Cinta Semalam: Bab 49


“Jadi keluarga angkat Esha tak kaya ke? Pagi tadi Esha tunjuk rumah daddy Esha tu… nilai rumah tu dah berjuta dolar. Setahu Abang Iqram property paling mahal dalam dunia ni kat London. Lagipun Abang Iqram tahu daddy Esha ada syarikat sendiri kan walaupun hanya bekerja dari rumah?” 

“Rakan kongsi daddy, Uncle William uruskan syarikat… daddy memanglah arkitek yang bekerja dari rumah… tapi kadang-kadang pergi syarikat tu juga bila perlu. Kadang-kadang jumpa klien dengan Uncle William.” 

“Kenapa Esha tak join sekali macam Danny?” 

“Esha tak minat.” Jihan Raysha tersenyum.

Iqram Zafriel tarik nafas. 

“Kaya ni luaran je Esha. Keluarga kandung Esha lebih kaya dari keluarga Abang Iqram. Tapi kalau Esha perasan, keluarga kita berkawan lama bukan sebab tengok harta ni. Kalaulah dibandingkan dengan harta… Abang Iqram ni memang tak layak langsung kawan dengan Esha… dan mungkin tak layak langsung berkawan baik dengan Kimy dan Jimy. Do you understand?” 

Jihan Raysha mengeluh. Tiba-tiba hidupnya terasa complicated. Hidupnya bukan fairy-tale. Dia sudah bersyukur bila Allah menemukan dia dengan Encik Ebrahim. Dia tidak pernah mengharap berjumpa dengan keluarga kandungnya, malah jauh bermimpi keluarga kandungnya kaya raya.

“Rasulullah SAW sendiri suruh umatnya berniaga. Sembilan daripada sepuluh sumber rezeki boleh dapat melalui perniagaan. Tapi Abang Iqram tak nafikan… macam Uncle Harris teruskan legasi moyang Esha. Abang Iqram pula cuba teruskan legasi atuk Abang Iqram. Ada yang dilahirkan miskin. Ada yang dilahirkan senang lenang. Tapi yang miskin boleh jadi kaya. Yang kaya boleh jadi miskin. Sebelum atuk dan papa Abang Iqram nak berjaya, banyak kali terjatuh. Banyak benda perlu kita korbankan. Cuma macam padi… semakin berisi semakin tunduk. Yang pasti… walaupun kita semakin kaya… jangan sombong sebab penghujung kehidupan manusia ni mati. Bila kita mati, mayat kita tak boleh berjalan sendiri masuk kubur. Jadi jauhkan sikap sombong tu.”

Jihan Raysha terkesima. 

“If you display arrogance, you may turn people off, lose potential opportunities and hurt your reputation. It’s okay to be confident but not arrogant.” Jihan Raysha teringat pesanan Encik Ebrahim. 

“Betul. Kita kena pandai bezakan dua benda tu.” Iqram Zafriel tersenyum.

“Berbalik pada kaya tadi… semua tu usaha kita. Tak mustahil kalau Abang Iqram hanya tahu habiskan harta papa, harta tu habis juga. Tak mustahil juga… kalau Abang Iqram pandang rendah pada yang lebih susah pada Abang Iqram… Abang Iqram sendiri akan jadi macam tu.”

“What goes around comes around.” 

“Pandai.” Iqram Zafriel tarik sengih. 

“Abang Iqram. Nak tanya sikit.” Tajam renungan Jihan Raysha padanya. 

“Apa?” 

“Dari semalam lagi Esha nak tanya sebenarnya. Esha pelik dengan bahasa keluarga mak long. Bahasa Melayu ke tu? Auntie Syikin pun macam guna bahasa yang sama. Tapi bunyi pelik. Esha kadang-kadang tak faham. Tapi Esha pura-pura faham.”

Iqram Zafriel terlopong sebelum perlahan-lahan bibirnya mengukir senyuman.

“Kelakar ke soalan Esha ni?”

Iqram Zafriel menggeleng tetapi mengangguk pula. Dia ketawa akhirnya.

“La… patutlah muka Esha Abang Iqram tengok macam ayam berak kapur. Blur semacam. Tak faham ke sayang? Kenapa tak bagitahu awal-awal. Nanti Abang Iqram terangkan.”

“Maksud ayam berak kapur tu apa? Berak?” Jihan Raysha tayang lagi muka blur. 

Meletus terus ketawa Iqram Zafriel. 

“Dah puas gelak pada Esha. Muka Esha macam clown ke?” 

Iqram Zafriel ketap bibir. 

“Sudah. Esha tolong jangan buat lawak lagi. Soalan Esha tadi kita postpone. Nanti Abang Iqram jawab. Abang Iqram dah cuba kawal perasaan ni.” 

“Jadi?” Jihan Raysha tidak puas hati diketawakan. 

“Sebenarnya keluarga mak long guna bahasa Melayu Banjar. Bukanlah macam bahasa baru… tapi pada loghat. Loghat dan dialek ni lebih kurang maksudnya. Nak terangkan lebih-lebih pun, Abang Iqram dulu belajar Civil and Environmental Engineering, bukannya sastera. Tapi dari apa yang abang belajar masa sekolah dulu… macam tu lah. Moyang-moyang Abang Iqram sebelah umi dulu asal dari Jawa. Rasanya mak long je yang fasih bahasa Melayu Banjar ni. Tapi kami faham jugalah apa mak long cakap.” 

Berkerut dahi Jihan Raysha . Dia langsung tidak faham.

“Esha tahu kan maksud dialek?”

Jihan Raysha mengangguk.

“Bahasa yang digunakan untuk sesetengah tempat.”

“Kalau kat Malaysia ni… kalau Esha pergi banyak lagi tempat… ada banyak lagi dialek yang Esha akan dengar. Abang Iqram sendiri tak tahu sangat. Tapi kalau dengar tu… faham juga. Macam arwah daddy Esha, kalau arwah dibesarkan di Kelantan, mungkin arwah pun tahu dialek Kelantan. Dalam Kamus Dewan, kosa kata dialek Kelantan paling banyak yang ada. Masa kita di Cherating hari tu, Esha mesti perasan kan Pak Cik Alif dan Mak Cik Faridah cakap Melayu, tapi macam ada tambah huruf ‘g’ je kat belakang tu.”

“Betul.” Jihan Raysha mengangguk laju. 

“Macam arwah daddy Esha cakap, kita boleh sebarkan budaya kita melalui bahasa. Bahasa Melayu ni unik sangat. Bahasa Inggeris pun sama. Kalau di AS, mungkin sebut perkataan tu, tapi maksudnya lain. Macam bahasa Melayu juga, kalau belah utara, ‘roti’ tu bawa maksud ‘biskut’… tapi tempat lain biskut tetap biskut. Kalau di AS, dia orang panggil cookie, tapi kalau di UK panggil biscuit. Macam Esha… Esha guna dialek Cockney kan?” 

“Eh, Abang Iqram perasan?”

“Mestilah. Dialek ni kan unik. Hanya ada di London. Kalau tak silap East London. Abang Iqram pernah tengok cerita My Fair Lady….”

“Audrey Hepburn berlakon?” Mata Jihan Raysha bercahaya kerana teruja. Walaupun cerita lama iaitu pada tahun 1964, selalu juga dia dan arwah daddy menghabiskan masa bersama-sama menonton cerita itu. 

“That is right, sayang. Macam itulah Malaysia…. Esha ada darah Melayu. You should know about it. Takpe. Abang Iqram sudi belajar dan ajar Esha.” Iqram Zafriel tarik sengih. Dia sudah lama sedar akan penggunaan bahasa Inggeris Jihan Raysha. Selalunya gadis itu akan membuang abjad ‘g’ pada akhir perkataan dan abjad ‘h’ pada awal perkataan. Itu merupakan perbezaan yang ada pada dialek Cockney.

“Bila datang Malaysia ni… Esha cubalah cakap macam biasa, but it’s difficult.”

“Hah.. macam itulah perasaan orang yang guna dialek ni Esha. Lidah dah terbiasa. Kalau cuba guna bahasa baku, mesti pelik bunyinya Kalau dialek utara. Suka tambah abjad ‘q’ kat belakang perkataan,” balas Iqram Zafriel. 

Jihan Raysha melepas pandang pada mata redup hazel Iqram Zafriel. Rasanya baru hari ini rambut Iqram Zafriel agak berserabut. Lelaki itu pandai menjaga penampilannya.

Iqram Zafriel telan air liur. Jantungnya berdegup kencang setiap kali gadis itu merenungnya. Seperti terkena panahan. Sukar dia mengalihkan matanya. 

“Kenapa Esha?”

Jihan Raysha menggeleng. Malu kerana jauh pula dia termenung memandang lelaki di sisinya. Dia sedar semakin lama dia semakin ‘senang’ dengan lelaki ini walaupun tidak lama mereka bersama. 

“Esha duduk sini jap! Abang Iqram nak pergi tandas hujung sana” 

“Tak boleh tunggu sampai rumah ke? Dah nak maghrib ni.” 

Iqram Zafriel menggeleng. Memang dah tahan sangat nak membuang air kecil. Itulah banyak sangat minum air. Dia usap rambut Jihan Raysha sebelum dia segera berlari ke tandas berdekatan. Tandas kecil yang dibuat daripada papan dan memang disediakan untuk pesawah. Hampir semua pesawah sudah pulang. 

“Cepat sikit Abang Iqram.” Tiba-tiba hatinya berasa tidak senang.

8 comments:

  1. Kikiki.. nampaknye ade yg da mula cemburu... hihihi
    Tak sabar nak thu smbungannye... kiki

    ReplyDelete
  2. Kikiki.. nampaknye ade yg da mula cemburu... hihihi
    Tak sabar nak thu smbungannye... kiki

    ReplyDelete
  3. i lke it..i like it..iqram n harlina..wooo..saya ikut jeles. iman, plzzzzzz sambung cpt2...

    ReplyDelete
  4. Ish Iqram ni... nk kena ya. dah la tunang ada kat sebelah mata dok perhati kat bekas tunang. what do you think if Isya looked at her ex like that too. :D Dah la tu tak kenalkan Isya sbg tunang lgtu. Belasah ja Iqram tu Isya. he... :D

    ReplyDelete
  5. continue please..

    ReplyDelete
  6. best tp xde sambungan lg ke?? akan kuar di pasran ke novel nie?

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum imani,

    menanti next entry..hehehe

    ReplyDelete