Cinta takt terucap (Bab 2)


RIUH RENDAH suara kawan- kawannya, Wati, Zahin dan Amir bercerita akan pertunangan pengarah muda mereka, AMMAR MIRZA TAN SRI MAHATHIR dengan seseorang yang tidak dikenali mereka semua. Wati, kawan baiknya sejak zaman universiti sibuk bercerita tentang hal itu. Semua benda yang diketahui, diluahkan terus. Teman lelakinya, Zahin ada juga menyampuk. Amir hanya diam membisu. Sekali- sekali mencuri pandang pada Suri Imani yang sibuk menaip mesej. 

Mereka berempat belajar di Universiti yang sama, kemudian memohon berkerja di Empire Construction. Suri Imani, Wati dan Amir bekerja sebagai arkitek. Zahin pula sebagai jurutera. Bukan dia tidak tahu Amir ada menaruh hati padanya sejak zaman universiti lagi, tapi ditolak Suri Imani dengan baik. Kemudian Amir bercinta pula dengan Erna. Salah seorang pelajar di universiti yang sama, tetapi dari jurusan yang berbeza. 

“Kau taip apa tu?” Wati tiba- tiba mengalihkan tumpuan pada Suri Imani yang sejak tadi, langsung tidak mengambil peduli dengan apa yang diucapnya. 

“Jadi dia dah bertunang?” soal Suri Imani. Sebenarnya dia hanya berpura- pura sibuk menaip mesej, sedangkan mesej tersebut tidak dihantar langsung. Dia malas mahu mengambil bahagian dalam gosip terbaru kawan- kawannya. 

“Baca ni,” majalah bisnes dihulur. Muka surat mengenai berita pertunangan Ammar Mirza dengan gadis pilihan keluarga ditunjukkan. 

WARIS EMPIRE CONSTRUCTION BERTUNANG

Besar gambar Ammar Mirza dan Tan Sri Mahathir. Hanya beberapa perenggan sahaja bercerita mengenai pertunangan yang dilangsungkan beberapa minggu lalu. Dia tersenyum sahaja. Dia lega kerana permintaannya untuk merahsiakan dirinya diterima baik oleh kaum keluarga Ammar Mirza. Pihak media juga tidak dibenarkan merakamkan gambar majlis pertunangan mereka. 

“Sedihlah kakitangan syarikat yang tergilakan dia,” ulas Suri Imani. 

“Tapi aku rasa dia dah berubah,” sampuk Wati. 

“Maksud kau?” Suri Imani pandang Wati.

“Aku rasa lepas dia bertunang, tak dengar dah cerita dia dengan mana- mana wanita.”

“Wati... aku nak tanya kau. Berapa kali dah Encik Ammar tu bertunang?” 

Wati terpinga sebelum jari- jarinya dinaik tinggi seoleh- oleh ingin mengira sebelum dia menggeleng laju. Suri Imani, Zahin dan Amir sudah tersengih. Mereka faham dengan maksud gelengan Wati itu.

“Aku tak sempat nak kira,” terlalu ramai bekas tunang Ammar Mirza. Ammar Mirza juga pernah dilaporkan bertunang tidak sampai seminggu. 

“Kita tunggu je lepas ni dia bertunang beberapa minggu pulak. Sekarang dah masuk tiga minggu kan?”

“Wow, aku ingat kau tak ambil tahu. Tapi kau lagi expert dari aku!” terus bahu Suri Imani dipukul lembut.

“Maksud kau?”

“Tak payah nak buat muka pelik macam tu. Kau boleh tahu berapa minggu dah mereka tunang, jadi kau ambil tahu juga hal pengarah kita tu,” balas Wati.

Zahin tersengih.

“Kau kenapa?” 

“Kau ada hati dengan dia ke?” soal Zahin.

“Gila!” merah padam muka Suri Imani. 

“Dia tunang dengan siapa?” Amir menyoal tiba- tiba.

“Entahlah.... aku sendiri tak sure. Aku tanya Sarah, setiausaha Encik Ammar tu. Tapi dia tu macam merahsiakan sesuatu je. Bukan aku tak tahu dia pun pergi majlis pertunangan Encik Ammar. Tapi langsung tak mahu buka mulut cerita. Dia hanya cakap...”

“Cakap apa?” kalut Suri Imani. 

“Kau kenapa?” pelik Amir dengan sikap Suri Imani. Jarang Suri Imani berminat dengan gosip- gosip melibatkan Ammar Mirza. 

“Entah. Kalut tak tentu pasal kenapa?” soal Wati pula. 

“Ke betul.... tekaan aku?” soal Zahin terus tersengih.

“Kau jangan nak merapu boleh tak Zahin. Wati cepat sambung,” arah Suri Imani. Rasanya Sarah sudah diberitahu supaya merahsiakan hal ini. Sarah mengenali Suri Imani. Pertama kali Sarah melihatnya dulu, memang melopong besar mulut Sarah. 

“Sarah kata.... tunang Encik Ammar tu cantik sangat. Putih. Tinggi. Kurus. Paling penting sekali.... bukan pure melayu. Dia cina campur melayu.. macam kau juga...” mata Wati terarah pada Suri Imani sebelum dia menggit bibir. Wajah Zahin dan Amir cepat dipandang minta simpati. Wajah Suri Imani sudah berubah. 

“Iman aku minta maaf. Aku tak sengaja,” ujar Wati bersalah. Dia tahu Suri Imani tidak suka dikaitkan dengan darah keturunannya. Bukan dia membenci kaum cina, sedangkan dia punya ramai kawan dari keturunan tersebut tetapi dia sukar untuk memaafkan mamanya. Jadi dia seakan membenci dirinya juga. Benci darah yang mengali dalam dirinya. 

“Tak sangka... zaman sekarang ada lagi jodoh ditentukan keluarga,” Zahin bersuara. Dia cuba mengalih topik perbualan. Dia tidak senang melihat Suri Imani yang sudah berubah muram. Wati pula dengan wajah bersalahnya. 

“Kau rasa kenapa Encik Ammar setuju?” Amir menyoal terus. 

Zahin angkat bahu. Dia tidak tahu.

“Mungkin sebab perempuan tu cantik,” teka Wati.

“Aku rasa sebab hartalah... mungkin kalau tak kahwin dengan perempuan tu, harta tak dapat ke dia,” agak Amir pula.

Wati tepuk dahi.

“Kau ni... ingat ini drama filem ke?” 

Amir tarik sengih.

“Ada kemungkinan,” Zahin urut dagu.

“Kau marah aku lagi?” Wati menyoal.

Suri Imani menggeleng. Dia tersenyum tipis.




4 comments:

  1. kenape ek..........setiap kali saya bukak.........lagu love story je dok main.......lagu best dah jadi xbest plak

    ReplyDelete
  2. bes la ... sweet gler rse...

    ReplyDelete

Back to Top