Cinta Semalam: BAB 19


IQRAM ZAFRIEL mengeringkan rambutnya dengan tuala kecil sebelum menggantungnya pada hujung katil. Rumah rehat ini hanya mempunyai lima buah bilik. Satu bilik sudah digunakan oleh Mak Cik Faridah dan Pak Cik Alif. Sebuah bilik utama yang dikhaskan untuk Encik Iqmalshah dan Puan Nurasyikin. Tiga buah lagi untuk mereka adik beradik. Sebab itu ada dua buah katil untuk satu bilik. Biliknya pula menggunakan katil dua tingkat. Cadar sudah dipasangkan pada katil di tingkat bawah. 

Segar rasanya dapat mandi. Baju berwarna biru yang tertera perkataan ‘FAMILY DAY” disarungkan ke badan. Seluar pendek bermuda dicapai. Setelah bersiap dia bergerak ke katilnya. Dia sedar iPhone miliknya asyik bergetar sejak tadi. 

Where r u?

Iqram Zafriel tersenyum. Dia tahu Hakimy bukan bertanya akan dirinya, tapi Jihan Raysha. Hmm… hari ini dia telah ‘melarikan’ anak orang. Whatsapp kedua dibacanya pula. Whatsapp ini dihantar oleh Najmy pula. 

Kau kat mane?

Iqram Zafriel tersengih pula. Dia duduk di atas katil. Malas dia hendak membaca Whatsapp yang lain. Mungkin kandungannya adalah sama. Dia tahu dia perlu menelefon mereka. Beratus Whatsapp, SMS dan missed called dari dua beradik itu termasuklah ibu bapanya. 

“Woi, kau kat mana? Risau kami kat sini,” jerkah Hakimy. 

Pantas Iqram Zafriel menjauhkan telefon dari telinga. Dia menggeleng. Sakit telinga aku!

“Tak reti beri salam?” Sindirnya terus. 

“Assalamualaikum, cepatlah. Kau bawa lari mana Esha tu?” soal Hakimy tidak sabar. Encik Syazlan ada mencari Jihan Raysha di hotel, tapi tidak jumpa. Salam yang diucapkan tadi juga tidak bersemangat. Malas dia hendak bergurau dengan Iqram Zafriel. Najmy dan Puan Sri Tengku Zanariah yang berdiri di tepinya, sudah memasang telinga. 

“Jawablah. Aku called kau tak jawab. Apa kau buat hah?” 

“Aku mandi. Kau nak apa ni? Aku lapar. Nak makan.” 

“La... dari tadi aku tanya. Mana kau bawa lari Esha tu?” 

“Apa yang kau kisah. Ada kena mengena dengan kau ke?” Iqram Zafriel menyindir. 

“Kau jangan nak buat aku mengamuk Iqram. Cepatlah!” 

“Okay. Hmm, aku kat kampung aku.” 

Dahi Hakimy berkerut. Kampung? Kat mana? 

“Aku kat Cherating,” sambung Iqram Zafriel.

“Hah? Kau buat apa sampai situ. Balik sekarang!” Hakimy terkejut. Semakin kuat suaranya. Najmy sudah menghampiri abangnya. iPhone abangnya dirampas.

“Woi, kau kat mana ni?” 

“Aku kat Cherating.” 

“Kami pergi sana sekarang.” Najmy memberi kata putus.

Iqram Zafriel sedikit ternganga.

“Kau jangan jadi bodoh boleh tak? Aku bawa dia sini nak tenangkan fikiran. Dia yang tak nak ada kat KL tu. Kau datang sini, tak guna aku bawa dia datang. Biar dia tenangkan fikiran. Nanti kalau kau tiba-tiba datang sini, dia larikan diri balik UK. Mana kau nak cari? Nanti aku baliklah,” ujarnya.

Najmy terdiam. Hakimy ingin merampas iPhone semula tetapi dihalang Najmy.

“Kau jangan buat dajal kat dia,” pesan Najmy. 

Iqram Zafriel ketawa. Jahat sangat ke dia ni sampaikan Najmy perlu memberi nasihat. Rasanya dia tidak pernah lagi merosakkan anak dara orang. 

“Dia? Siapa? Kembar kau ke?” 

Najmy terdiam. 

“Jangan risau, Jimy. Kau kenal aku. Aku tak buat benda tak senonoh tu. Pak Cik Alif dan Mak Cik Faridah tidur sini. Hmm, dahlah tu. Aku nak sembahyang ni. Zohor dah nak habis. Kau tolong beritahu parents aku. Aku off telefon. Kat sini tak ada line sangat. Aku pun lupa bawa charger. Power bank pun tertinggal. Kalau nak contact, kau call rumah ni. Kalau tak tahu nombor, tanya parents aku.” 

“Hmm… Iqram. Jangan lupa tuam bibir Esha,” pesan Najmy perlahan.

Iqram Zafriel tersentak. Dia terlupa sebenarnya akan hal itu. 

“Okay.” 

Talian terus dimatikan dan telefon bimbitnya terus ditutup. iPhone disimpan di dalam laci. Walaupun telefonnya masih banyak bateri, tapi dia malas mahu berbual lebih lama. Alamak, 4.10 petang! Laju kaki Iqram Zafriel mencari sejadah. Tidak sampai seminit dia sudah mula bersembahyang.





6 comments:

  1. best tp dh lama menunggu n3, akhirnya dpt juga baca... harap2 lps ni, cite ni tk tergantung terlalu lama...hehehehe

    ReplyDelete
  2. oho..
    abang iq sayang isha ya

    ReplyDelete
  3. lagi-lagi yer... suka diorg... sweet jaa....

    ReplyDelete
  4. best2... bunga2 cinta bakal berkembang kot?..
    sambung lagi plss

    ReplyDelete

Back to Top