Cinta Semalam: Bab 45


“Meh bagi pak lang baby Farisha tu Piyya,” pinta Encik Iqmalshah. Tidak manis pula rasanya nak bertepek di tilam Elly. Berbanding kakak-kakak Sofiyya yang lain, Sofiyya memang selalu mengikut mereka sekeluarga berjalan-jalan. 

“Besar juga Farisha ni kan kak long? Apa nama penuh baby ni?” Puan Nurasyikin yang duduk di sisi suaminya menguis pipi gebu Farisha. Bayi itu yang kekenyangan selepas minum susu nyenyak tidur. 

“Nak dekat lima kg dah timbang pagi tadi kat klinik. Apa nama penuh anak hang ni?” Mak Long Nuraini pandang Emir. Hanya nama ‘Farisha’ sahaja diingati. Itu pun pada mulanya tersasul juga menyebutnya. 

“Elianee Farisha.” 

“Nasib baiklah ikut muka Kak Elly. Kalau ikut muka Abang Emir… kesian Farisha,” sakat Hakimy sebelum tergelak kecil apabila Emir menghadiahkan jelingan panjang.

“Kalau gelap macam kau?” Iqram Zafriel turut sama naik.

“Kau ingat kalau gelap tu tak comel ke?” Emir sengaja buat muka serius. Mereka memang selalu bergurau. Pelik pula kalau sehari tidak kutuk mengutuk. Hampir sepuluh tahun dia dan ibunya kembali menetap di Bagai Serai walaupun ketika itu umur Nafeesa baru lima tahun. Dia pula sedang menyambung pelajaran di USM, Penang. Dia tahu ibunya kembali duduk di Bagai Serai kerana mahu dekat dengannya. Kini rumah arwah ayahnya dibesarkan sedikit olehnya sendiri kerana dia memang berhasrat untuk terus tinggal bersama ibunya. Nasib baiklah sekarang memang dia mengajar di Taiping yang dekat dengan Bagan Serai. 

“Budak-budak ni….” Encik Iqmalshah bersuara. Ada pula rupa anak dijadikan bahan gurauan. 

“Cuba cerita sikit kat mak long. Dari tadi mak long tunggu ni,” sampuk Mak Long Nuraini yang sudah tidak senang duduk. Matanya sejak tadi tidak lepas memandang wajah merah padam Jihan Raysha. 

“Boleh cakap Melayu tak ni? Aku pergi cakap Melayu tadi… patutlah senyap je Jihan ni. Abang cakap Melayu dengan dia.” Emir pandang muka Hakimy sambil ketawa kecil. 

“Patut muka terkulat-kulat je dari tadi,” sampuk Elly dari jauh. Dia sebenarnya tidak lepas memandang wajah Jihan Raysha. Cantik. Rambut berwarna perang muda kekuningan dan warna mata biru itulah yang menarik perhatiannya sejak tadi. Tidak sangka gadis itu langsung tidak nampak berdarah kacukan seperti Hakimy dan Najmy. 

“Kakak tahu cakap Melayu. Cuba speaking Malay sikit kakak,” suruh Sofiyya yang sudah duduk di sebelah Jihan Raysha. Hakimy pula duduk berlunjur kaki di atas lantai di sebelah Jihan Raysha. Kebetulan memang sofa tidak cukup untuk memuatkan semua orang. Iqram Zafriel pun ikut sekaki bersila di atas lantai. Macam dia orang pula anak dara! 

“Cakap apa?” Jihan Raysha pandang Mak Long Nuraini. 

“Mummy dah meninggal dunia mak long….” Hakimy mula bercerita dari A sehingga Z tanpa sempat sesiapa pun menyampuk. 

Jihan Raysha yang sudah boleh menerima apa yang berlaku pada dirinya hanya mengangguk sahaja dari tadi. Dia cuba melindungi riak wajah supaya tidak menunjukkan dirinya terlalu sedih. Nasib baiklah peristiwa dia ‘mengamuk’ tidak pula diceritakan Hakimy. 

“Syukurlah kamu dan Ejay baik-baik je duduk sana. Rindu mak long kat Ejay tu. Nanti kalau dia balik Malaysia dengan anak dia, datang la Bagan Serai ni.” Luluh hati Mak Long Nuraini mengenangkan Miasara yang terlalu murah dengan senyuman walaupun dia tahu hidup Miasara tidak pernah bahagia apabila tiada Datuk Abdullah Harris bersamanya. Arwah Puan Sri Tengku Zanariah sewaktu muda umpama mentua yang kejam. Kalau dia di tempat Miasara, mungkin selamanya dia akan membenci Puan Sri Tengku Zanariah. 

“Itulah kak long. Syikin pun bila mula-mula jumpa Esha dah agak….” Puan Nurasyikin kesat air mata yang mengalir.

19 comments:

  1. Assalamualaikum,
    hari2 dok refresh page ni..hehehe
    finally ada n3 baru...
    thanks ya writer....

    waiting for next n3...
    p/s-mlm ni kena baca balik b4 tido..hehehe

    (^_^)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe... maaf sebab lambat update iza :)

      p/s - baca apa sebelum tido tu? hehe :P

      (^^)v

      Delete
    2. Assalamualaikum,

      semoga sentiasa dalam lindungan ALLAH S.W.T

      hari2 kita dok refresh pg ni...kot2 la dah ada n3 baru...
      hehehe...

      sambung ya...

      p/s-tiap2 mlm b4 off laptop..baca dulu new n3 dkt blog ni..hehehe

      Delete
  2. alaa...sikitnya...nak lagi..sambung panjang2 yer..

    ReplyDelete
  3. best2..nak lagi...hari2 tggu..teruskan usaha iman =)

    ReplyDelete
  4. best2......cepat smbg n3 tau....xsabar nk th cite seterusnya.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha.. insya ALLAH.. terima kasih sebab baca emyliana ^^v

      Delete
  5. yeay...leceh gak eh prosedur nye...wah..kwen kt london..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe. aah leceh juga sebenarnya. susah gak diaorang nak kahwin ni. banyak halangan. huhu

      Delete
  6. hahaha sengih sorang baca n3 ni....cepat smbng....angau jugak cam abg iq hihihihihi

    ReplyDelete
  7. sweet je .. hehe sambung sambung :D

    ReplyDelete
  8. yeahhhhhhhhhhhhh..isha nak kawen ngan iq..xsabarnyeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee...
    love u sis imani..
    cepat2 publishkn sambungannye k... :)

    ReplyDelete
  9. bila dlm hati ada cinta.... semuanya nampak indah sahaja..... sweet je iq dgn isha ni...

    ReplyDelete
  10. wah...cepatlah update entry baru..excited nie..

    ReplyDelete
  11. baru samapi bab44part1 kn?cpt smbung kak..:D yana

    ReplyDelete
  12. cerita ni belum di bukukan lg ekkk.....best...sgt best

    ReplyDelete
  13. salam bila nak dibukukan rasanya dah bertahun cerita ni please terseksa menanti entry by entry please percepatkanlah hehehehe

    ReplyDelete