Cinta Semalam: Bab 48


“Tadi Abang Iqram pergi mana?” 

“Bila” Berkerut dahi Iqram Zafriel.

“Lepas zuhur tadi.”

“Oh!” Terus Iqram Zafriel melemparkan senyuman hambar. Tempat wajib yang akan dia ziarah setiap kali pulang ke kampung. 

“Pergi mana?” Jihan Raysha bertanya lagi.

“Pusing-pusing kampung.”

“Bawa jag air?” 

“Kalau dahaga boleh minum.” Iqram Zafriel tarik sengih. 

Jihan Raysha pandang lama wajah Iqram Zafriel. Dia tahu lelaki itu berahsia kerana selepas pulang dari pusing-pusing kampung, dia perasan mata lelaki itu merah. Tetapi waktu itu dia tidak mahu bertanya banyak kerana Iqram Zafriel seperti tidak mahu menceritakan apa-apa. 

“Abang Iqram kerja apa ya?” Soalan lain pula terlontar. 

Iqram Zafriel berpaling. Pelik dengan soalan Jihan Raysha.

“Kontraktor?” 

“Tapi Esha tengok… keluarga Abang Iqram macam kaya je,” balas Jihan Raysha. Dia belum lagi masuk ke dalam rumah Iqram Zafriel yang tidak jauh dari rumah agam papanya, tapi dia sedar rumah keluarga Iqram Zafriel agak besar walaupun terselindung dengan pagar tinggi. 

Iqram Zafriel ketawa. 

“Cuba Esha define perkataan kaya tu,” suruh Iqram Zafriel. 

“Hmm… kayalah! Kereta mahal. Rumah besar.” 

“Esha kat London pakai kereta apa?” 

“Hmm… Volkswagen.” 

“Wow, seriously? Esha ke beli?” 

“Arwah daddy hadiahkan. The Beetle, warna kuning.” Jihan Raysha tarik sengih.

“Look! Who’s richer now? Abang Iqram beli sendiri kereta guna duit sendiri. Sebelum tu pinjam kereta papa atau kakak je.” 

“Hmm… tapi Esha tengok Abang Iqram memang macam kaya je.” Jihan Raysha masih tidak berpuas hati. 

“Abang Iqram tak kaya. Kami sekeluarga cuma berjaya cari peluang yang ada. Bukan senang golongan bumiputera nak berjaya sebab kena banyak bersaing. Sekarang Abang Iqram dan Kak Tasha bantu papa teguhkan lagi apa yang arwah atuk bangunkan. Nad pun papa suruh mula dari bawah macam Abang Iqram dan Kak Tasha. Pernah kerja beberapa tahun kat AS sebelum balik Malaysia. Balik sini pun Abang Iqram kerja dulu dengan syarikat orang lain. Bertatih nak ambil lesen kontraktor. Bila papa Abang Iqram kena serangan jantung dua tahun lepas, barulah Abang Iqram berhenti kerja dan ambil keputusan bantu papa dan Kak Tasha. Berbeza dengan Kimy… habis belajar dia terus kerja dengan Uncle Harris. Tapi walaupun dia muda tapi dia dah buktikan dia boleh uruskan Mega Hotels and Resorts, kan?” 

Jihan Raysha mengangguk. Abang kembarnya itu memang bertanggungjawab dan tidak merungut, dan Najmy pula dengan kerjayanya sebagai doktor. 

“Okay. Cuba Esha define perkataan kaya tu,” suruh Iqram Zafriel sekali lagi.

“Rumah besar. Duit banyak.”

11 comments:

  1. wah, sape la yg ugut isha mcm tu...slalu2 la post cite ni writer..hehe..thanks...:)

    ReplyDelete
  2. wah.....semakin menarik citer ni...thanks writer sbb post kan bab ni....sbb dh lama tgg n3 seterusnya

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum imani,

    semoga sihat2 hendaknya disamping keluarga...

    busy ek?...almost a month br ada entry..

    xpa2..buat jerja yg menjadi keutamaan dulu...

    terima kasih untuk entry kali ni...

    memang full of surprises..hehe

    teruskan ya...

    ReplyDelete
  4. uittt seram..gila lah... sapa lah pye angkara nie...ish

    ReplyDelete
  5. sapelah yg buat ugutan tu...... memang menyeramkan....

    ReplyDelete
  6. salam..agak2 bila ye nk kuar novel..x sabo nk tau ending..

    ReplyDelete
  7. Seram tengok gmbar tu, mcm kenal je kartun apa tu.. hehe.. go on, cpat siapkan novel kak....:)))

    ReplyDelete
  8. sis... tak sabar nak thu smbugn cite ni... gud luck k...hihihi

    ReplyDelete
  9. rasanye mesti tu suzana kan...

    ReplyDelete
  10. bila nak ada n3 baru??? ke nak keluar novel da?

    ReplyDelete
  11. 2015 - bila nk keluar novel ni T_T
    ke dah keluar... saya je yg X tau T_T
    dok ulang baca byk kali dah ni.... sangat BEST cara penyampaian ImaniHatta T_T

    ReplyDelete