Cinta Semalam: Bab 50


“SORRY!” 

Dahi Jihan Raysha berkerut. Dia pegang dahinya yang terasa panas. Sakitnya! Jihan Raysha meraba batu sebesar ibu jari yang terjatuh di atas ribanya.

“Awak tak nampak ke saya kat sini?” 

“Boleh cakap Melayu?” Lelaki sederhana besar di hadapannya kini nampak terkejut. Dia terus duduk di sebelah Jihan Raysha. Dahi Jihan Raysha yang sudah biru dibelek. 

“Apa ni!” Jihan Raysha tepis tangan kasar itu. Sudahlah muka pun dekat sangat sampai boleh rasa hembusan nafas yang kuat itu. Memang dia tahu lelaki itu baru lepas berlari kerana tadi dia perasan lelaki itu sibuk membaling sesuatu di tepi sawah. Tetapi entah bagaimana batu yang dibaling terkena zink dan melantun ke arahnya. Dia memang tidak sempat mengelak. 

“Sorry. Saya nak tengok luka awak ni. Nasib baik tak berdarah. Awak ni siapa?” 

Jihan Raysha menjauhkan diri daripada lelaki di sebelahnya. Sudahlah dia tidak selesa kerana badan lelaki itu agak berbau. Baju juga kotor dan koyak. Rambut yang panjang diikat tinggi. 

“Hmm….” Jihan Raysha pandang tandas yang dimasuki Iqram Zafriel tadi. Dia betul-betul tidak selesa. 

“Saya Shahrul. Saya tak pernah nampak pun awak sebelum ni. Pandai awak cakap Melayu.” Shahrul tersengih-sengih. Tangannya cuba mengutip batu dari atas riba Jihan Raysha. Tetapi sekali lagi cepat sahaja ditepis gadis itu. 

“Saya nak batu saya.” Suara berubah kasar. Sengihan tadi sudah hilang. Shahrul mendengus geram. 

“What are you trying’ to do?” Jihan Raysha terkejut apa Shahrul tiba-tiba menarik tangannya. 

“Hoi!” 

Jihan Raysha tersentak. Dia terus berdiri apabila tangannya dilepaskan. Segera dia menghampiri Iqram Zafriel yang sudah berlari menghampirinya. 

“Oh… kau rupanya!” Shahrul senyum mengejek. Dia perhatikan Jihan Raysha yang sudah ditarik oleh Iqram Zafriel.

“Esha okay?” Iqram Zafriel pandang lama wajah Jihan Raysha sebelum dia tersedar sesuatu. Dahi gadis itu dipegang. 

“Kau ke buat?” soal Iqram Zafriel menatap tepat wajah Shahrul yang sudah ketawa. Dia tarik Jihan Raysha supaya berdiri di belakangnya. Dia dapat rasakan badan gadis itu menggigil. 

“Mana aku tahu! Tanyalah isteri kau tu! Aku tak tahu pula kau dah kahwin. Dengan orang putih pula tu. Patutlah dulu kau putus tunang dengan adik aku.” Shahrul memeluk tubuh. Dia pandang wajah Iqram Zafriel dengan perasaan benci yang meluap-luap. 

“Kalau kau sentuh lagi isteri aku ni… nahas kau! Jom, balik Esha.” Iqram Zafriel tarik tangan Jihan Raysha. Menonong gadis itu mengikut langkah Iqram Zafriel yang tergesa-gesa.





21 comments:

  1. jdt : blur sungguh iqram nie....haihhh...

    ReplyDelete
  2. hbis kn kat blog please ,,

    ReplyDelete
  3. yeaaaa.... ada update baharu...

    terbaik la... Isha merajuk... mcm mne nk pujuk 2..

    btw, gud job cik writer.... mmg yang ditunggu2..

    p/s : kalo buat permintaan, habiskan dekat sini.. blh x?.. ^_^

    ReplyDelete
  4. Habiskan kat blog...please....please.....please....

    ReplyDelete
  5. blur btl igram ni..hahaha....hilang stress pagi-pagi ni..

    ReplyDelete
  6. asalamualaikum...please abiskan kat blog ar....please...

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum . Kak abis kan kat blog . Kalo eat buku lagi lame nak tunggu . Please please please. .

    ReplyDelete
  8. Novel lg bgs kot blh wat koleksi...hehe
    Apa2 pun yg penting boleh wat koleksi kerana cerita ni pun on of the best story

    ReplyDelete
  9. sis............... lame nye zara tggu smbungan pasal my isha ni tau.. hihih.. klo sis nak habis kan cite ni kat blog leh x zara nak mintak special request.. sis bukukan la cite ni.. t boleh zara beli dri sis.. hihi.. zara nak ulang2 bce la cite ni.. :)

    ReplyDelete
  10. Lama dah tungu entry baru

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum Imani
    Dah lama x update...
    Almost 5 months
    Akan tetap ditunggu...
    (^_^)

    Semoga sihat2 disamping keluarga

    ReplyDelete
  12. Kmi sentiasa mnunggu...hehe smbg cpat2 tau,,ermmm habis kan kat blog je lah :)x

    ReplyDelete
  13. Bila nak sambung??
    Lama gilak tunggu..huhu

    ReplyDelete
  14. assalamualaikum kak imani...
    sye suke cite ni..lain dr yg lain...

    i will support u kak...go..go..haha..

    keep on writing!!!

    ReplyDelete
  15. Cepatlah buat buku, pliz

    ReplyDelete
  16. sekarang 2016 - dah byk kali saya repeat baca KAU_PRINCESS_AKU_OK @ CINTA_SEMALAM ni.
    bila nak bukukan ni @imanihatta

    ReplyDelete

Back to Top