Cinta Semalam: Bab 47


SAYUP-SAYUP bunyi burung berkicauan. Selepas sembahyang asar tadi, Iqram Zafriel tiba-tiba mengajaknya ke bendang. Kebetulan Sofiyya yang tertidur selepas sembahyang zuhur masih belum bangun. Hakimy, Emir dan Farisha pula tertidur di hadapan televisyen. Bayi kecil itu seperti tidak kisah tidur di mana-mana sahaja walaupun bunyi televisyen agak bising. Tempat tidur Elly juga sudah dipindahkan kembali di dalam bilik mereka. Encik Iqmalshah dan Puan Nurasyikin masing-masing pergi melawat jiran bersama Mak Long Nuraini. 

“Cantik kan Esha? Kat London mesti takde pemandangan macam ni tau.” 

Jihan Raysha mengangguk. 

“Tapi kat sini lebih kurang macam kat Yonezawa. Esha pernah pergi dengan daddy masa cuti summer dulu. Lama dah…. Apa orang panggil rumput ni?” 

“Rumput?” Terus Iqram Zafriel melepas pandang pada Jihan Raysha sebelum dia ketawa kecil. Pokok padi dikatakan rumput? Nasib baik juga rumput, kalau hutan tadi? 

“Ini bukan rumput. Padi.” 

“Paddy?” 

“Depan Esha ni bukannya padang rumput yang tak potong rumput tu… sebenarnya ini padi. Jap!” Iqram Zafriel melompat turun dari pondok kecil yang diduduki mereka. Nasib baiklah dia memang memakai seluar pendek. Dia berjalan menghampiri beberapa orang pesawah. Selepas meminta kebenaran, dia mencabut salah satu pokok padi. 

“Apa ni?” Jihan Raysha mengambil pokok padi yang dihulurkan Iqram Zafriel. Lelaki itu pula membasuh kakinya dengan air yang agak bersih.

“Inilah pokok padi. Sebenarnya pokok padi ni paling banyak ada kat Kedah. Tapi Perak ni berjiran juga dengan Kedah.” Iqram Zafriel mengupas sedikit hujung pokok padi. Beberapa biji beras dikeluarkan. 

“Wow!” Jihan Raysha takjub. Memanglah dia pernah melawat Yonezawa yang juga mempunyai sawah padi, tetapi dia tidak berkesempatan untuk pergi dengan lebih dekat. Waktu itu dia masih bersekolah dan Encik Ebrahim membawanya bersama ke Jepun atas urusan kerja. 

Iqram Zafriel tarik sengih. Dia mencapai tangan Jihan Raysha. Gadis itu nampak tersentak sebelum bibirnya mengukir senyuman apabila biji beras tadi diletakkan di atas tapak tangan Jihan Raysha. 

“Abang Iqram ada belajar juga. Kalau dalam bahasa Inggeris, sebutan untuk perkataan rice ni boleh membawa maksud banyak benda. Nasi. Beras. Pulut. Tapi dalam budaya kita, disebabkan makanan utama kita nasi, ada banyak perkataan untuk perkataan nasi je. Nasi tu hanya bawa maksud nasi yang dah kita masak. Tapi kalau belum masak, kita panggil beras. Sticky rice untuk pulut.”

Jihan Raysha mengangguk. Dia melepas pandang pada Iqram Zafriel. Dia perasan, walaupun Iqram Zafriel kadang-kadang sangat suka menyakat, tetapi lelaki ini sabar sahaja melayannya terutamanya apabila banyak perkataan dalam bahasa Melayu yang dia tidak pernah dengar ataupun tahu. Memanglah dia fasih berbahasa Melayu, tapi banyak juga kosa kata yang dia tidak tahu. Walaupun dia juga fasih berbahasa Inggeris, ada juga kosa kata yang dia tidak tahu.

12 comments:

  1. love u sis..yeah terubat rindu kat isha n iq

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahha... sory zara. lambat sesangat update :P

      Delete
  2. wah.. setelah lma2 tertunggu.... tahniah cik writer

    p/s: nak request new n3 cpat2 yer

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih fatiah ^^
      InsyaAllah... sy pon nak cepat2 habiskan..

      Delete
  3. Assalamualikum imani,
    semoga sentiasa sihat walafiat disamping keluarga,
    semoga segala yang dirancang berjalan dengan lancar,

    terima kasih utk new n3 ni...
    ada tugas lain ek...hehe...
    xpa2..buat yang patut dulu...semoga dipermudahkan olehNYA

    saya tunggu kemunculan novel ni..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumussalam Iza...
      Terima kasih.. harap iza pon sama...
      Aaah bnyk sngt benda lain kena uruskan dulu..
      Insya Allah... dgn harapan tinggi Cinta Semalam akan jadi novel. tunggu ye ^^

      Delete
  4. aidan dah muncul kembali...... apakah yg akan terjadi?????

    ReplyDelete
  5. Akhirnya tunang jgk diorg kn... Lepas ni mesti ada krisis tentang aidan pulak... keep it up sis :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Tau Shira mesti tunggu diaorg tunang. Timekasih Shira ^^

      Delete
  6. dah lama tunggu entry nie . thanks . takpa . biarkan lambat asal siap :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terimakasih Pashi sebab faham... huhu... memang stress jugak sebenarnya

      Delete