami tenang kat sana,” pujuk Datuk Adli. Dia peluk bahu anaknya. Firash diserahkan pada Admiya. 

“Ayah kenapa Fami tinggalkan Leeya?”

“YA ALLAH Leeya. Fami ada. Dia tak pernah tinggalkan Leeya,” balas Datuk Adli. Dia berusaha menarik anaknya supaya mengikut langkahnya. Tapi Adileeya berpaling. Tanah yang masih merah, ditatap lama Adileeya. Dia tidak mahu meninggalkan Farhami keseorangan di situ. 

“Fami janji tak akan tinggalkan Leeya ayah,” beritahu Adileeya.

Datuk Adli terkedu. Datin Hilda hilang punca mahu memujuk dia kerana dia sendiri terkejut dengan berita pemergian Farhami. Mereka sekeluarga bergegas terbang ke Penang. Siapa sangka usia perkahwinan Adileeya dan Farhami tidak lama. Farhami tidak sempat menunaikan tanggungjawab sebagai ayah. Farhami tidak dapat menghabiskan sisa hidupnya dengan Adileeya. Dia menunggu gadis itu hampir tiga tahun. Mereka berkahwin bila masing- masing berusia 30 tahun. Walaupun begitu dia bersyukur kerana Adileeya berubah. Farhami sabar menunggu Adileeya dan berjaya menamatkan pengajiannya. 

“Pa, abang cakap abang demam sikit je. Abang cakap nak tidur sekejap je. Kenapa dia tak bangun dah bila Leeya kejut?” wajah Prof. Firdaus ditatap pula. 

“Sudahlah Leeya,” kelu untuk Datuk Adli memujuk. 

“Kak Leeya. Walaupun abang Fami dah tak ada. Tapi kak Leeya ada Firash dan Farisha. Kakak kena teruskan hidup untuk anak- anak kakak. Abang Fami bukan pergi selama- lamanya. Kakak akan jumpa abang Fami kat syurga nanti. Abang Fami berikan kakak tanggungjawab untuk besarkan anak- anak kakak dan abang Fami. Kakak jangan lupa tu. Abang pergi dengan tenang kak. Abang Fami pun mungkin tak sangka kak. Tapi kakak kena redha kak. Kakak kenal abang Fami lama dah kan? Kakak kenal dia lebih dari orang lain kan? Abang Fami janji tak tinggalkan kakak kan? Kakak tengok mata Farisha. Kakak tengok senyuman Firash. Abang Fami tak pernah tinggalkan kita kak,” perlahan suara Adha yang sejak tadi menjadi pemerhati. 

Adileeya pandang wajah Adha. Dia pandang ayah, umi dan papanya. YA ALLAH, bukan dia sahaja kehilangan Farhami. Semua orang hilang Farhami. Kemudian dia pandang mata Farisha. Ya, Farisha mewarisi mata Farhami. Senyuman Farhami ada pada Firash. 

Abang bukan mimpi
Abang bukan khayalan
Abang yang mengajar saya berdiri di atas bumi yang nyata
Abang yang menyinari jalan saya
Abang yang bawa saya keluar dari kegelapan
Abang yang hilang tak akan hilang dari saya
Saya bahagia kerana ada abang
Saya bahagia kerana abang meninggalkan sesuatu dalam diri saya

Terima kasih kasanova jalanan ku..


Part I Part II | Part III

16 comments:

  1. Alahai, penamat yg sedih. Dah nak menitik airmata, asib boleh tahan lg. Menarik. :)

    ReplyDelete
  2. Unpredictable ending.. :)

    ReplyDelete
  3. alaa..sedih plak...nape ni?tidak akak...akak buat version happy ending boleh tak?winkwink...hahaha

    ReplyDelete
  4. serious sad?? Grr ~~

    ReplyDelete
  5. Ending yang sedih, tidak disangka akhirnya fami pergi. Cerpen yang menarik . Good job. Keep it up sis :)

    ReplyDelete
  6. sedihhhhhhhhh.. buat cerpen lain pulak pasni. hehe.

    ReplyDelete
  7. kenapa sedih sangatttt.... buat air mata nak keluar ja ni.... huhuhu.... tapi bestttt

    ReplyDelete
  8. Sedihnye...*sob sob* T_T
    Cerpen ni benar2 touching...really meaningful...

    ReplyDelete
  9. sedihnya ending.

    ReplyDelete
  10. walaupon sad ending tapi tetap best..

    ReplyDelete
  11. bt leeya kahwin ngn daniel laa..hehe..nk ending hapy..hihi


    syah

    ReplyDelete