Cinta Semalam: Bab 46


“Doa mak long nak jumpa Esha termakbul juga sebelum tutup mata. Setiap hari mak long berdoa kamu semua selamat kat sana. Tapi mungkin ajal Sara macam tu…. Tapi Allah tak pernah kejam pada umat-Nya. Semua ni qada’ dan qadar Allah. Macam si Emir ni… umur dua tahun ayah dia dah meninggal. Mak long pun masa tu macam hilang arah… hilang tempat bergantung. Syukur ada Syikin dan Shah yang ambil kak long dia ni kerja. Mak long pula memang tak pernah bekerja. Berharap kat suami je. Belajar pun setakat darjah 6.” Terenjut-enjut bahu Mak Long Nuraini mengenangkan kisah lamanya. 

“Ish, sudahlah ibu.” Emir peluk bahu ibunya. 

“Kak long ni… janganlah ungkit pertolongan tak seberapa saya tu. Selama ni kak long juga yang banyak berkorban… hantar saya belajar sampai luar negara. Sampai bila-bila tak terbalas kak long.” Puan Nurasyikin terus duduk di sebelah Mak Long Nuraini. Kalau diikutkan mereka empat beradik. Tetapi abang kedua meninggal dunia sewaktu kecil kerana demam panas. Ibu pula meninggal dunia sewaktu melahirkan adik mereka yang keempat, dan tidak lama selepas itu ayah mereka pula menyusul kerana serangan jantung. Sejak itulah Mak Long Nuraini mengambil tugas membesarkan Puan Nurasyikin sehingga berjaya melanjutkan pelajaran di luar negara dan menjadi pensyarah di UIA. 

“Betullah tu. Mana pernah mak long kerja dengan kita orang. Mak long duduk sekali je dengan kami sambil tolong-tolong umi jaga kami yang nakal ni.” Iqram Zafriel tidak suka dengan kata-kata Mak Long Nuraini tadi. Mak Long Nuraini sudah dianggap seperti ibu sendiri kerana uminya sendiri agak sibuk di universiti dan papanya menguruskan syarikat. Dua tahun selepas Qisha lahir, barulah uminya bersara. 

“Kalau kamu dan Shah tak tolong kak long… manalah boleh mak long hantar Emir ni belajar tinggi-tinggi sampai jadi cikgu ni.” Dulu arwah suaminya hanya mencari rezeki di bendang sahaja. Dia pula hanya membuat kuih. 

“Janganlah menangis mak long. Kimy cerita tadi bukan nak suruh mak long sedih macam ni.” Hakimy serba salah. Dia mendongak pandang wajah adiknya. Tangan itu digenggam. 

“Macam mak long…. Esha pun bersyukur arwah daddy ambil kami jadi anak angkat. Janganlah nangis. Nanti Esha pun rasa nak nangis.” Jihan Raysha gigit bibir. 

Mak Long Nuraini dan Puan Nurasyikin tergelak kecil. Cepat sahaja mereka mengelap air mata. Encik Iqmalshah mengeluh lega. Dia menyerahkan Farisha yang masih tidur pada Elly. 

“Pandai Esha ugut mak long. Takutlah mak long buat hang sedih. Nanti mengamuk pula abang-abang hang.” Wajah Mak Long Nuraini kembali ceria. 

Hakimy ketawa. Tiba-tiba dia terlibat pula.

“Betullah! Sesiapa yang buat Esha sedih nanti… kena langkah mayat Kimy dulu. Kan Iqram?” Laju tangan Hakimy tepuk bahu Iqram Zafriel.

“Apa hal pula aku?” Gelabah Iqram Zafriel. 

“Kenapa Abang Iqram takut ni?” Sofiyya yang memahami maksud Hakimy sengaja menyakat apabila melihat reaksi Iqram Zafriel.

“Mana ada!” Iqram Zafriel ambil cawan di atas meja. 

“Oi… hati-hati….” Suara Emir terus tenggelam. Dia hanya menggeleng. 

“Auch!” Iqram Zafriel pegang bibirnya. 

“Terlupa Elly nak cakap kopi tu panas.” Elly serba salah.

“Biarkan dia Elly. Pak lang duduk sini pun nampak kopi tu berasap. Entah apa yang dia fikir pun tak tahu.” Encik Iqmalshah menggeleng. 

“Nah!” Jihan Raysha menghulurkan sapu tangan dari dalam begnya. 

Iqram Zafriel pandang sapu tangan yang diberikan. Hatinya berbunga-bunga terutama sekali apabila melihat sulaman cantik yang tertera perkataan JR. Terus dia kesat sedikit bibirnya sebelum tangannya mencari tisu. Sapu tangan itu segera disimpan di dalam poket seluar. Dia tidak sedar dirinya diperhatikan seisi rumah yang sudah tersengih-sengih. Hanya Jihan Raysha sahaja yang tayang muka tidak puas hati. 

“Sapu tangan Esha tu bersihlah. Baru guna lap mulut sikit je tadi. Bagi balik kat Esha. Kenapa simpan pula?” Jihan Raysha tepuk bahu Iqram Zafriel. 

“Takpelah. Biar Abang Iqram basuh dulu.” 

“Ada apa-apa ke ni?” Mak Long Nuraini berbisik pada Puan Nurasyikin. Tetapi seperti satu rumah pula boleh dengar.

“Amboi mak long… nak mengumpat pun… perlu ke pasang speaker?” Iqram Zafriel cepat memintas. 

“Tak lama lagi ni… merasa makan nasi minyak lah kita kan?” Giat Emir pula. 

Hakimy ketawa kuat. Dia tepuk paha Iqram Zafriel. Satu pandangan dilontarkan yang membuatkan Iqram Zafriel yang mahu membalas usikan Emir tadi terhenti. 

“Err… mak long dah makan?” Cepat Iqram Zafriel ubah soalan. 

“Hah?” Mak Long Nuraini nampak terkejut sebelum segera dia melebarkan senyuman.

“Pandai betul sekarang dia lari topik kan?” Emir masih mahu mengusik Iqram Zafriel. Inilah pertama kali dia melihat lagak Iqram Zafriel seperti tadi. Sudah jatuh cinta ke dengan gadis comel berambut berwarna perang muda kekuningan ni? 

“Dah tengah hari ni. Iqram lapar.” Iqram Zafriel tidak mempedulikan kata-kata Emir tadi. Dia pegang perutnya itu. Sempat dia mengintai memandang Jihan Raysha yang tayang muka blur. 

“Mak long musykil juga… macam mana kamu ni boleh kurus macam ni. Agaknya kalau mak long ikut kamu pergi negara dulu… mesti kamu besar dengan Emir kan?” Dulu Iqram Zafriel memang agak berisi tetapi tidaklah terlalu nampak gemuk kerana dia tinggi. Sejak menyambung pelajaran di Princeton University, memang diet hariannya terus berubah dan dia selalu menghabiskan masa di gym. 

“Amboi ibu. Kutuk anak sendiri.” Terus Emir bersuara. Langsung tidak berbekas dengan kata-kata emaknya. Dia sedar badannya agak besar. Elly pula kecil molek. 

Mak Long Nuraini tersengih.

“Itulah mak long. Hari tu patutnya Iqram booking mak long awai-awai. Boleh kita pusing Eropah sama-sama. Macam honeymoon. Confirm Iqram tak kurus macam ni. Iqram kurus ni sebab rindukan mak long tau.” Terus muka Iqram Zafriel berubah sedih. 

“Kamu baru sampai dah loyar buruk!” Mak Long Nuraini tarik muka masam. 

Seisi rumah tergelak. 

“Kamu semua pergi mandi dulu. Nasib baiklah rumah ni dah tambah bilik. Kalau tak… memang mak long suruh Iqram tidur reban ayam je. Kat situ banyak kosong!” 

“Sampai hati mak long. Sejak bila pula mak long buka hotel reban ayam ni?” Iqram Zafriel tarik sengih. 

“Budak ni!” Mak Long Nuraini yang kebetulan sudah berdiri terus menghampiri Iqram Zafriel. Telinga anak saudaranya itu ditarik perlahan.

“Sakitlah mak long. Mak long memang dah tak sayang Iqram sejak dapat cucu.” Iqram Zafriel sengaja menarik muka masam.

“Ya Allah… kalau kak long layan si Iqram tu… tak sembahyang kita zuhur.” Encik Iqmalshah akhirnya menyampuk. Dia faham sangat perangai anaknya yang suka mengusik kakak iparnya itu. 

“Dah pergi sembahyang! Dah masuk azan ni.” Suara Puan Nurasyikin meninggi. Dia tepuk bahu Iqram Zafriel dan Hakimy. 

“Dalam bilik tu ada bilik mandi. Yang perempuan tidur situlah ya. Bilik hujung sana Kimy, Iqram tidur. Tapi guna bilik mandi kat luarlah.” 

“Okay mak long!” Sofiyya menarik Jihan Raysha ke bilik yang ditunjukkan. Masing-masing hanya membawa beg galas sahaja. Puan Nurasyikin dan Encik Iqmalshah masuk ke dalam bilik yang selama ini mereka duduk setiap kali pulang ke Bagan Serai.

12 comments:

  1. best...lama nk tgu n3 br...:)

    ReplyDelete
  2. Dah lama ikuti cite ni...bila nak di bukukan, tak sabar dah ni nak tahu the whole story...moga cepat2 ya ----SZanariah

    ReplyDelete
  3. mmg lama citer ni......xsabar nk th kisah seterusnya....kalu dibukukan lagi best bertambah la koleksi...hehehe...:-)

    ReplyDelete
  4. hmmmm....lamanyaa bru ada n3...

    ReplyDelete
  5. Assalamualaikum imani,
    semoga sentiasa sihat selalu...
    wah buka2 page ni dah ada n3 baru...
    tima kasih ..hehehe
    nak lagi nak lagi..hehehe
    bilanya novel kuar...
    x sabar dah ni...
    masih tertanya2...konflik yang ada...
    so far semua ok2 jak kan..hehehe

    ReplyDelete
  6. Bezzzz...sis zara nak sambungannye lagiii..hohohi

    ReplyDelete
  7. Bezzzz...sis zara nak sambungannye lagiii..hohohi

    ReplyDelete
  8. yeayyy...xsbr nk bce part diperkenalkan kt office...

    ReplyDelete
  9. Bila nak kuar entry lagi...xcited bca..citer ni bestttt

    ReplyDelete
  10. I am Indonesian.
    I do not understand the language of malaysia.
    I understand most of the story.
    Can translated into English or Indonesian?

    ReplyDelete
  11. makin menarik , tertarik.. sambung lg .. tk sabar nk tggu diorg kawin ..

    ReplyDelete
  12. hi writer bila novel no akan release? dah kluar nnti bgtau cpt2 tau... n klu minta teaser nlh x? hehe...tq (ur new silent reader)... br beli n hbs bc cinta tak terucap... best.... good luck

    ReplyDelete