KALAU sewaktu baru pertama kali sampai ke Cherating dulu, dia terasa berada di Bali. Kini perasaannya seakan berada di tempat yang begitu asing. Mulutnya hampir terlopong apabila melihat bendang yang menghijau luas. Udaranya nyaman. Beberapa kali dia menarik nafas dalam-dalam. Sukar untuk diluahkan perasaan aman yang dirasainya kini. Dia suka dengan suasana ini. Tambahan pula dengan melihat rumah kampung yang tinggi. Di bawahnya terdapat beberapa meja besar. Dia jadi pelik kerana langsung tiada kerusi di sekitar meja tersebut.
Kedatangan mereka disambut keluarga kecil Mak Long Nuraini. Jihan Raysha hanya memerhatikan sahaja adegan salam menyalami dan peluk memeluk di hadapannya kini. Riuh sungguh suara masing-masing terutamanya Mak Long Nuraini yang nampak sangat gembira. Sofiyya pula sudah awal-awal mengambil si kecil Farisha. Menurut Mak Long Nuraini, hari ini genap umur Farisha 40 hari. Patutlah kecil sahaja badan Farisha.
“Siapa ni?” Mak Long Nuraini tayang muka pelik.
“Adik, salam,” suruh Hakimy apabila melihat Jihan Raysha terpinga-pinga. Mungkin masih mamai kerana baru dikejutkan dari tidur. Lena sungguh Jihan Raysha tidur sepanjang perjalanan tadi.
“Adik?” Hampir serentak Mak Long Nuraini dan Emir bersuara. Muka masing-masing jelas terkejut. Walaupun tidak begitu rapat dengan Datuk Abdullah Harris, mereka rapat dengan Hakimy dan Najmy. Emir tua setahun daripada Natasha. Mereka sangat mengenali keluarga Hakimy.
“Bila masa pula kau ada adik perempuan ni Kimy? Adik angkat ke?” Emir pandang lama muka Jihan Raysha yang sudah tertunduk.
Sofiyya pula sudah ralik bermain dengan Farisha di atas rumah. Tanpa diajak sesiapa, dia yang dulu naik ke atas rumah papan sederhana besar itu. Teruja sungguh dia hendak melihat bayi kecil itu.
“Kak long… ingat tak pada Sara? Isteri pertama Harris,” sampuk Puan Nurasyikin.
Mak Long Nuraini mengangguk laju.
“Ini ke adik kembar kau yang hilang tu Kimy?” Emir menyoal tanpa rasa ragu-ragu. Sekali pandang, memang seiras dengan Hakimy dan Najmy.
“Ya Allah… patut muka tu sebiji sangat Sara. Sara apa khabar?” Mak Long Nuraini terus dakap Jihan Raysha. Pipi gebu itu dicium beberapa kali sehinggakan gadis itu terkulat-kulat.
“Bila kau jumpa ni? Ejay mana?” Emir pandang wajah Hakimy. Geram juga soalan yang dilontar langsung tidak dijawab.
“Hmm… apa kata kita borak kat atas? Pak lang ni sebenarnya kaki dah sakit main brek dari tadi,” sampuk Encik Iqmalshah.
“Aku pun rasa macam nak patah pinggang. Si Kimy ni punya pemalas nak drive. Esha pula membuta je,” bebelan Iqram Zafriel kedengaran pula.
Mak Long Nuraini dan Emir ketawa serentak. Mereka tersedar kealpaan mereka. Terus masing-masing menarik tetamu yang baru hadir naik ke atas rumah. Jihan Raysha seperti tadi hanya terkulat-kulat mengikut Mak Long Nuraini. Entah bahasa apa yang dituturkan wanita itu, tetapi kedengaran seperti bahasa Melayu juga. Mungkin dialek di tempat ini.
“Ini isteri Abang Emir, Elly,” beritahu Emir pada Jihan Raysha apabila isterinya menatang dulang air ke ruang tamu.
“Lah… awat pergi buat air? Elly tu tengah pantang.” Puan Nurasyikin mengetuk lembut lengan Elly yang tersenyum simpul.
“Takpelah mak lang. Bukan buat apa pun… buat air je. Lagipun hari ni last dah berpantang,” balas Elly, ramah. Dia kembali duduk di atas tilam di hujung ruang tamu yang menempatkan tempat tidurnya dan Farisha sejak sebulan yang lalu. Emir pula tidur di atas sofa berangkai tiga.
syoknyeee... cant wait 4 d next chapt...
ReplyDeletenice//
_aniesue_
hehe. timekasih aniesue :)
Deletehuhuhu.. terbaik dri cik writer..
ReplyDeletecomel jer Iqram mlamar Isha..
nak n3 lagi.. huhuhu
hihi. timekasih fatiah. insya-ALLAH next n3 pas ni :)
DeleteKesian Isha . Sweet sangat bila tiba-tiba Iq ajak kahwin :)
ReplyDeleteala kesian ke isha?
DeleteMesti la kesian sebab Aidan buat dia macam tu. Tak patut, tak patut. Nasib baik lah Abang Iq kita ada :)
Deletewahhh imannn thankss ada jugak akhirnya....(Nurr Bayu)
ReplyDeleteHehe. Itulah kak Nurr banyak kali tanya kan :)
Deletebest!! x sabar next chapter..nama jihan and iqram ,ada dlm cinta x terucap kan ^^
ReplyDeletehahahah.. aah ada sikit. nama ammar mirza pun ada dalam cita ni jugak :)
Deleteyeaaa..isha nk terima Iq....tq 4 the entry..=)
ReplyDeletehehe... insya ALLAH isha terima :)
Deletebesttt cepatla update...:)
ReplyDeletehahaha.. sudah update unni :)
Deleteakhirnya Iqram lamar Isya jgk. Wah mmg berbaloi la putus tunang smpai 5 kali Iqram ooi... hehehe... ;D
ReplyDeleteBetter Isya ceta sal Aidan kat Iqram. Aidan tu umpama laki gila talak. sgt bahaya.
hehe. Aidan sangat kesian sebenarnya hehe..
Delete"ala..."cute siot si abg iq terduduk....cepat smbg!!!
ReplyDeletehahaha.... okok zoora. terima kasih sebab baca :)
Deletesis bile nak keluar full novel..xsabarrrrrr...hihihih
ReplyDeletehehe zara. isnya ALLAH. saya tengah usahakan ni tau
Deleteok sis..zara tunggu...xsabar nak tggu isha n iq kawen..hihihi.....baby diorg mesti super cuteeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee.... :)
DeleteAssalamualaikum,
ReplyDeletesemoga sentiasa dilimpahi dengan idea2 untuk meneruskan novel... (^_^)
aamiin...aamiin...aamiin
x sabar mau baca nex episod...
kita marathon dari jam 3 pg td....
berhenti untuk buat benda2 yg wajib jak..hehehe
bila mau bukukan?...
antara koleksi yang wajib dimiliki...
x sabar dah ni ....
good job writer..
Walaikumssalam iza,
DeleteAlhamdulillah... amin.. amin.. aminn
terima kasih sebab sanggup baca tu dari pukul 3 pg
awk buat saya terharu je :')
insya Allah saya tengah usahakan full manuskrip
komen awk buat sy smile :)