Cerpen : Separuh masa II


“EMBUN, ARJUNA!!” 

“Abi!” 

Bergabung nama kedua-duanya. Muka masing-masing sudah pucat.

“Ni kenapa muka macam nampak hantu?”

“Abi yang tiba-tiba buka pintu menjerit. Nak tercabut nyawa adik!”

“Dah korang yang mengilai terlolong malam-malam buta ni. Abi yang dah tidur pun boleh terjaga! Buat apa ni? Tengok Running Man?” Haji Hazruddin sudah faham, kedua-dua anak kembarnya hanya akan ketawa dan mengilai kuat kalau tengok Running Man. Reality show dari Korea. Dia sendiri kadang-kadang boleh terjebak.

“Bukan abi,” tersengih memandang wajah Haji Hazruddin yang sudah menggeleng laju. Meremang bulu roma Haji Hazruddin bila mendengar ketawa Arjuna tadi. Dah macam orang kena histeria!

“Ni tak reti nak tidur?”

“Mar! Terkejut abi. Kalau ye pun nak tegur.” Berkerut-kerut dahi Haji Hazruddin. Tidak sedar bila isterinya boleh berada di belakangnya. Rasanya waktu dia terjaga tadi, isterinya tidur lagi. Sejak dulu lagi, memang isterinya susah nak terjaga malam. Waktu anak-anaknya masih kecil, dia yang selalu berjaga malam. Kalau bom meletup pun agaknya isterinya tidak akan terjaga. 

Hajah Marlisa tersengih pula. Kepala yang tak gatal digaru. Geli hati melihat wajah cemberut suaminya yang jelas terkejut. Arjuna dan Embun pula sudah ketawa besar. Itulah… kejutkan orang lagi!

“Mar bangun tadi tengok abi tak ada kat sebelah. Mar dengar bunyi bising ni. Sebab tu Mar keluar. Kenapa? Budak-budak ni kena histeria ke?”

“Ibu! Tak baiklah.” Meremang bulu roma Embun. Dia toleh kiri kanan.

“Umur dah 25 tahun. Takkan nak tidur sekatil lagi? Dah 12 tengah malam ni dik. Esok adik tak kerja ke?” soal Encik Hazruddin sambil tarik pipi gebu anak kesayangannya. 

Embun garu kepala.

“Adik cerita pasal Encik Panda dia,” beritahu Arjuna cepat.

Bulat mata Embun! Ini rahsia mereka berdua. Tiada siapa yang tahu tentang Ryzal. Boleh kena serangan jantung kalau tahu tentang perjanjian tak rasmi dia dan Ryzal.

“Encik Panda mana?” Berkerut dahi Hajah Marlisa. Dia melepas pandang pada Haji Hazruddin yang sudah angkat bahu tanda tidak tahu. Dia ada terlepas cerita ke? Tak pernah dengar lagi orang nama Panda?

“Tak! Maksud abang…. Panda dalam bilik adik tu comel macam Teddy Bear dia yang busuk tu.” Tergagap Arjuna. Risau menerima penangan adiknya. Embun bukan lembut seperti namanya. Kasar!

“Apa merepek ni abang malam-malam buta ni? Tadi abi dengar abang sebut kentut. Apa yang kentut?”

Arjuna tarik nafas. Mukanya kembali merah. Tak dapat dibayangkan perkataan kerugian boleh tertukar dengan perkataan kentut? Nasib baik Encik Panda sempat check dulu. Sampai sekarang dia masih belum mengenali Encik Panda adiknya itu. Entah bagaimana rupanya? Embun kata Encik Panda tu gemuk. Perut boroi. Pakai cermin mata bulat. Kulit putih. Mata sepet. Sekali pandang macam panda sebab suka pakai kemeja warna putih, seluar hitam. Sebab itu dia menggelar bos adiknya, Encik Panda.

“Abang ni ha… dia kentut! Busuk! Bau telur.”

“Tadi kita berbuka, ibu masak telur ke?” Semakin berkerut dahi Hajah Marlisa. Rasanya dia masak ayam masak merah kegemaran Arjuna dan Embun. Bukan selalu Arjuna ada di rumah kalau hari bekerja. Selepas suaminya menghadiahkan rumah untuk Arjuna dan Embun, Arjuna ambil keputusan berpindah. Hanya hujung minggu Arjuna berada di rumah. Embun pula menyewa rumahnya kepada orang lain dan masih tinggal bersama mereka. 

Arjuna geleng kepala. Aku pula yang kentut? Nak saja dia luku kepala adiknya. Haji Hazruddin seperti biasa dah buat muka selamba, terus berlalu ke dalam bilik. Rupanya sebab kentut anak-anaknya ketawa tadi. Buat penat dia bangun. Dia sudah malas layan soalan isterinya. Dia mengantuk. Esok perlu bangun sahur lagi.

***

EMBUN IMANISA mengeluh kuat. Kepala sudah rasa pening. Bertambah pening melihat orang yang semakin ramai memenuhi One Utama. Dia tarik nafas apabila dia nampak bayang Ryzal yang tersengih-sengih macam kerang busuk menghampirinya. Rasa macam nak kena lepuk je!

“Kau okay tak ni?” soal Ryzal sambil tayang riak risau. Embun sendiri sudah tidak pasti, riak itu betul-betul ikhlas, atau semata-mata sindiran sahaja. Bukan hari ini dia mengenali Ryzal Akid. 

“Pegang ni!” Semua beg kertas yang sejak tadi dipegangnya terus diberikan pada Ryzal. Pucat mukanya. Sejak tadi menjadi pengekor setia Hajah Zaleha. Langsung Hajah Zaleha tidak terlepas masuk walau satu kedai. Dia sudah banyak kali menjadi peneman Hajah Zaleha sejak menjadi awek separuh masa Ryzal, tetapi hari ini betul-betul memenatkan. Tambahan pula, bulan puasa. Pelik pula dia. Tidak pasti kenapa Hajah Zaleha langsung tidak nampak penat. 

“Mama mana?”

“Masuk surau.” Jari telunjuk ditunjuk terus pada tandas di hadapan mereka. Embun tarik nafas. Mulutnya sudah rasa kering kerana penat bercakap dan melayan celoteh Hajah Zaleha. Dia gembira walaupun tidak dinafikan dia memang sangat letih dan penat. Tetapi apabila melihat Hajah Zaleha gembira, dia gembira sama. Dia sudah layan Hajah Zaleha macam ibunya sendiri.

“Kau tak sembahyang ke?” Sengaja Ryzal menyoal. Bukan dia tidak faham. Dia pun ada adik perempuan. Dia pasti Embun tidak berpuasa dan uzur. Muka Embun sendiri sudah merah. Susah kalau kulit putih. Perkara kecil pun, muka dah merah macam udang galah.

“Ni kau kenapa baru sampai sini? Kau sengaja kenakan aku kan?” soal Embun, sengaja ubah topik perbualan. Dia memang seronok berjalan dengan Hajah Zaleha. Tetapi disebabkan Ryzal yang terus hilang selepas menghantar mereka di One Utama, dia jadi bengang.

“Aku minta maaf. Aku ada hal tadi.” Serak suara Ryzal. Dia garu kepala. Melilau matanya memandang sekeliling sebelum melepas pandang pada troli dan beg-beg kertas yang dipegangnya kini. Setiap kali bulan puasa, memang dia tahu tabiat mamanya ini.

“Setahu aku kau ada adik-beradik dua orang je. Rania di UK. Kau kata tak balik raya tahun ni. Tapi kenapa banyak sangat mama borong baju budak budak?”

“Kau tak tanya mama?”

“Aku tanya…. mama tanya aku balik. Kalau bulan puasa ni, macam mana abi, ibu aku bersedekah. Setahu aku… abi aku selalu belanja anak-anak yatim makan je.” Mata Embun bulat. Dia baru faham maksud pertanyaan Hajah Zaleha tadi. Patutlah soalan, dijawab dengan soalan pula. Lambat betul aku ni! Kepala digaru pula.

“Kau ni… otak kau ada berapa GB? Benda macam tu pun lambat nak pick up. Nanti kau tambah RAM dalam otak kau. Tak payah nak blur sangat.” Tersengih Ryzal apabila Embun sudah tarik muka.

“Aku tahulah aku blur. Kira untuk anak-anak yatim semua pakaian tu? Barang berjenama semuanya tu mama beli.” Terbit rasa kagum. Patutlah Hajah Zaleha nampak sangat bersemangat. Langsung tidak merungut.

“Ada banyak cara nak beribadat kan? So, dari dulu lagi mama aku dah biasa buat macam ni. Dulu aku yang jadi pengekor. Sekarang ni kau pula. Mama aku nak test kau juga. Kau sesuai tak jadi menantu dia. Nampaknya kau ni macam dah lulus je ujian pertama.”

“Kalau kau rasa nak buka puasa makan sneakers aku ni… baik kau diam. Siapa nak kahwin dengan kau?”

“Ramai nak kahwin dengan aku. Cuma kalau nak kahwin dengan aku… dia kena kahwin dengan mama aku dulu. Dalam dunia ni… aku hanya ada mama dan adik aku tu je. So, aku tengok kau ni macam dah boleh ‘kahwin’ dengan mama aku. Sebelum ni, perempuan-perempuan yang aku bawa kenal mama aku, semuanya tak tahan layan kerenah mama aku yang kadang-kadang mengarut.”

Embun terkesima. Dia tahu Ryzal dan adiknya menjadi anak yatim sejak kecil lagi. Waktu itu umur Ryzal empat tahun. Adiknya, Nur Rania masih dalam perut. Ayah Ryzal meninggal dalam kemalangan jalan raya. Kemudian, Ryzal dan adiknya hidup dengan harta bertimbun dari arwah atuk dan ayah Ryzal yang tidak akan habis. Dia tahu Ryzal tidak akan lama bekerja sebagai peguam kerana selepas ini akan berhenti bekerja menolong mamanya pula. Cuma dia tidak pasti bila Ryzal akan berhenti.

“Kau nak kahwin dengan aku?” Muka Ryzal berubah serius.

Embun terpinga. Eh, soalan jenis apa ni?

“Kau ni dah terdesak sangat ke nak kahwin? Umur kau baru 28 kan? Chill dulu. Jangan gopoh-gapah. Kahwin ni macam makan gula-gula. Kau pasti bila telan, kau akan rasa manis. Tapi kalau tiba-tiba jadi masin? Pahit? Kau nak terus telan atau kau ludah? Ada orang bila dah rasa pahit tu, terus ludah je.”

Ryzal tersenyum. Dia suka dengan falsafah Embun yang kadang-kadang mengarut, tapi sebenarnya ada maksud yang mendalam.

“Kenapa kau break dengan ex kau dulu?”

Embun pandang wajah Ryzal sebelum menoleh pada pintu masuk surau. Lama pula Hajah Zaleha sembahyang.

“Kau pernah dengar cerita pensel dan pemadam?”

Berkerut dahi Ryzal sebelum menggeleng.

“Dulu aku ni macam pemadam. Setiap kali pensel buat kesalahan, aku padam je. Tapi sampai bila pemadam tu nak padam kesalahan pensel? Semakin lama pemadam tu semakin kecil sampai satu tahap… bila pensel dah buat kesalahan, pemadam dah tak boleh padam. Walaupun memang dia nak padam.”

“Tapi memang pemadam dicipta untuk pensel kan?”

Embun mengangguk.

“Patutlah kau jadi peguam. Sesuai dengan kau. Cuma kau memang tak layak menulis sebab kerugian boleh jadi kentut,” ucap Ryzal terus ketawa kuat.

Embun ketap gigi. Eee… memang ada orang nak berbuka makan sneakers!

bersambung

8 comments:

  1. Hahaha nsb ko lah embun.. Kentut jugak yg rizal igat.. Ailahhh..sbug iman sbug

    ReplyDelete
  2. hahaha lawak-lawak....mmg berjodoh kot diorang berdua nie heheh

    ReplyDelete
  3. best sgt cerita nie.. sambung lagi yer..

    ReplyDelete
  4. sis imani.. bez..hihi.. sanbung lagi.. xsaber nih.. :)

    ReplyDelete
  5. guna mama ya kalau nak kahwin... bagus anak mama ni...
    cepat sambungggg

    ReplyDelete
  6. sorg lurus bendul..sorg kuat ngusik...elok la tu

    ReplyDelete
  7. kelakar ... keep it up sis .. tk sabar nk bca yg seterusnya :)

    ReplyDelete