Akhirnya : novel cinta tak terucap :)

 
(terima kasih KAKI NOVEL) 



Seperti yang dijanjikan, akhirnya Novel Cinta Tak Terucap bakal dikeluarkan pada bulan Januari 2012.  Alhamdullillah. Terima Kasih semua atas sokongan semua. Jangan lupa dapatnya :)

Sinopsis

Ammar Mirza tidak pernah memberitahu Suri Imani akan perasaannya. Sekali sahaja Ammar Mirza meluahkan perasaan. Itu pun sekadar memberitahu bahawa dia menyayangi Suri Imani. Manalah Suri Imani tahu apa yang terungkai dalam hati Ammar Mirza. Dia bukan ahli nujum untuk mengagak apa yang difikirkan oleh Ammar Mirza. Tapi segala tingkah laku Ammar Mirza, kesabaran Ammar Mirza dalam melayannya… dia jadi buntu.


SURI IMANI SHAMSUL AZHARI. Permainan takdir. Dia ditakdirkan menggantikan tempat kakaknya hanya kerana janji papanya dulu. Masa depan terpaksa dikorbankan. Banyak sudah cerita dan kisah begini yang dia dengar mahupun baca, tapi dia tidak sangka dia menjadi watak utama. Siapa pula yang harus dipersalahkan?

AMMAR MIRZA MAHATHIR. Pelik. Dia tidak mempercayai cinta. Cinta sudah lama terkubur dalam dirinya. Sebagai anak lelaki tunggal, dia hanya mengikut kata- kata ibu bapanya. Sama seperti yang dilakukan oleh arwah abangnya dulu. Jodoh mereka ditentukan oleh keluarga. Dia menyangka hatinya sudah tertutup. Tapi pertama kali bersua dengan gadis kacukan itu, hatinya bergetar. Pelik bukan?

Barisan nama seperti Amir, Erna, Wati, Zahin, Ben dan ramai lagi menjadi watak penting dalam menghidupkan suasana ceria, gembira, sedih dan duka dalam hidup Suri Imani dan Ammar Mirza. Pelbagai onak duri, bahagia dan gembira sudah sebati dalam kehidupan mereka. Hidup bersama namun kata cinta masih samar untuk didengari.

Adakah bahagia mampu dimiliki di akhir cerita? “Perlukah cinta itu diungkap atau cukup sekadar perbuatan semata? Dapatkah cinta itu dipertahankan... tanpa ungkapan kata cinta?

SEMENANJUNG: RM 20.00  AHLI KN: RM 16.00
SABAH/SARAWAK: RM 23.00 AHLI KN: RM 19.00


Kalau nak beli.. boleh pergi laman web Kaki Novel 
ataupun
emel saya, imanihatta@rocketmail.com. Insya-Allah ada, sign dan hadiah misteri. Hehe ^^

Terima Kasih tak terhingga pada Kaki Novel kerana sudi terbitkan novel ni.





26 comments:

  1. yeah! x sbr nk tgu ;)

    btw singgah sini, http://malaysianonlineshopping.blogspot.com/ tq!

    ReplyDelete
  2. wargh!!!! bnyknye novel keluar next year ...x sbr nk beli

    ReplyDelete
  3. hihihi..
    tahniah dik..lmbt lg bulan 1 ni..

    ReplyDelete
  4. hah!! cepatnya order?? n KN bukak order.. hehehehe ok nak order jgak!! yay!!

    ReplyDelete
  5. woo... tahniah imani hatta!!! insyallah i will get it once.

    ReplyDelete
  6. alhamdulillah..akhirnya smpi gak ke penghujungnya...tggl dalam 2 mggu jer lagi..;)x sabar

    ReplyDelete
  7. siyesly mmg x sabar2 gile tunggu novel kak iman ni.. :D alhamdulillah,akhirnye berjaye gak kak iman settlekan novel ni..
    good job kak iman! :D

    ReplyDelete
  8. da selamat abis bace novel cinta tak terucap dalam masa sehari.
    congratulation kak iman,sy sangat berpuas hati ngn buah tangan akak kali ni. memang berbaloi menunggu... :)

    *kpd peminat novel cinta tak terucap, dapatkan segera ye koleksi anda... selamat membaca.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. timekasih banyak azzakiah atas sokongan ye. hahaha :)

      Delete
  9. tahniah Iman, novel Cinta yg tak
    terucap sudah ada dalam koleksi.
    citenya best...ada lagi ke cite
    novel yg lain. bila baca novel ni'
    bila lagi nk keluar dipasaran
    cite Iqram dn Isha pula macam ada
    hubung kait je...dh tak sabar nak
    tunggu pula keluar Iman yg lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih anor :
      aah! masa buat tu.. terkaitkan pulak lah. x boleh nak ubah dah :)

      Delete
  10. best sangat2...tahniah, baru dpt terus baca tak sabar2 hehehe...

    ReplyDelete
  11. Ada jual dekat bookstore tak? Tak pandai beli online:(

    ReplyDelete
  12. (," ..saya da baca,ini novel first yang saya baca dari penulis imani hatta.. cerita yang menarik.. tahniah.. insyaAllah saya akan mengikuti perkembangan imani hatta.. ",)

    ReplyDelete
  13. Cinta tak terucap antara novelyang dah ada dalam koleksi saya. Jalan cerita yang menarik..teruskan berkarya!

    ReplyDelete
  14. Sy dh baca novel ni. Best sgt. Jalan cerita yg menarik. teruskan berkarya :)

    ReplyDelete
  15. memang best la novel ni..suke sangat2..:)

    ReplyDelete

Back to Top