Cerpen : Kasanova Jalanan I

ditulis pada: 24 Disember 2012


FARHAMI ROSS buat muka pelik apabila dia dapat merasakan getaran dari dalam seluarnya. Dia serba salah. Dia melepas pandang pada Ariana di hadapannya. Dia dapat mengagak siapa yang menelefonnya pada waktu begini. Cuma dia terpaksa. Bukan selalu dia dapat berjumpa Ariana. Gadis itu jarang-jarang sekali balik ke Kuantan kerana sibuk di universiti. 

Darling, saya ada kelas.

“Awak mesej siapa?” 

Farhami tarik sengih. 

“Member saya.” 

“Siapa member awak tu? Ana kenal ke?” 

Farhami garu kepala. Dia menyimpan kembali iPhone di dalam poket seluarnya. Dia tersenyum lagi. 

“Ana tak kenal. Member pejabat saya.”

Ariana angguk kepala. Dia malas bertanya lagi. Tangannya lincah bermain dengan iPad milik Farhami. Dia masih belajar, jadi dia tidak punya duit untuk membeli barang mahal seperti ini. Walaupun sibuk di universiti, tetapi dia mencuri masa balik ke Kuantan. Jarang juga sebenarnya dia pulang ke rumahnya kerana dia terlalu aktif dengan persatuan. 

“Kosong memori iPad awak ni. Gambar-gambar pun tak ada. Awak bukan save dalam ni ke?” 

"Err... entahlah. Saya tak ganti lagi.” Dia menyeluk sekali lagi poket seluarnya. Dia menaip lagi tanpa memandang wajah Ariana. 

Ye awk. Saya dlm kelas. Awk phm tak?

“Lee ke?”

Segera Farhami mengangguk. Dia berkenalan dengan Ariana sudah lama. Sejak zaman universiti lagi. Dia senior kepada Ariana. Mereka mula bercinta apabila dia berada dalam tahun akhir. Bila dia habis belajar, dia menjadi cikgu di Kuantan. Dia juga berkenalan dengan Lee sewaktu dia belajar dulu. Cuma Lee bukan cikgu. Lee kini arkitek dan bekerja dengan ayahnya. Kebetulan syarikat ayah Lee juga di Kuantan. 

Awk ada kelas? Kat mana?

Farhami tarik nafas. SMS demi SMS dari Nurfida membuatkan dia resah. Dia pandang wajah Ariana yang sudah mencuri pandang iPhone miliknya. Dia tahu gadis itu curiga ditambah pula dengan mukanya yang penuh tanda tanya. Dia sendiri benci apabila dia gelisah, senang sahaja peluh membasahi dahinya. 

“Awak ni panas ke?”

Farhami angguk kepala lagi. Matanya liar memandang sekeliling East Coast Mall. Risau juga kalau sebenarnya Nurfida juga sebenarnya berada di sini. 

Awk kat mana ni?

Dia tahu Nurfida pulang ke Pekan. Gadis itu berasal dari Pekan dan mengajar di Kuantan bersamanya. Dia berkenalan dengan gadis itu kerana mereka berdua merupakan guru baru yang mendaftar masuk. Perwatakan Nurfida yang pendiam tapi ceria menarik hatinya. Walaupun dia tahu dia sudah ada Ariana, tetapi gadis itu jauh. Tak salah kan kalau nak mencari? Lagipun Ariana hanyalah teman wanitanya dan bukannya isterinya lagi. Kalau dia sudah berkahwin, dia sendiri boleh berkahwin empat. 

Awk ada kelas kat mana? Kita dah jarang jumpa kat sekolah. Awk jrg call dan sms sy. Kita pun dah jarang keluar. Knp? 

Dahi Farhami berkerut. Kenapa pula dengan Nurfida?

Awk tau sy dlm kelas. Nnt sy free kita keluar. Awk tak bleh fhm sy ke?

“Awak kenapa ni Fami? Dari tadi saya tengok macam cacing kepanasan ke? Panas sangat ke dalam ni? Lee kenapa? Dari tadi awk SMS dia?” pelik Ariana. 

Yup. Sy memang dah tak faham awk. Awk nak tahu tak knp?

Farhami mendengus membaca SMS Nurfida. Dia geram dengan sikap Nurfida. Kalau memang dia berada di dalam kelas, mustahil untuk dia membalas SMS dengan gadis itu lagi. Gadis itu tahu dia membuat kelas tambahan untuk mencari duit tambahan. 

“Lee ajak keluar lepas ni. Jom kita balik,” ajak Farhami.

Ariana mengangguk. Dia juga sudah bosan melepak di dalam KFC yang semakin dipenuhi dengan orang. Makanan mereka juga sudah lama habis. 

“Saya nak ikut?”

“Tak payahlah. Lagipun saya keluar dengan Lee je.”

Ariana mendengus. Dia cemburu sebenarnya dengan Lee yang selalu diutamakan Farhami sejak dulu lagi walaupun status dia adalah teman wanita Farhami. 

“Jom!” Farhami tarik tangan Ariana sebelum menggenggamnya. Dia tarik senyum. Dia tahu Ariana sudah mula merajuk. Tetapi sekarang fikirannya sudah mula berserabut. Nanti dia boleh melepaskan kemarahan pada gadis itu pula tanpa sebab. 

“Bagus betul kelas awak ni. Kelas ni khas ke untuk awak mengajar? Saya tak sangka anak murid awak terlalu… muda untuk budak sekolah rendah kan?” Suara sayup kedengaran. Farhami berpaling. Mulutnya sudah terbuka.

“Hi!” Wajah keruh Nurfida tersenyum. 

“Awak.”

“Hi!” Sekali lagi Nurfida menegur.

“Siapa ni Fami?” Pegangan tangan Farhami sudah dilepaskan. Ariana menjenguk pada gadis yang menegur Farhami. Dia sedar sejak tadi gadis itu dan kawan-kawannya asyik memandang ke arah mereka. Tetapi dia buat tidak peduli kerana mungkin perasaannya sahaja. Mereka masuk beberapa minit selepas dia dan Farhami membeli makanan dan duduk di kerusi belakang Farhami. 

“Siapa ni Fami?”

Farhami pandang Ariana. 

“Awak ni kenapa pucat tiba-tiba?” 

Farhami tidak mampu berkata. Dia tersepit. Kedua-dua gadis memandangnya tepat.

“Awak siapa?” Nurfida menyoal pula. 

“Saya?” Ariana pandang Farhami sebelum kembali memandang gadis yang nampak cantik dan ayu bertudung. 

“Saya girlfriend Fami. Awak siapa?”

“Saya kawan perempuan dia.” Bergetar suara Ariana. 

“Kawan perempuan?” Berkerut dahi Ariana sebelum dia perlahan-lahan merenung tajam Farhami yang sudah kembali duduk. Matanya sudah merah. 

***

"LEPAS tu? Apa jadi?” 

“Kau boleh agak kan apa yang dah terjadi.” Dia pegang rambutnya yang melekit kerana baru disirami air coke yang sejuk. Tubuhnya menggigil kesejukan. Dia memperlahankan penyaman udara dalam kereta Lee. 

“Kau jangan gelak boleh tak?”

Lee tutup mulut. Dia tidak sanggup memandang wajah Farhami lagi. Rupa lelaki itu memang teruk. Nasib baik hatinya lembut untuk mengambil Farhami yang menumpang kereta Ariana untuk keluar tadi. 

“Lepas tu dia orang cakap apa? Jadi sekarang kau dah break? Kau dah single?” 

Farhami pandang Lee sebelum mengeluh. Dia sudah kenal lama Ariana. Dia juga senang apabila bersama dengan Nurfida. 

“Kau lupa Zira ke?” 

Lee mengeluh.

“Bukan kau dah lama tak contact dia?”

“Tapi aku tak putus lagi dengan dia. Kadang-kadang ada juga aku call dia.”

“Kau call bila kau nak balik kampung?”

Farhami tarik sengih.

“Widad pula?”

“Dia pun dah lama aku tak jumpa. Dia dah nak habis dah kot belajar. Dia tu tenggelam timbul. Ikut mood aku nak melayan dia tu.” Terus dia menyeluk poket seluarnya. 

“Siapa?”

Farhami tarik sengih.

“Mida.”

Lee menggeleng. Dia kenal dengan Mida. Farhami mula bercinta dengan Mida kerana Mida merupakan kakak kepada anak muridnya. Selalunya bila Farhami datang ke rumah Mida untuk mengajar adik Mida, Mida juga ada. Pelik dia bagaimana Farhami dengan senang boleh menjadikan ramai wanita sebagai teman wanitanya dalam masa yang sama. 

“Mida nak apa?”

“Dia ajak aku keluar.”

“Bila kau nak berubah ni Fami?”

“Lepas kau berubah.”

“Aku berubah?”

Farhami mengangguk. 

“Selama ni aku nampak kau sebagai Lee. Kalau kau kembali menjadi Adileeya Nur Fitri, aku akan berubah. Nama kau punya perempuan, kau boleh tukar jadi Lee je?”

“Nama aku memang Lee. Kau tahu semua tu mustahil kan?”

Farhami angkat bahu.

“Nampaknya kau bertanggungjawab untuk aku berubah. Aku nak rambut kau kembali panjang. Bukan pendek dari aku. Tapi aku rasa kalau kau pakai tudung, kau lagi cantik kot. Macam kakak kau. Kalau kakak kau tu tak kahwin lagi, aku dah masuk jarum kot.” Tersengih apabila Lee sudah menjeling tajam. 

“Kalau kau berubah pakai baju kurung. Dah tak pakai baju kemeja, seluar dan tali leher. Jalan lembut sikit. Aku janji aku akan berubah.”

“Kenapa tiba-tiba kau jadi ustaz? Bukan kau ni kasanova jalanan ke?”

Farhami ketawa.

“Kau yang bagi gelaran tu kat aku. Nanti aku nak kau tarik balik kata-kata kau.”

“Tak payah nak berangan panjang Farhami Ross. Kau memang sesuai jadi kasanova jalanan tu. Semua perempuan kau sapu. Aku tak akan berubah. Ini diri aku. Kalau kau tak boleh terima, leave it.” Lee menekan minyak apabila lampu isyarat bertukar hijau. 

“Mamat yang selalu kacau tu… kacau kau lagi?

Lee mendengus. 

“Dia tu gila agaknya. Aku yang kacak ni, dia sibuk nak usha. Geli aku.”

Farhami ketawa kuat.

“Dia tu macam aku juga. Dia nampak kewanitaan kau, walaupun kau cuba lindungi dengan kejantanan plastik kau.”

“Tapi dia tu macam perogol. Aku tak suka betul dia sentuh-sentuh aku.”

“Apa yang dia cuba sentuh?” Berkerut dahi Farhami yang sudah melepas pandang pada bahagian badan Lee. Sewaktu mula-mula mereka berkawan dulu, dia pada mulanya menyangka Lee adalah lelaki. Tetapi bila membaca nama yang tertulis, sukar untuk dia percaya yang Lee adalah seorang perempuan. Memang kalau dia melihat Lee sebagai lelaki, dia tidak dapat nafikan Lee memang cantik untuk seorang yang dinamakan lelaki. 

“Kau tak payah nak scan badan aku. Dia tu suka melekat dengan aku.”

“Kalau dia buat lebih-lebih… kau beritahu aku. Kau kena sedar sikit. Walaupun kau tu ‘lelaki’ tapi kau tetap perempuan. Ingat tu.”

bersambung









7 comments:

  1. best! part 2 please~ hehe.

    ReplyDelete
  2. Interesting :D Cpt2 lah smbg ye :D

    ReplyDelete
  3. suka tengok header blog ni. simple yet meaningful. :) cerita best. teruskan berkarya!

    ReplyDelete
  4. best , mesti lee akn jadi lebih feminin nanti. part II :)

    ReplyDelete

Back to Top