Cinta tak terucap (Bab 5)


Suri Imani melangkah masuk ke dalam pejabatnya. Hari pertama bekerja di Empire Construction selepas bergelar tunangan Ammar Mirza dirasakan kacau bilau. Entah kenapa dia dapat merasakan semua orang sibuk bercerita mengenai dirinya. Memang semua orang sibuk bercerita mengenai dirinya. Dia tahu. Tapi bukan bercerita mengenai dirinya secara langsung tetapi mengenai tunangan Ammar Mirza. Dia betul- betul tidak suka akan perkara ini. Entah kenapa jauh di sudut hati dia tiba- tiba merasa menyesal kerana bersetuju menerima pertunangan ini dahulu. 

“Kau kenapa?” sapa Wati dengan kerutan di dahi. 

Suri Imani mendengus. Dia mengalih perhatian pada Amir, Zul dan Fazley yang sedang berbual di pantri. 

“Borak apa tu?” soalnya terus. 

Wati angkat bahu. Kakitangan lain sibuk dengan tugasan mereka. Due date untuk setiap tugasan semakin hampir. 

“Amir tak ada projek?” 

“Ada. Apa Encik Ammar nak dengan kau?” 

Suri Imani garu kepala. Dia duduk di tempatnya. Suis laptop dihidupkan. 

“Erm…. Cik Nisak mana?” panjang lehernya memandang bilik ketuanya yang terkunci. 

“Ada kat bilik dia. Hari ni bad mood sikit. Dengarnya dia pergi bilik Encik Ammar tengah hari tadi, entah apa yang berlaku. Dari tadi macam tu. Melenting tak tentu fasal. Aku pun nak gerun. Kau okey?” 

“Aku okey.” 

Dia tahu Cik Nisak menaruh hati pada Ammar Mirza. Sudah lama dia ketahui. Tapi peliknya, Ammar Mirza tidak pula memberi respon positif. Cik Nisak cantik, berkerjaya dan paling penting mereka sebaya. 

“Iman. Projek di Langkawi dah settle kan?” 

“Huh?” Suri Imani berpaling. Bulat matanya merenung Amir dan Zul yang tersenyum. 

“Muncul macam hantu. Terkejut aku.” 

Amir tarik sengih. Zul hanya mengangkat bahu. Wati pula sudah menapak menghampiri meja Suri Imani dan Amir. 

“Projek Langkawi?” Zul pula menyoal. 

“Dah siap minggu lepas. Kenapa? Projek di Cherating?” 

“20%. Aku baru dapat lulus cuti 2 minggu. Isteri aku nak bersalin. Aku cadangkan nama kau ganti aku. Okay?” 

Suri Imani garu kepala. Wajah Wati dipandang lama. 

“Aku ada banyak projek Iman,” cepat Wati memahaminya. 

“Encik Ammar nak apa?” Amir menyoal ingin tahu. 

Wati mengangguk. Dia juga sudah tertanya- tanya. Zul berkerut tidak faham. 

“Am… Encik Am nak…” Suri Imani bermain dengan pen. Wajah rakan-rakannya dipandang lama. Nak jawab apa? Tadi Ammar Mirza sudah memberi amaran. 

“Iman!!!” 

Tersentak mereka berlima. 

“Bom nuklear dah meletup,” perlahan suara Zul yang sudah perlahan- lahan berjalan kembali ke mejanya bila melihat Cik Nisak yang tak ubah seperti harimau belang yang ingin membaham mangsanya menghampiri mereka. 

Suri Imani gigit bibir dan tersenyum tawar. 

“Ambil ni. Saya nak awak ganti Zul sementara dia cuti. Projek ni perlu disiapkan secepat mungkin,” laju Cik Nisak bersuara. 

Suri Imani melepas pandang pada Amir dan Wati yang tercengang. 

“Kenapa terkulat - kulat lagi tu? Projek awak dah siap? This is big project. Awak sepatutnya bangga dapat join. Jangan ingat pandai ampu, boleh cepat naik pangkat. Usaha sikit,” kasar suara Cik Nisak. 

“Cik,” Wati berang. 

“Siapa ampu siapa?” merah padam Suri Imani. 

“Cik jangan tuduh sembarangan,” Amir pula menyampuk. 

Suri Imani sudah terpinga. 

“Amir, Wati. Pergi buat kerja. Waktu rehat dah lama habis. Company bayar gaji untuk buat kerja, bukan mengumpat…or pergi merayau bilik orang lain,” satu jelingan tajam hinggap pada Suri Imani. 

“You buat apa kat bilik Encik Ammar?” 

“Encik Am panggil,” pantas jawapan diberi. 

“Encik Am?” perkataan ‘Am’ ditekan. 

Suri Imani gigit bibir. 

“Kenapa Encik Ammar panggil?” 

“Erm….” Suri Imani garu kepala. 

“Iman. You dengar sini. You anak buah I. So, segala perkara you kena rujuk dulu kepada I. Rasanya you langsung tiada urusan dengan Encik Ammar. Urusan apa penting sangat sampai Encik Ammar cari you? Bila you kenal dia?” 

‘Tiga minggu lepas…” soalan itu hanya mampu dijawab di dalam hati. Dia sudah tunduk merenung lantai. 

“Cik Nisak,” suara Adele, setiausaha Cik Nisak kedengaran. 

“Apa?” tinggi suara Cik Nisak yang sudah berpaling memandang Adela. 

“Tan Sri Mahathir telefon,” berkerut- kerut wajah Adele. 

“Pass the line to my room,” kelam kabut Cik Nisak dibuatnya. Tidak pernah lagi Tan Sri Mahathir menelefonnya. 

“Tapi Cik Nisak… Tan Sri Mahathir dah letak telefon.” 

“Kenapa Tan Sri telefon?” Cik Nisak menyoal. 

Adela pandang wajah Suri Imani lama. 

“Tan Sri nak Iman datang ke pejabatnya sekarang. Dia tunggu.” 

“Haaahhh..???” 

Suri Imani garu kepala sebelum tertunduk memandang meja. Dia tahu hampir semua mata di dalam pejabat sudah terarah padanya. YA ALLAH… kenapa pula nak jumpa sekarang?





5 comments:

  1. hi..sy bru baca cite nie.. mmg best!! tp nape sy x leh baca bab 8? frust tol

    ReplyDelete
  2. Hye....sy pun br nak bace cite awk ni...best gak...tapi kenapa perlu bahasekan Ammar tu ngan nm penuh? Ade motif ke? tak leh panggil Ammar je ke?

    ReplyDelete
  3. xder ap2 motif..
    bley bezakan watak utama.. n smpingan jew :)

    ReplyDelete
  4. tgh bacer citer ni... suker... :-) baru terjumper blog ni.. thanks for this sweet story...

    ReplyDelete
  5. huhu.... sebelum nie saya pinjam dari kawan je novel cinta tak terucap nie tapi selepas dipulangkan balik rasa macam nak baca lagi, terus saya google dan jumpalah blog kak imani nie. Boleh dikatakan tiap2 hari saya baca cerita cinta tak terucap nie... hahahaha. Kalau boleh ditanya watak suri imani dalam novel nie menggambarkan akak ke??? huhu....
    jalan cerita cinta tak terucap nie best dan tidak membosankan, seronok!!!!

    ReplyDelete

Back to Top