Cinta Semalam: Bab 33


“SO, dah ubah penampilan ke?” soal Hakimy tersengih. Sudah lama dia hendak menegur sebenarnya. Berbeza betul Jihan Raysha sewaktu kali pertama dia berjumpa dulu. Patutlah dia langsung tidak ingat akan gadis ini. Dulu Jihan Raysha tidak memakai cermin mata. 

Jihan Raysha tersengih.

“Agaknya kalau Esha tak pakai cermin mata dan contact lens, Abang Kimy perasan tak?”

“Entahlah. Abang memanglah tak tahu muka Esha. Nak bayang pun, memang tak terbayang. Kan Jimy?” 

Najmy mengangguk. 

“Tapi… kalau abang tengok mata biru tu, mungkin akan syak sikit Esha ni memang adik kita orang walaupun nama ayah lain. Yalah… kalau ikut masa baby, Esha memang dilahirkan dengan mata warna biru.” 

“Dah habis makan ke ni?” Jihan Raysha ubah topik perbualan. Kedua-dua abang kembarnya sudah meletakkan sudu dan garpu di atas pinggan. Kedua-dua pinggan mereka sudah kosong. Cafe dalam Mega Hotels and Resorts masih tidak putus-putus dengan pengunjungnya. Pelbagai jenis makanan dihidangkan secara bufet pada waktu tengah hari. Menu ala-ala kampung menjadi pilihan kebanyakan tetamu. Hakimy dan Najmy juga memilih menu yang sama. 

“Esha tak habis?” soal Hakimy. Baru dia sedar makanan dalam pinggan Jihan Raysha masih banyak. Pelbagai jenis sayur berada dalam pinggan Jihan Raysha. Hanya seketul ayam sahaja yang terselindung di sebalik sayur-sayur tersebut.

“Esha nak rasa makanan ni juga. Tapi bila makan tadi rasa pelik.”

“Tak sedap ke? Nanti abang boleh complaint pada tukang masak,” ujar Hakimy terus. Dia tahu Jihan Raysha mengambil ayam masak lemak. Sayurnya pula pelbagai jenis. Jadi tidak hairanlah rasa ‘pelik’ itu boleh muncul. 

Jihan Raysha menggelengkan kepalanya.

“Sedap. Tapi Esha tak pernah makan.”

“Tak pernah? Bukan daddy Esha orang Melayu?” pelik Najmy. Masih banyak lagi tentang adik perempuannya tidak diketahui.

Jihan Raysha tersenyum.

“Arwah daddy kan membesar kat rumah anak-anak yatim. Sambung belajar kat London pun masa muda. Lepas tu terus kahwin dengan Auntie Sabrina. Selama ni Neyneck Martha je yang ajar daddy masak. Setakat kari je neyneck tahu masak. Tomyam pun rasanya orang lain yang ajar. Tapi sedap.” 

“Pelik dengan Esha sebut nenek tadi,” ulas Najmy. 

Hakimy mengangguk laju. 

“Daddy pun ada cakap. Tapi daddy cakap lidah kami ni lidah British… sebab tu bunyi pelik sangat,” balas Jihan Raysha. 

“Alhamdulillah… Esha ada daddy, nenek dan atuk kan? Allah ambil mummy dan bagi tiga orang lagi yang boleh sayang dan jaga Esha dan Abang Danny. Mungkin tak boleh ganti arwah mummy kita, tapi Abang Kimy tahu… mereka bertiga tu mesti terbaik kan?” 

Jihan Raysha terkedu. Dia pandang wajah Hakimy sebelum mengangguk.

“Atook Josiah dan Neyneck Martha memang layan Esha dan Abang Danny macam cucu sendiri. Daddy jaga dan bagi kasih sayang pada kami macam anak kandung,” jelas Jihan Raysha.

“Alhamdulillah. Hmm… jadi tomyam tu salah satu favourite Esha lah ya?” soal Najmy cuba mengalih topik perbualan. Sedih pula bercerita tentang orang yang sudah tiada. 

Jihan Raysha menggeleng. 

“Jadi?” Pelik Hakimy.

“Makanan kesukaan Esha yang utama!”

Hakimy ketawa. Nakal juga Jihan Raysha. 

Najmy tersengih. 

“Kenapa tak ambil tomyam je tadi?” soal Najmy pula. 

“Sebab Esha nak rasa lauk orang Melayu. Bukannya selalu Esha dapat makan.” Dia tahu asal usul makanan tomyam sebenarnya dari Thailand. Tetapi entah kenapa, lidahnya begitu menyukai rasa makanan itu. 

“Esha. Mulai hari ini, setiap hari Esha boleh makan makanan Melayu. Tak perlu ambil semua letak dalam pinggan. Setiap hari rasa satu lauk. Nanti lama-lama lidah Esha akan biasa dah,” balas Najmy. 

Jihan Raysha tarik sengih. Dia akui dia nampak tamak tadi apabila semua jenis lauk hendak diletakkan di dalam pinggan. 

“Esha, abang nak tanya sikit,” ujar Hakimy tiba-tiba.

“Apa?” Tidak senang apabila nampak wajah Hakimy berubah serius. Sepanjang tempoh seminggu, memang mereka semua langsung tidak sempat berbual. Hanya bertanya khabar sahaja. Selebihnya mereka lebih melayan telatah Sara. 

“Esha benci lagi kat nenek kita?”

Jihan Raysha pantas menggeleng.

“Papa?” soal Hakimy lagi.

Jihan Raysha terkedu. Papa? 

“Hmm... Abang Kimy perasan. Esha asyik nak mengelak dengan papa kan? Esha benci papa lagi? Esha tahu kan… waktu tu, papa memang tak boleh nak bantah apa-apa pun keputusan arwah nenek. Kebetulan papa diperangkap,” jelas Hakimy. 

“Esha tak benci papa.” 

“Betul?” Najmy tayang muka tidak percaya. 

“Hmm… mungkin sekarang Esha macam susah sangat nak rapat dengan papa macam Esha rapat dengan daddy. Awkward. Tapi Esha tak benci papa. Mungkin dulu Esha ada benci sebab papa nampak lemah. Papa kan lelaki. Esha juga benci papa sebab Abang Danny cakap papa ada perempuan lain. Papa nak kahwin dengan perempuan tu. Jadi nenek paksa papa ceraikan mummy. Bukan dalam Islam ada poligami? Kenapa mesti ceraikan mummy?” 

“Abang Danny beritahu macam tu?”

“Esha paksa Abang Danny cerita. Esha confuse sebab kenapa kita dipisahkan.” 

“Esha tak tahu cerita sebenarnya,” ulas Najmy.

Jihan Raysha tersenyum.

“Tiada bezanya Abang Jimy. Segalanya sudah berlaku. Selama ini kita tetap berpisah. Mummy menderita sangat selepas berpisah dengan papa. Mata Esha tengok penderitaan ditanggung oleh mummy walaupun Esha waktu tu kecil sangat. Rasanya Esha langsung tiada kenangan melihat mummy tersenyum bahagia. Memang mummy senyum bila berhadapan dengan Esha dan Abang Danny, tapi Esha selalu nampak mummy menangis daripada tersenyum. Seksa sangat perasaan tu.”

Hakimy pandang Najmy. Dia terkedu. 

Najmy gigit bibir. Walaupun dia berasa seksa membesar tanpa seorang ibu tetapi rasanya dia beruntung kerana selama ini membesar dengan papa dan nenek. Papa dan nenek sentiasa berada bersama dengan mereka. Dia juga hidup dalam kemewahan. 

“Esha nak tahu satu benda tak?” 

“Apa dia?” Jihan Raysha pandang wajah Najmy. 

Hakimy juga turut melepas pandang pada adik kembarnya itu.





6 comments:

  1. alooo pendeknyer.. x puas bace..nak lagi puhlese..
    mastura marof

    ReplyDelete
  2. panjangkan la entry..
    nak feel pun xlepas...
    hope cpt r update lpas ni..huhu

    ReplyDelete
  3. Lamanya mnanti sama mcm iq tgu isha hihihi. Lama2 lembut la hati isha ni klu x cian iq. Jgn spi aidan dtg cr isha udahlah.jenuh iq nnti hihi. Apapun suka citer ni. Cpt angkut ye cik penulis

    ReplyDelete
  4. Lamanya mnanti sama mcm iq tgu isha hihihi. Lama2 lembut la hati isha ni klu x cian iq. Jgn spi aidan dtg cr isha udahlah.jenuh iq nnti hihi. Apapun suka citer ni. Cpt angkut ye cik penulis

    ReplyDelete
  5. Lamanya mnanti sama mcm iq tgu isha hihihi. Lama2 lembut la hati isha ni klu x cian iq. Jgn spi aidan dtg cr isha udahlah.jenuh iq nnti hihi. Apapun suka citer ni. Cpt angkut ye cik penulis

    ReplyDelete

Back to Top